Home Artis Korea Bukan Dari Keluarga Kaya, Park Sung Hoon Mendedahkan Kemiskinan Tegar Yang Dilaluinya...

Bukan Dari Keluarga Kaya, Park Sung Hoon Mendedahkan Kemiskinan Tegar Yang Dilaluinya Semasa Kecil

0

Tidak seperti khabar angin yang mengatakan dia berasal daripada keluarga chaebol (orang kaya), Park Sung Hoon mendedahkan fakta kehidupannya dalam program hiburan tvN You Quiz on the Block yang disiarkan sepenuhnya pada 1 Mei 2024. Episod ini membolehkan peminat dan netizen melihat latar belakangnya dan kisah bagaimana dia tidak pernah berputus asa berlakon walaupun berdepan kesukaran.

Pelakon Korea Selatan Park Sung Hoon diperkatakan ramai kerana dikatakan berasal dari keluarga kaya (chaebol) sebelum ini. Menjawab perkara ini, pelakon drama Korea Queen of Tears ini mendedahkan realiti masa sukarnya dahulu.

Ketika dia menjadi bintang jemputan di You Quiz on the Block yang disiarkan oleh tvN, Park Sung Hoon mendedahkan bahawa kehidupan keluarganya jauh dari kaya. Masalah kewangan malah menyukarkan dia untuk membeli burger. Untuk terus hidup, Park Sung Hoon juga harus mengambil beberapa kerja sambilan.

IMG 4885

Terus terang, dia berkata bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang mengalami kesukaran selepas krisis IMF. Sung Hoon mengakui ayahnya memang pernah bekerja di bank, tapi kemudian bersara saat IMF.

“Saya tidak membesar di keluarga kaya. Keluarga saya adalah salah satu dari mereka yang paling terpukul oleh krisis IMF,” kata Sung Hoon. Ayah saya bekerja di bank tetapi bersara pada era IMF,” lanjutnya.

Bahkan Sung Hoon pernah menghubungi ayahnya sambil menangis kerana tak mampu makan burger seperti teman-temannya yang lain. “Suatu kali, saya dan teman-teman pergi menonton filem, dan mereka ingin makan burger. Saya tidak punya wang, jadi saya duduk di tangga dan menunggu,” ujarnya.

“Teori chaebol tidak masuk akal. Semasa saya di sekolah, keluarga saya tidak mempunyai wang langsung. Apabila rakan saya keluar membeli burger, saya hanya mencangkung di tangga sahaja sambil menunggu mereka,” katanya.

IMG 4887

Pelakon itu juga memberitahu bahawa dia pernah tinggal di bilik separuh bawah tanah, keadaan yang sama seperti dalam filem Korea Parasite. Dia dan keluarganya hidup dalam keadaan ini selama tujuh tahun. Apabila hujan, bilik itu dilimpahi air dan terpaksa ditutup dengan selimut.

“Saya tinggal di bilik separuh bawah tanah yang dipaparkan dalam filem Parasite selama kira-kira 7 tahun,” katanya.

Ibunya tidak membenarkan dia pulang bercuti ketika dia berkhidmat dalam tentera, kerana kehidupan mereka sukar. Untuk terus hidup, Park Sung Hoon juga mengambil beberapa kerja sambilan. Sebaliknya, dia yang mempunyai cita-cita untuk berlakon melakukan pelbagai usaha untuk merealisasikan hasratnya itu.

Kini, kediaman separuh bawah tanah itu telah ditinggalkan dan dipindahkan ke tingkat 14 Ketika ini, Park Sung Hoon berada di bawah pengurusan BH Entertainment dan telah membintangi banyak projek lakonan terkenal, termasuk The Glory dan Queen of Tears.

Disaat dia mulai dikenali atas peranannya sebagai Jang Go Rae di My Only One, Park Sung Hoon mendapat khabar sedih bahwa ayahnya terkena stroke dan tak sedarkan diri di sebuah jalanan.

“Saat aku muda, dia tampak seperti orang yang boleh melakukan apa pun,” ucapnya dengan suara bergetar.
Kini ayahnya bahkan memerlukan bantuan untuk ke bilik mandi, tak dapat berbicara dengan lancar dan juga tak dapat mengunyah makanan dengan baik.

Sambil menangis, Park Sung Hoon meninggalkan pesan untuk kedua orangtuanya.

“Ayah, ibu, anak bongsu ini yang selalu membuat ayah ibu menangis, sekarang sudah menjadi pelakon dengan sokongan dan dorongan ramai orang,” ujarnya.

“Terima kasih kerana membesarkan anak yang lemah dan introvert ini dengan baik. Terima kasih kepada ibu dan ayah, saya boleh berlari sehingga saya mencapai matlamat saya,” kata Park Sung Hoon.

Park Sung Hoon kembali popular melalui wataknya sebagai Yoon Eun Sung dalam drama Korea Queen of Tears

Park sung hoon

Dalam episod episod You Quiz on the Block kali ini, Park Sung Hoon turut bercerita tentang watak jahat yang selalu dia dapat, walaupun dalam kehidupan sebenar, dia jauh daripada watak itu. Sebelum ini, dia juga pernah melakonkan watak jahat dalam siri popular bertajuk The Glory sebagai Jeon Jae Jun.

“Keperibadian sebenar saya adalah seorang pengecut yang besar,” katanya. “Sebelum saya keluar dari tentera, saya tidur dengan lampu menyala kerana saya takut hantu,” sambungnya.

IMG 4883

Park Sung Hoon ialah seorang pelakon kelahiran Korea Selatan pada 18 Januari 1985. Beliau memulakan kerjaya lakonannya dengan membintangi filem A Frozen Flower pada tahun 2008. Selepas menyertai beberapa karya sebagai pelakon pembantu, dia mula dikenali dengan muncul dalam filem Gonjiam 2018 dan drama My Only One.

Untuk drama Korea, Park Sung Hoon telah membintangi drama popular termasuk Mad Dog, Rich Man, Memorials, Psychopath Diary, Into the Ring, Justice, The Kidnapping Day, Not Others, The Bequeathed, The Glory dan terbaru Queen of Tears.

Baca lagi: Anugerah Seni Baeksang ke-60: “12.12: The Day” dan “Moving” Memenangi Daesang Grand Prize, “Exhuma” Memperoleh 4 Anugerah
Baca juga: Bukan Sahaja Dibenci, Park Sung Hoon Juga Tidak menerima Sebarang Kontrak Pengiklanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here