Home Video Bawa Biskut Raya Takda Org Nak Mkn, Netizen Puji Cara Guru Pujuk...

Bawa Biskut Raya Takda Org Nak Mkn, Netizen Puji Cara Guru Pujuk Anak Muridnya

0

Di musim perayaan ini pastinya akan banyak jamuan yang diadakan di sekolah. Yang paling teruja pastinya adalah murid-murid kerana mereka tidak perlu belajar dan hanya perlu membawa makanan di samping memakai baju raya masing-masing.

Baru sahaja semalam tular sebuah video di halaman tiktok di mana menunjukkan situasi seorang budak lelaki yang menangis teresak-esak. Apabila ditanya kenapa menangis, dia menjawab bahawa tiada orang yang makan biskut raya yang dibawa olehnya.

“bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. takpela kawan2 ada boleh makan biskut syakir”

Di ruangan komen juga ramai yang memuji cara cikgu itu memujuk anak muridnya yang menangis itu dengan cara memanggil rakan-rakan yang lain untuk merasa kuih raya tersebut.

“terima kasih cikgu.sbb pandai amik hati murid..sesiapa pn akan sdih bl ape yg kite bawak x di mkn.ape pn terbaik cikgunya”

“terbaik..cikgu yg bijak pandai mengambil hatinya..begitu simple rasa dia bahagia”

Lihat video penuh di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@mawa8 : sebnrnya.ada juak guru2 yg pilih bulu ..kalau anak have2 dorg layn abis tp kalau ank2 yatim piatu dan miskin Sellu kena pinggir.

@Sidi Latif : kwan2 bkn tak nk mkn shakir..takut shakir mrah bila mkn sbat belum buka lg…mmm sedap sngat..tq shakir

@zakiahali847 : terbaik cikgu,sakir nak beri kawan makan bukak ya dan jemput makan.

@Abam Mie : kita kalau datang dari keluarga yg susah, tiada siapa akan pandang kita.. hidup ni ni keras.. bertabah la hati kita dik..

@inaucu85 : anak buah saya twin yatim.kelas sama2.nasib baik xda berlaku bnda2 mcm ni.sedih wei jgn la buat mcm ni

@Ziaf_Akio : Karipap mini tu faveret kot!! Semoga adik shakir membesar jadi insan yg soleh dan berguna utk bangsa dan negara

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram