Home News Bazar Ramadan, Aidilfitri Di Perlis Terjejas Akibat Ribut

Bazar Ramadan, Aidilfitri Di Perlis Terjejas Akibat Ribut

0

Di Kangar, beberapa lokasi di negeri tersebut termasuk bazar Ramadan dan Aidilfitri terjejas akibat dibadai ribut kira-kira pukul 5 petang semalam. Kejadian mengakibatkan kerosakan khemah niaga di Bazar Ramadan Taman Sena Indah dan tapak jualan Aidilfitri di Kangar Jaya.

Selain itu, berlaku kejadian pokok tumbang menimpa kenderaan serta bumbung rumah dan kedai makan termasuk di Bohor Temak diterbangkan angin kencang. Menerusi video yang telah tular di twitter dapat dilihat keadaan angin ribut yang sangat kuat telah dirakam oleh salah seorang orang awam di situ. Terdapat juga gerai berbumbungkan zink yang diterbangkan ke atas bumbung Pasar Borong Kangar.

Sumber, KOSMO! ONLINE

Lihat video di twitter :

Lihat juga komen dari warganet :

@ubaidum11 : Kalau kat negeri lain lebai kata bala

@aaszamzri : Kt changlun pon sama jgk td tapi tak teruk lah cuma kt uum teruk jgk sampai tumbang pokok kt kereta lect.

@funnieyzayein : Haritu jitraaa, semoga dipermudahkan segala urusan

@iampitaloka : Ada kipas tengah tu.

@hanney_lollypop : uishhh srsly harini ke? luckily i gerak awal

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Twitter