Home Entertainment Belum Debut Lagi, Gadis Filipina- Argentina Ini Sudah Kejutkan Netizen Dengan Visual...

Belum Debut Lagi, Gadis Filipina- Argentina Ini Sudah Kejutkan Netizen Dengan Visual Dan Kerjayanya Yang Lepas

0

Walaupun belum debut, Chanty sudah mempunyai peminat yang ramai. Baru-baru ini, MLD Entertainment mengumumkan kumpulan gadis terbaharu mereka, yang dipanggil Lapillus.

Agensi itu baru sahaja selesai memperkenalkan kesemua enam ahli, dan salah seorang ahli Lapillus telah mendapat perhatian peminat iaitu Chanty.

Chanty sudah terkenal sebagai seorang pelakon dan model. Chanty dilahirkan pada Disember 2002 di Filipina, dan nama sebenarnya ialah Chantal Videla.

 

unnamed 1 1

unnamed 2 1Kerana visualnya yang menawan, tak hairanlah Chanty melibatkan dirinya di dalam industri hiburan. Bakatnya mula dikesan oleh salah satu agensi terbesar di Filipina, yang dipanggil Star Magic. Chanty diperkenalkan sebagai bakat Star Magic pada Mac 2018 dan telah berlakon dalam beberapa drama sehinggalah tahun 2020.

Baca lagi: CL Tanggung Malu Kerana Melakukan Perkara Ini Kepada Pelawak Jo Se Ho Ketika Sedang Mabuk

Baca lagi: “Kamu Tidak Akan Dapat Menatap Mata Saya Lagi,” Johnny Depp Sudah Muak Dengan Lakonan Palsu Bekas Isteri

unnamed 3 1

Pada tahun 2021, telah didedahkan bahawa Chanty telah pergi dari Filipina dan telah menandatangani kontrak dengan MLD Entertainment sebagai pelatih terbaharu mereka.

Di samping visualnya, suara Chanty juga seperti bidadari dan dia mempunyai nada yang indah. Tambahan pula, dia mahir dalam empat bahasa: Tagalog, Sepanyol, Inggeris dan Korea.

Apabila disahkan bahawa Chanty akan membuat debutnya, komen dan RT yang diterima penuh dengan sokongan peminat-peminat. Mereka berkongsi keterujaan dan rasa bangga mereka untuk melihat Chanty debut. Tweet yang memperkenalkan Chanty telah disukai hampir 60,000 kali dan RT lebih 9,000 kali.

Dengan ahli yang lain dari seluruh dunia, Lapillus ditetapkan untuk menjadi kumpulan yang berhasrat untuk menarik bukan sahaja peminat di Korea malah secara global.

 

Sumber: [1]