Dalam pratonton untuk ‘You Quiz on the Block’, CL mendedahkan bagaimana dia pertama kali bertemu Jo Se Ho di majlis perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin. Bekas ahli 2NE1 itu menyatakan, “Saya tak nak bercakap tentang perkara ini kerana ia sangat memalukan, tetapi saya ingin meminta maaf.”

CL mendedahkan ketika di majlis perkahwinan itu, dia memakai memakai sut hitam dan jaket berbulu berwarna hijau. Tetapi sebaik sahaja sampai ke gereja, CL telah tersadung dan jatuh.

cl

“Mereka membawa saya masuk, dan saya tidak dapat menumpukan perhatian pada majlis perkahwinan itu. Semua orang bertanya sama ada saya okay atau tidak dan mengapa saya memakai jaket bulu itu.”

CL menjelaskan dia kemudian minum champagne, dan dia tidak dapat menahan kegembiraannya apabila dia melihat Jo Se Ho, berkata, “Saya sangat gementar sehinggakan saya minum 2 gelas champagne semasa perut kosong.

Apabila Dara unni pergi untuk menyapa Jo Se Ho, saya sudah mabuk ketika itu, dan sebaik sahaja saya melihatnya, saya bertindak mencubit pipinya.”

1653468959 20220525 cl

Dia kemudian meminta maaf kepada pelawak itu, dan berkata, “Apa yang lawak, G-Dragon bertanya sama ada kami mengenali antara satu sama lain. Dan apabila saya memberitahunya kami baru sahaja bertemu, G-Dragon menjerit, ‘CL, apa yang awak buat ni?'”

Sumber: [1]

Previous articleWanita Malaysia Hilang Di Korea Selatan
Next articleBelum Debut Lagi, Gadis Filipina- Argentina Ini Sudah Kejutkan Netizen Dengan Visual Dan Kerjayanya Yang Lepas