Home Entertainment “Citadel”, Siri Aksi dan Perisik Terbaru Priyanka Chopra

“Citadel”, Siri Aksi dan Perisik Terbaru Priyanka Chopra

0

Priyanka Chopra dan Richard Madden tampil memukau fikiran anda dengan aksi mencabar dalam siri baharu “Citadel”

IMG 4451

Pastinya ramai peminat sudah tidak sabar menanti siri aksi pengintipan “Citadel” yang diarahkan dan diterbitkan oleh AGBO Russo Brothers daripada Amazon Studios ini kan?

Siri ini diterajui oleh penerbit eksekutif Joe dan Anthony Russo, pasangan di belakang tabir ”Avengers: Infinity War” dan ”Avengers: Endgamw” dengan penerbit eksekutif Mike Larocca, Angela Russo-Otstot, dan Scott Nemes untuk AGBO Russos. David Weil berkhidmat sebagai showrunner dan penerbit eksekutif. Josh Appelbaum, André Nemec, Jeff Pinkner, dan Scott Rosenberg berkhidmat sebagai penerbit eksekutif untuk Midnight Radio. Newton Thomas Sigel dan Patrick Moran juga berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

Ia dibintangi bersama Lesley Manville sebagai Dahlia Archer, Osy Ikhiles sebagai Carter Spence, Ashleigh Cummings sebagai Abby Conroy, Roland Moller sebagai Anders Silje dan Davik Silje, Caoilinn Springall sebagai Hendrix Conroy, Stanley Tucci sebagai Bernard Orlick dan bintang utama siri ini dilakonkan oleh Richard Madden dan Priyanka Chopra Jonas.

IMG 4460 scaled

Jangan risau kini anda boleh mula menontonnya di platform striming Prime Video yang telah mula ditayangkan pada 28 April baharu ini. Siri hebat ini akan menyiarkan episod baharu setiap Jumaat sehingga 26 Mei 2023.

Plot Siri “Citadel”:

Sindiket berkuasa dikenali sebagai Manticore, yang mengawal dunia daripada bayang-bayang, menghantar ejen untuk menghapuskan agensi pengawasan global autonomi, yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dunia dan keselamatan manusia sejagat dari pelbagai ancaman termasuklah ancaman nuklear.

IMG 4464
Richard Madden as Mason Kane, Priyanka Chopra Jonas as Nadia Sinh

Ejen elit Nadia Sinh (Priyanka Chopra-Jones) dan Mason Kane (Richard Madden), yang baharu sahaja terselamat daripada kematian dengan kejatuhan Citadel, telah dihapuskan ingatan mereka bagi melindungi sisa baki rahsia Citadel.

IMG 4463

Selama 8 tahun, mereka kekal disembunyikan sambil mencipta identiti baharu dan kehidupan baharu untuk diri mereka sendiri. Sehingga satu malam, Bernard Orlick (Stanley Tucci), bekas rakan sekerja di Citadel, mencari Mason dan meminta bantuannya untuk menghentikan Manticore daripada mewujudkan tatanan global baharu.

Selepas Mason menemui Nadia, mereka sedang mengingati segala apa yang telah diambil daripada mereka. kedua-dua perisik itu memulakan misi yang membawa mereka ke seluruh dunia dalam usaha untuk mengalahkan Manticore, sambil mengemudi hubungan berdasarkan rahsia, penipuan, dan cinta yang berbahaya.

IMG 4462

Dua episod pertama “Citadel” kini distrim di Amazon Prime Video, dengan episod baharu disiarkan setiap minggu pada hari Jumaat.

Baca Lagi: 9 Fakta Kdrama Aksi Superhero “Moving” 4 Ogos Ini

Baca Juga: Selepas 22 tahun Priyanka Chopra Mendapat Bayaran Setimpal