Home Video Bisnes Potboy Tutup Serta Merta Tanpa Notis, Pekerja Hilang Pekerjaan Dan Hanya...

Bisnes Potboy Tutup Serta Merta Tanpa Notis, Pekerja Hilang Pekerjaan Dan Hanya Dibayar RM 200

0

Potboy Groceries ni ialah satu platform membeli-belah secara online dengan penghantaran percuma dan tanpa tempahan minima. Maksudnya korang boleh beli walaupun 1 jenis barang melalui Potboy Groceries ni. Namun kali ini tular mengenai isu potboy yang dikatakan tutup serta merta tanpa notis.

potboy2

Menerusi klip video yang tular di tiktok @lishaaaa.13 yang juga merupakan salah seorang pekerja di situ, dia meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan kapsyen video berkenaan yang mana potboy groceries tempat dia bekerja ditutup serta merta tanpa notis. Bukan itu sahaja, gaji para pekerja pula hanya dibayar RM 200 dan apabila bersuara, mereka akan diblock oleh bos.

TOLONG VIRAL KAN !!!! POTBOY GROCERIES TUTUP BISNES SERTA MERTA TANPA NOTIS AWAL DAN BAYAR GAJI RM200 shj ! Bila ditanya/bersuara kt boss besar, dia block semua terus

SELAMAT TINGGAL POTBOY, NO MORE POTBOY.. Bersabar ye kawan2 yang hilang pekerjaan.. Moga ada rezeki kalian di tempat lain.. Jalan terakhir kita pergi PERKESO untuk bela nasib kitaa.. Moga semua baik2 saje.. Untuk boss, terima kasih buat kami semua macam ni.. berlari la sejauh mana pon, hidup takkan pernah aman sebab dah aniaya pekerja.. #bosspotboypenipu #noticelastminute #gajitakdibayar #tipupekerja #boslariii #fyp #fypシ

Baca juga : “Ujian Dlm Dunia Bisnes Pasti Ada..”-Organizer Deco Terkilan Brg Hilang Selepas Event

Baca juga : Peniaga Kedai Makan Luah Perasaan Tidak Puas Hati Apabila Kedai Makannya Diserbu Penguatkuasa Tanpa Notis

Lihat klip berdurasi pendek di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Faridz Zainuri996 : 1st time aku masuk potboy je terus rasa sesuatu sgt kedai ni.

@Kak fa : aku sorang jer ke tak pernah tahu potboy ni ..aduh. semoga dipermudahkan segala urusan pekerja nye

@YongK3TuM : Patut potboy setia alam ni. X smpai sebulan 2 dah gone

@farah <3 : laki aku kerja potboy kena buang gitu nak g jumpa bos , bos asyik lari

@hafizirahman89 : ex driver potboy hadir…nasib dah bla awl²,tu pun sbb ad jual arak..kalo tau ad arak,mmg xkeje situ dah…

@muhdakmal : Jngn kata payment gaji dia payment roti massimo pon xbayar sbb tu xmasok lg dah roti massimo kt potboy

@Atikah Iskandar692 : apa2 pn aku nk ucap terima kasih potboy sebab banyak membantu aku time susah dlu …brang semua murah2 offer 50%…

@N.pikaa : Selain pymnt gaji . Pymnt aiskrim kilng suami sye pun dy xbyr lg

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram