Home News “Bagi Signal Bukan Bermakna Boleh Terus Cilok” -Netizen

“Bagi Signal Bukan Bermakna Boleh Terus Cilok” -Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok luq_syjexx, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan satu rakaman kemalangan jalan raya, di mana sebuah kereta yang tiba-tiba sahaja memasuki laluan kecemasan dan menyebabkan 2 motosikal berhenti secara mengejut dan terjatuh. Video klip ini juga telah ditular kerana sikap pemandu tersebut tidak berhati-hati di kawasan jalan raya yang dipenuhi kenderaan awam ketika itu.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan pemandu kenderaan tersebut sememangnya memberi lampu isyarat kenderaan untuk membelok tetapi beliau terus memasuki laluan kecemasan itu dengan secara tersebut. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah menghadapi perkara yang sama seperti ini. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 853.2K penonton, 53.3K sukaan dan 2293 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Orang lain punya hal, orang lain kena”

Lihat klip durasi pendek kemalangan jalan raya di mana sebuah kereta memasuki laluan kecemasan dengan secara mengejut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@WandaEdin: Bg signal bukan bermakna boleh terus cilok.. bagi signal pandang sekeliling pstikan jarak selamat baqu masuk

@azami992: Tapi tetap lori je d anggap pembunuh jalan raya.. kerta biasa semua bgs2 kn…

@Ajimmm: aku pernah kena cmni main msuk je kot ye nk berhenti tgok dulu oi

@MR jokey@kiey: kami biasa blok sikit lorong kecemasan tu kecuali kereta yg ada lampu biru merah..cepat2 kami buka seluas lautan.

@Ridzwan : allah hari2 balik kerja sllu kena mcm ni tapi klu mengejut mcm ni apa kn daya jalan basah pulak . semoga owner moto cepat sembuh

@Assallam Muslim F&B: semoga di permudahkan segala urusan dan rezeki dunia akhirat aaamiiin aaamiiin aaamiiin Ya Robbal aaalamin

@TAQIEY: kreta tu pon kalut nk p mna xtaw org lain pon kalut ada kerja jugak

@King Camel : Aku penah kene mase balik kje cun jgak hjan rnyai² ada satu kete msuk smpang tak bagi signal..Nsib aku pkai safety boot dpat jgak kawal moto

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram