Home Entertainment 5 Fakta Menarik Mengenai Cha Eun Woo

5 Fakta Menarik Mengenai Cha Eun Woo

0

Cha Eun Woo meraih populariti secara global melalui kehebatan bakatnya dan rupa paras tampan yang sempurna. Mendapat jolokan sebagai face genius, Cha Eun Woo selalu menjadi topik yang hangat dan menarik untuk dibahas.

Pelbagai pertanyaan tentang Cha Eun Woo sering berlegar, bermula dari alasan penggantian namanya hinggalah tentang hubungan percintaannya, perkara-perkara ini selalu menjadi carian ramai di internet.

Berikut merupakan 5 fakta tentang Cha Eun Woo yang paling banyak dicari di internet. Jom baca!

1. Mengapa Cha Eun Woo dipanggil Nunu?

6E620437 E71F 4EA3 940A 009122885456Cha Eun Woo yang merupakan salah seorang anggota kumpulan muzik ASTRO selalu dipanggil Nunu oleh para peminatnya, khususnya oleh Aroha (kumpulan peminat ASTRO). Nunu sendiri menggambarkan seseorang yang comel dan terlihat seperti bayi. Gelaran Nunu sangat sangat sesuai dengan wajahnya yang kecil dan awet muda. Bahkan, setiap kali Cha Eun muncul ke negara-negara lain untuk program berjumpa peminat, kebanyakan peminat seluruh dunia memanggil dan menjerit namanya sebagai Nunu

Manakala ketika dia di sekolah, Nunu pernah jadi ketua persatuan pelajar sekolah (kalau kat Malaysia, kita gelar ketua pengawas). Nunu adalah seorang pelajar cemerlang, pelajar top 3 di sekolah setiap tahun. Jika tidak menjadi idol, dia bercita-cita menjadi pembaca berita atau peguam.

Gelaran Nunu ini juga diberikan kerana dia seorang BRAIN GENIUS. Nunu pernah masuk pertandingan antara genius-genius di Korea dan bertahan hingga pusingan terakhir. Dia pernah menjawab kuiz dengan ahli MENSA dan dia menang! IQ Nunu 142, antara top 10 actor/idol yang ber-IQ tinggi.

Selain itu, Nunu dianggap sebagai ACE dalam sukan, dia sangat berbakat dalam semua jenis sukan. Di sekolah, semua kelab dan persatuan hendak ambil dia menjadi ahli kerana dia sangat aktif bersukan dan pernah menjadi presiden bola keranjang selama 3 tahun. Para peminat juga boleh melihat persembahannya dalam ‘Handsome Tigers’.

2. Cha Eun Woo bukan merupakan nama asal namun berjaya membuatnya popular

5F8D2A94 5C19 438A B756 218B70B1CB92

Cha Eun Woo ternyata bukanlah nama asal jejaka kacak ini. Penyanyi dan pelakon yang dilahirkan pada 30 Mac 1997 ini bernama Lee Dong Min. Sebelum dia membuat debut menjadi idol bersama ASTRO pada tahun 2016, Lee Dong Min terlebih dahulu telah terjun ke dunia seni lakon sebagai seorang pelakon. Dia pernah berlakon dalam web siri yang bertajuk To Be Continued (2015).

3. Cha Eun Woo terkenal kerana serba boleh dan sangat berbakat besar

799448E3 33D1 40A1 AACB DAD56381B363Populariti Cha Eun Woo sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaupun pada awalnya Cha Eun Woo debut sebagai seorang pelakon, namun dia membuktikan bakat lainnya sebagai seorang bintang idol. Selama menjadi pelakon, Cha Eun Woo telah membintangi banyak filem, drama siri dan juga web siri seperti My Brilliant Life (2014), Revenge Note (2017), My ID is Gangnam Beauty (2018), True Beauty (2020), dan yang paling terbaru Island (2023).

Bersama ASTRO juga Cha Eun Woo telah melancarkan 2 buah album studio, 7 mini album, berjaya melakukan World Tour, dan turut meraih banyak penghargaan muzik. Wajah kacak Cha Eun Woo juga diperakui oleh dunia hinggakan berjaya masuk dalam TC Candler 100 Most Handsome Faces selama 5 tahun berturut-turut.

Cha Eun Woo juga seorang multilingual, dia boleh bercakap dalam 5 bahasa (Korea, English, Japanese, Mandarin dan Italian).

4. Adakah Cha Eun Woo mempunyai teman wanita?

A1AC8A89 56FC 41A1 A08D 67203031E582Dengan kesempurnaan yang dimilikinya, bagaimanakah hubungan romantik Cha Eun Woo? Siapakah wanita bertuah yang berjaya memaut hatinya? Seperti yang diketahui ramai, jejaka berusia 26 tahun ini selalu berjaya mencuri perhatian ramai gadis-gadis daripada pelbagai peringkat umur.

Namun masalahnya Cha Eun Woo sendiri takut kalau-kalau dirinya ditolak oleh gadis idamannya! Walau mempunyai wajah yang menawan, Cha Eun Woo mengaku takut untuk bercinta kerana mungkin perasaannya akan ditolak oleh gadis pujaannya.

Fakta sebenarnya, Cha Eun Woo pernah berkongsi ketika dalam program ‘All the Butler’s’ bahawa Cha Eun Woo penah mempunyai kekasih hati ketika zaman sekolah, namun mereka terpaksa memutuskan hubungan dan ini membuatkan Cha Eun Woo patah hati. Disebabkan itu dia takut hendak bercinta sehingga sekarang.

5. Bukan sahaja Cha Eun Woo, adiknya juga turut mencuri tumpuan ramai!

760C02B2 4612 4541 8396 F3606FD096D9

Nampaknya Cha Eun Woo juga mempunyai adik lelaki yang memiliki rupa paras kacak sepertinya! Namanya adalah Lee Dong Hwi. Ahli kumpulan ASTRO iaitu Rocky dan Moonbin pernah bercerita mengenai ketampanan yang dimiliki oleh adik Cha Eun Woo itu.

9682BF8B 8768 4773 B3F9 90D0F84196F0

Alih-alih setuju dengan pernyataan Rocky dan Moonbin, Cha Eun Woo menyatakan bahawa adiknya, Lee Dong Hwi tidak juga ada ciri-ciri wajah keanak-anakan seperti dirinya kerana wajahnya lebih kecil. Macam biasalah, jika menjadi bintang besar, ahli keluarga sendiri tidak terlepas dari mendapat perhatian ramai.

Kini Cha Eun Woo terus melebarkan kariernya sebagai idol dan pelakon. Artis ini baru sahaja menraikan ulang tahunnya yang ke- 27 tahun, semoga terus maju jaya diucapkan buat Cha Eun Woo!

Baca Juga: Bintang ‘Squid Game’ Lee Yoo Mi Membintangi Sekuel ‘Strong Woman Do Bong Soon’