Home K - Pop Banjir di Seoul, Ini Antara Artis Yang Menghulurkan Pertolongan

Banjir di Seoul, Ini Antara Artis Yang Menghulurkan Pertolongan

0

Minggu ini, dunia telah digemparkan dengan berita Seoul dilanda banjir menyebabkan beberapa bandar di daerah selatan, Gangnam dan bandar sekitarnya tenggelam.

137CBBA7 0B17 420C 8731 379E68153E39

Dilaporkan setakat ini, 7 orang terbunuh dan 6 orang masih hilang dengan beberapa kerosakan di stesen subway, kedai dan 3000 kereta tenggelam di dalam air.

68C1BA92 8C90 47AB AB36 E025D6D8C3AB

Seoul sudah mula pulih, beberapa selebriti ini menghulurkan pertolongan mendorong kepada pemulihan bandar itu lebih cepat.

Pada 11 Ogos lalu, Hope Bridge Korea Disaster Relief Association dilaporkan telah menerima sumbangan daripada pelawak kesayangan ramai, Yoo Jae Suk dengan menderma sebanyak 100 juta won untuk pembaik pulih banjir tersebut. Agensi Jae Suk telah mengeluarkan kenyataan ringkas berkaitan perkara ini.

30E2590F 5B46 4D17 9637 4D88DF194AFC

” Sebaik sahaja mendengar berita tentang banjir, beliau telah menderma dengan berharap dapat meringankan beban mangsa yang terlibat” – Agensi

Dalam pada itu, aktress, Kim Go Eun turut sama menderma dengan jumlah 50 juta won bagi membantu mangsa banjir. Agensi beliau, BH Entertainment telah mengeluarkan kenyataan.

E0DBC7D0 4481 4B57 B540 BE68ED097EC5

” Kim Go Eun telah menderma dengan berharap dapat membantu dan memulih semula semangat mangsa banjir” – Agensi

Selain itu, penyanyi terkenal, PSY turut menderma bagi meringankan beban mangs banjir. Korean Red Cross melaporkan pada 11 Ogos lalu penyanyi itu telah menderma sebanyak 100 juta won kepada mangsa banjir.

596D74F6 CE24 45A4 A3D6 3C5AD636DED9

” PSY menderma dan berharap dengan sumbangan ini mampu membantu dan memulih semula komuniti yang terjejas” – Korean Red Cross

Pada masa yang sama, selebriti seperti, Kim Hye soo, Im Si Wan, Kang Tae Oh, Yoon Sae Ah, Han Ji Min, Park Na Rae, Arin, Kang Seung Yoon, Park Jin Young dan ramai lagi turut memainkan peranan membantu mangsa banjir.

Sumber: KoreaBoo 

Baca artikel terdahulu: “Saya Bukan Seorang Pembuli” Kim Garam Tampil Dengan Kenyataan Bela Diri