Home News Cara Renew Lesen Dengan Mudah Dan Cepat Melalui Online, Ikuti Sahaja Langkah-Langkah...

Cara Renew Lesen Dengan Mudah Dan Cepat Melalui Online, Ikuti Sahaja Langkah-Langkah Ini

0

Perbaharui lesen memandu merupakan perkara yang wajib dibuat oleh semua pemandu kenderaan bermotor. Jika sebelum ini perlu beratur panjang dan menghabiskan masa ke kaunter untuk renew lesen memandu, kini urusan hanya dihujung jari sahaja.

Ini kerana sistem sudah berubah mengikut perkembangan semasa iaitu ke sistem elektronik yang lebih efektif.

Baca lagi: “Keluar Simpang Tgk Kiri Kanan, Bukan Keluar Melulu”-Rakaman Kereta Keluar Melulu Tarik Perhatian Netizen

Baca lagi: Ini Cara Dapatkan Semula Sijil Kelulusan Jika Hilang Ataupun Rosak, Ikuti Langkah-Langkah Ini

Screenshot 2023 07 08 185848
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Cara ini lebih mudah dan cepat bagi menyelesaikan urusan pembaharuan lesen anda.

1. Renew Melalui mySIKAP

Screenshot 2023 07 08 200700

Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang kemudahan yang disediakan di Portal JPJ Online @mySIKAP.

Pengguna boleh renew lesen JPJ secara online disamping melakukan transaksi yang melibatkan kenderaan, motor dan pelesenan pemandu.

Cara Untuk Renew Lesen Online:

1. Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/

2. Pilih menu Lesen Memandu

3. Pilih Pembaharuan Lesen Memandu

4. Isikan maklumat pembaharuan lesen

5. Buat bayaran

6. Semak dan buat pengesahan

7. Selesai!

8. Namun, lesen yang telah diperbaharui melalui kaedah ini melibatkan pengambilan di kaunter JPJ.

2. Cara Untuk Renew Lesen Secara Online

Untuk memudahkan urusan renew lesen, anda boleh melakukan secara online di talian rasmi JPJ iaitu melalui MYSIKAP atau MYEG.

3. Renew Lesen Dengan Portal MYEG

Screenshot 2023 07 08 203746

Anda disarankan melakukan pembaharuan lesen melalui portal MYEG jika mahu pengambilan lesen CDL melalui penghantaran.

Cara pendaftaran dan log masuk portal MYEG:

1. Buka portal MYEG di pautan https://www.myeg.com.my/

2. Daftar sebagai pengguna MYEG jika anda ialah pertama kali menggunakan portal ini.

3. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan.

4. Pilih menu JPJ dan klik menu Lesen Memandu

5. Baca Terma dan Syarat setelah itu klik Proceed

6. Jika ingin penghantaran terus ke rumah boleh isi maklumat penghantaran.

7. Semak maklumat sebelum Proceed, dan anda boleh membuat pembayaran secara online juga.

8. Dan selesai, runner MYEG akan buat penghantaran dalam 4-5 hari terus ke rumah anda.

Tempoh Untuk Renew Lesen Mengikut Kategori

Pemilik kenderaan boleh memperbaharui lesen mereka pada tempoh paling minima dalam 1 tahun dan paling maksima 5 tahun sahaja.

Jika lesen tidak diperbaharui dalam tempoh 3 tahun, pemilik kenderaan perlu menjalani semula ujian mendapatkan lesen memandu.

Tamat Tempoh Lesen Memandu

Screenshot 2023 07 08 203859

Lesen CDL (Competent Driving License) ialah lesen yang dinaiktarafkan daripada lesen P selepas sah untuk 2 tahun percubaan.

Lesen ini boleh diperbaharui semula dengan syarat tidak tamat tempoh melebihi tiga tahun.

Jika lesen memandu sudah tamat tempoh melebihi tiga tahun, sila ikuti langkah-langkah ini:

  • Buat rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ beserta sebab-sebab lesen tamat tempoh.
  • Jika permohonan diluluskan, akan dikecualikan daripada menghadiri kursus KPP 1, Ujian Undang-Undang, KPP2 dan QT1
  • Tetapi anda perlu menjalani ujian pratikal JPJ bahagian 2 (mendaki bukit, parking selari dan pusingan tiga peluru) serta bahagian 3 iaitu ujian jalan raya.
  • Jika permohonan tidak berjaya, perlu mengulangi semula prosedur untuk mendapatkan lesen memandu iaitu daripada awal hingga akhir.

Tukar Lesen P Kepada Full

  • Permohonan tukar lesen PDL kepada CDL hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sebelum tamat tempoh lesen tersebut.
  • Tukar lesen P kepada Full di pejabat-pejabat JPJ dan UTC yang berhampiran. Melalui prosedur yang mudah, anda boleh mendapatkan lesen CDL dalam masa beberapa minit sahaja.
  • Pergi ke pejabat JPJ atau UTC berdekatan
  • Isi borang JPJ L1
  • Ambil nombor dan tunggu giliran
  • Nyatakan kepada pegawai bertugas anda ingin tukar lesen P kepada Full
  • Serahkan kad pengenalan dan lesen P anda. Nyatakan berapa tempoh ingin diperbaharui lesen mahu dibuat (antara satu hingga lima tahun)
  • Jika anda ingin tukar gambar di lesen, bawa bersama gambar dengan latar belakang berwarna putih berukuran 24mm x 32mm

Tempoh Lesen P dan Lesen P Tamat Tempoh

Tempoh sah lesen bagi Lesen P atau Lesen Memandu Percubaan (PDL) adalah dalam tempoh satu tahun.

Anda boleh renew lesen P tamat tempoh dalam tempoh setahun dari tarik tersebut.

Jika tamat tempoh lebih dari satu tahun, kemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ

Tempoh Lesen L dan Lesen L Tamat Tempoh

Lesen L diperbaharui setiap 3 bulan atau 6 bulan jika masih dalam tempoh latihan, tetapi tidak boleh melepas agregat dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh lesen L dikeluarkan.

Jika melepasi tempoh berikut, anda perlu mengulangi semula elemen latihan dan ujian untuk mendapatkan lesen L.

Renew Lesen P ke CDL Online (MYEG) atau di Pejabat Pos

Proses renew lesen P ke CDL tidak boleh dilakukan secara online di Pejabat Pos.

Lesen GDL (Goods Driving Licence) atau dikenali Lesen Kenderaan Barangan juga tidak boleh dilakukan secara online sebaliknya perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.

Lesen L dan lesen CDL yang tamat tempoh boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos, UTC atau melalui online. Sebagai pemilik kenderaan, menjadi tanggungjawab untuk mempunyai lesen yang masih sah.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SarangBurung