Home Entertainment Cha Eun Woo Menolak Tawaran Berlakon Dalam Drama Aksi Jenayah “Bulk”

Cha Eun Woo Menolak Tawaran Berlakon Dalam Drama Aksi Jenayah “Bulk”

0

Dipetik dari portal Allkpop, media E-Daily melaporkan bahawa Cha Eun Woo tidak dapat berlakon dalam drama siri aksi jenayah iaitu Bulk. Kenyataan tersebut disampaikan pada Selasa, 28 Mac 2023 dan disahkan oleh pihak produksi.

Baca Lagi: Park Bo Young dan Park Hyung Sik Akan Bersatu Semula Dalam Kdrama Baharu

Jadi apakah alasan sebenar Cha Eun Woo memutuskan untuk menolak berlakon dalam drama siri tersebut?

1. Sejak Januari 2023, Cha Eun Woo mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama siri Bulk

42210386 D604 4FFD 94F1 A04EA3216E78Pada 19 Januari 2023 yang lalu, Fantagio, agensi Cha Eun Woo, mengkhabarkan bahawa sang pelakon mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama siri yang bertajuk Bulk. Berita itu membuatkan para peminat tidak sabar-sabar dan sangat bersemangat.

“Drama siri Bulk adalah salah satu projek yang ditawarkan kepada Cha Eun Woo dan sedang dipertimbangkan. Kami meminta pengertian (para peminat), karena tidak boleh menjelaskan lebih lanjut, kerana belum ada kata putus yang dibuat,” ujar pihak agensi pada waktu itu, dikutip dari KBIZoom.

Drama siri Bulk merupakan drama Korea aksi dan jenayah yang mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang bekerja sama dengan seorang pendakwa raya untuk menangkap dan membanteras kejahatan yang berlatarkan Gangnam pasa malam hari. Drama siri ini akan dibintangi oleh Jo Woo Jin. Sementara itu Ha Yun Kyung sedang mempertimbangkan tawaran untuk membawa watak sebagai pendakwa raya.

2. Cha Eun Woo memutuskan untuk menolak tawaran berlakon dalam drama siri Bulk

27FC749D 7F4F 44B8 BB67 B22485896ACEDikutip dari portal Allkpop, E-Daily melaporkan bahawa Cha Eun Woo menolak projek drama siri Bulk. Berita itu seterusnya disahkan oleh pihak penerbitan drama bakal muncul dengan genre jenayah aksi tersebut dan agensi Cha Eun Woo kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi mereka.
“Kami sudah berbincang tentang penampilannya (Cha Eun Woo) dalam drama (Bulk) tersebut, tetapi dengan berat hati (kami) memutuskan Cha Eun Woo tidak dapat membintangi drama itu,” ujar Fantagio.

3. Alasan sebenar penolakan masih belum dijelaskan

92AB5722 9F67 41F1 A4E2 33DB9E49EC5DSehingga saat ini, Fantagio dan Cha Eun Woo belum berkongsi alasan pelakon itu menolak untuk berlakon dalam drama siri tersebut. Dikutip dari portal Allkpop, kemungkinan besar alasannya adalah kerana Cha Eun Woo mempunyai jadual yang padat dan banyak komitmen lain perlu diselesaikan. Cha Eun Woo akan tampil dalam drama siri terbaru yang lain iaitu A Good Day to Be A Dog (2023).

Nampaknya ramai juga peminat-peminat Cha Eun Woo yang menunjukkan kekecewaan mereka dengan keputusan tersebut. Setelah membintangi Island (2022), para peminat yang telah menonton lakonan luar biasa Cha Eun Woo sangat berharap agar dapat melihat lebih lakonan Cha Eun Woo dengan skop yang lebih luas lagi dalam drama siri jenayah aksi Bulk tersebut.

Sungguh sayang sekali Cha Eun Woo tidak dapat berlakon dalam drama siri Bulk. Walaupun begitu, para peminat tetap boleh menonton aksi dan lakonannya dalam drama siri terbaru yang bakal muncul tidak lama lagi iaitu A Good Day to Be A Dog (2023), nantikan!

Baca Juga: Bintang ‘Squid Game’ Lee Yoo Mi Membintangi Sekuel ‘Strong Woman Do Bong Soon’