Home Artis Korea Bloodhounds Bakal Kembali Lagi untuk Musim Ke-2?

Bloodhounds Bakal Kembali Lagi untuk Musim Ke-2?

0

Pihak Netflix telah mengesahkan bahawa drama Korea terkenal Bloodhounds akan kembali dengan musim ke-2. Dipetik dari Sports Seoul, drama Bloodhounds yang diadaptasi dari sebuah webtoon, akan menyaksikan semula gandingan mantap Woo Do-hwan dan Lee Sang-yi membawa watak utama untuk drama ini.

Khabarnya, drama ini baru sahaja memulakan proses penggambaran di paruh kedua 2024 ini. Mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang Bloodhounds musim ke 2 versi Netflix ini!

 

1. Netflix sedang membincangkan sambungan Bloodhounds untuk musim ke 2

Bloodhounds Dipetik dari Sports Seoul, pada hari Isnin 29 April 2024, Netflix telah mengesahkan bahawa drama Korea Bloodhounds (2023) akan kembali dengan musim ke 2 yang lebih menarik. Di musim pertama, Bloodhounds (2023) berjaya masuk ke TOP 10 Rancangan TV (Non-english).

Menurut berita lain, drama ini baru memulakan proses produksi dan penggambaran pada paruh kedua tahun 2024 ini. Maka dengan itu, alur dan jalan cerita pastinya belum diumumkan dengan lebih terperinci. Namun, Netflix belum mengesahkan apa-apa tentang proses produksi tersebut.

“Kami sedang berbincang dan perbincangan menunjukkan arah positif, masih ada perkara yang belum dapat disahkan,” ungkap wakil Netflix dipetik dari portal Soompi.

 

2. Woo Do Hwan dan Lee Sang Yi akan kembali di musim 2

55b15a3d b406 4dd6 829a 52d40d184d54Woo Do Hwan dan Lee Sang Yi disahkan akan kembali menjadi watak utama dalam Bloodhounds musim 2. Kedua-dua mereka akan sekali lagi akan menampilkan keserasuan bromance mereka untuk para penonton setia drama ini.

Di musim pertama, Woo Do Hwan membawa watak sebagai Kim Gun Woo, bekas petinju yang terlibat dengan lintah darat. Manakala Lee Sang Yi diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai Hong Woo Jin yang merupakan senior dan sekaligus sahabat Kim Gun Woo.

 

3. Diadaptasi dari webtoon Bloodhounds

fb519eec 50ed 4fec b08e 64d840dbf93dDrama Korea Bloodhounds diadaptasi dari webtoon bertajuk sama yang sudah dilancarkan di LINE Webtoon. Versi webtoon memiliki satu musim dan 84 episod.

Masih belum diumumkan, adakah Bloodhounds season 2 masih sama dengan versi webtoon atau jalan ceritanya diubah? Tambahan pula Netflix belum benar-benar mengesahkan tentang jalan cerita untuk musim ke-2 ini. Kita tunggu makiumat selanjutnya ya!

Baca lagi: Drama Viu Original “Secret Ingredient”, Gandingan 3 Artis Dari Korea, Indonesia dan Filipina
Baca juga: Bloodhounds – Watak Antagonis Paling Kejam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here