Home Cdrama Bila Dapur Jadi Pentas Cinta, Senarai 10 Drama Romantik China Paling Mengiurkan

Bila Dapur Jadi Pentas Cinta, Senarai 10 Drama Romantik China Paling Mengiurkan

0

Beralih daripada K-Drama, drama yang dihasilkan oleh China juga tidak kurang hebatnya!

Drama China atau lazim disebut C-Drama ini sering diolah dengan genre komedi romantik yang mampu mencuit hati penonton. Malah, tidak jarang drama romantik China menjadi tontonan utama di beberapa negara lain, termasuk Malaysia.

Daripada sekian banyak drama romantik yang mencuri perhatian, berikut disenaraikan sepuluh drama romantik China bertemakan kulinari. Bukan sahaja menyentuh perasaan, penonton juga pasti tergoda dengan hidangan lazat yang dipaparkan. Pastikan anda sediakan snek untuk menemani waktu menonton!

 

Drama romantik1. Healing Food, Healing Love (2022) – Bermula dengan pertengkaran, seorang editor makanan bebas dan seorang juru masak bermulut pedas saling mengubati luka hati.
c852daeb 4947 4a60 8b03 4105a6010bda
2. Chef Hua (2020) – Sebuah kisah perjalanan tentang cinta dan makanan dalam bentuk drama berskala besar yang turut mengetengahkan perjuangan meraih impian.
42b876d9 d010 447e b9e1 e42dbf10a80c
3. My Spicy Love (2020) – Sesuai dengan judulnya, drama ini berlatar di sebuah restoran hotpot pedas serta kisah cinta dua individu yang bersaing.
01443e9b 09f2 4b73 ad68 71c0ef9eb2fc
4. Royal Feast (2022) – Sebuah drama jamuan istana yang bukan sahaja membuat penonton tergoda dengan masakan, malah turut menyentuh emosi melalui kisah cinta antara seorang juru masak dan seorang prajurit.
e3460ac9 5e6a 485d 8fd8 0ba621818b1c
5. Dating in the Kitchen (2020) – Menampilkan Zhou Lusi sebagai juru masak hebat yang membuat penonton tergoda, di samping kisah cintanya dengan seorang lelaki daripada generasi berbeza.
680fc456 6a91 45f3 ac65 607e1525b266
6. Walk into Your Memory (2019) – Sajian enak menjadi latar dalam kisah seorang pembantu dapur yang berusaha membantu majikannya mendapatkan kembali ingatan.
076e6cb6 f08c 49b0 9ddf 39e3868a7f2e
7. Dine with Love (2022) – Kisah cinta Yu Hao yang bermula daripada belajar memasak, bukan sahaja mencuit hati malah membuat penonton ketawa.
baf1a34b 5e48 4c52 9292 7f5c0d63daea
8. Gourmet in Tang Dynasty (2021) – Xiao Xiao yang gemar makan tetapi menentang standard kecantikan semasa, akhirnya mengejar impiannya melalui sebuah pengembaraan masa.
c3e8ae34 250f 486c b2be 960e318f39e4
9. Cupid’s Kitchen (2022) – Lin Ke Song, yang memiliki deria rasa sangat sensitif, menyertai pertandingan memasak dan tinggal bersama mentornya yang garang.
975d3f6b c67e 4a64 b258 0d0b97c1f170
10. The Perfect Match (2017) – Persaingan sengit antara dua juru masak muda dalam menentukan siapa yang paling unggul dipaparkan penuh dramatik.

Bukan sahaja menyentuh hati, drama-drama romantik ini juga berjaya membuat penonton berasa lapar dengan sajian yang dipersembahkan secara estetik dan menggoda!

Baca lagi: 10 Drama Korea Klasik di Netflix yang Harus Ditonton Semula
Baca juga: Romantik dan Benci Kesumat di Zaman Dinasti, 8 Drama China Epik yang Mencengkam Jiwa