Home Entertainment 6 Fakta Uhm Jung Hwa, Bakal Mengejutkan Anda

6 Fakta Uhm Jung Hwa, Bakal Mengejutkan Anda

0

Apakah 6 fakta mengenai Uhm Jung Hwa, yang mungkin mengejutkan anda itu?

Uhm Jung Hwa dilahirkan pada 17 Ogos 1971 ialah merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pereka pakaian terkenal dari Korea Selatan. Uhm Jung Hwa memulakan kariernya sebagai ahli korus untuk MBC dari tahun 1987 sehingga tahun 1990.

Artis hebat ini membuat penampilan filem pertamanya dalam β€œMarriage Story” dan mengeluarkan album studio pertamanya, Sorrowful Secret. Uhm Jung Hwa dianggap sebagai salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam industri hiburan Korea.

IMG 6588 IMG 6584

Pada tahun 2000 Uhm Jung Hwa mengubah gaya muzik yang dibawanya dan dia berjaya memukau para peminat pada waktu itu. Para peminat sangat teruja kerana selebriti ini terbuka untuk mengubah hala tuju muziknya seiring dengan peredaran zaman.

Album mini pertamanya iaitu D.I.S.C.O dilancarkan pada tahun 2008 dan artis lagenda ini bergabung dengan penyanyi rap kumpulan BIGBANG iaitu T.O.P. Album mini tersebut mendapat sambutan hangat dan seterusnya dia melancarkan versi remix bersama penyanyi rap terkenal Korea Selatan iaitu G-Dragon.

Selepas kejayaan D.I.S.C.O, artis ini telah menyepikan diri daripada dunia seni buat seketika dan muncul kembali menggegarkan para peminatnya dengan sebuah album baru pada tahun 2017 iaitu The Cloud Dream of the Nine.

Pada waktu yang sama, artis serba boleh ini mengambil banyak tawaran lakonan. Ramai peminat masih mengingati lakonannya dalam beberapa filem popular seperti Marriage Is A Crazy Thing, Singles, Princess Aurora, Dancing Queen, Seducing Mr. Perfect, dan juga Haeundae. Dia turut meraih dua trofi Pelakon Wanita Terbaik di Baeksang Arts Awards.

6c32721c 1520 4128 aefa 56595b536b57

Jom sama-sama kita lihat fakta-fakta menarik mengenai Uhm Jung Hwa:

1. Uhm Jung Hwa adalah seorang pejuang kanser

a52c3f9d 169a 40af 9632 ac81ecc2fb18 1

Artis ini pernah didiagnos menghidap kanser tiroid pada Mei 2010. Waktu itu, dia perlu menjalani rawatan medikal hingga terpaksa ke dewan bedah. Pernah tidak dapat bercakap selama 8 bulan, waktu-waktu tersebut menjadi titik permulaan baginya untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan berguna.

2. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan projek Refund Sisters

e0a1dba5 1c56 47b6 828c 4951855bab4d

Pada tahun 2020, dia menyertai rakan-rakan artis yang merupakan penyanyi iaitu Lee Hyori, Jessi dan juga Hwasa (MAMAMOO). Program ini adalah sebahagian daripada variety show MBC iaitu Hangout With Yoo. Debut single mereka yang bertajuk Don’t Touch Me mendahului Carta Gaon pada waktu itu.

3. Adik lelakinya juga terlibat dalam industri hiburan

e291d646 9cd7 4460 877b 670a993c5263

Adik lelakinya iaitu Uhm Tae Woong juga turut terjun ke dunia seni mengikuti jejak langkah kakaknya. Dia memulakan kerjaya lakonan selepas Uhm Jung Hwa melakukan debut dan mendapati bahawa sangat susah untuk membina nama sendiri dalam industri seni dan hiburan. Kerja kerasnya membuahkan hasil apabila Resurrection (2005) dan juga Lucifer (2007) berjaya mengangkat namanya.

4. Uhm Jung Hwa sangat berminat dengan dunia fesyen

IMG 6586

Uhm Jung Hwa mengeluarkan jenama pakaian dalamnya sendiri pada tahun 2007. Selebriti terkenal ini mahu melancarkan 70 buah butik atas talian dan juga butik fizikal di Korea Selatan. Jenama butik atas taliannya dikenali sebagai Zhum in New York manakala untuk butik fizikal pula dikenali sebagai Corner Suite.

5. Uhm Jung Hwa takut akan perkahwinan

23f7a064 2a00 47ad 8417 75cc5f0c5a24

Semasa mempromosikan filem Miss Wife lada tahun 2015, Uhm Jung Hwa bersikap terbuka untuk menjawab mengenai isu perkahwinan.

β€œSaya selalu merasakan bahawa anak-anak adalah perkara indah yang hadir dalam kehidupan kita dan perkahwinan adalah sesuatu yang membahagiakan.”

”Walau bagaimanapun, saya tidak fikir saya dapat menumpukan perhatian terhadap perkahwinan dan saya takut saya tidak dapat menjaga anak-anak sambil bekerja. Semasa menjalani penggambaran filem ini (Miss Wife), saya memang berfantasi mengenai alam rumah tangga.”

”Kadang-kadang terfikir juga untuk mempunyai seorang suami penyayang, anak-anak yang comel dan rumah tangga yang perlu diuruskan.” Luahnya.

6. Anda boleh melihatnya di laman Instagram peribadi miliknya

Ternyata Uhm Jung Hwa sangat aktif di lama Instagram miliknya. Anda boleh mengikutinya di laman Instagram rasmi untuk melihat foto-foto, video-video dan perkembangan terbaru mengenai artis ini yang sering dikongsikan melalui hantarannya

Walaupun Uhm Jung Hwa merupakan artis senior di Korea Selatan, ternyata wanita hebat ini telah berjaya mengumpul peminat dari segala lapisan masyarakat. Tambahan lagi kini namanya meledak lagi melalui lakonannya dalam drama siri Netflix Doctor Cha.

577383ee 9e26 4bb7 b8fb 84767cdf5b92

Baca Lagi:Β Uhm Jung Hwa – 10 Cerita Yang Dibintanginya

Baca Juga:Β Doctor Cha Meraih Rating No 1 Dalam Sejarah JTBC