Home Entertainment “Apa Yang Song Hye Kyo Dah Buat?” Netizen Mula Mempersoalkan Punca Sebenar...

“Apa Yang Song Hye Kyo Dah Buat?” Netizen Mula Mempersoalkan Punca Sebenar Penceraiannya Dengan Song Joong Ki

0

Song Joong Ki baru-baru ini disahkan bercinta dengan seorang wanita Britain, yang ramai berspekulasi sebagai Katy Louise Saunders, dan penceraiannya dengan Song Hye Kyo sebelum ini telah menjadi topik perbincangan sekali lagi.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo berkahwin pada Oktober 2017 dan kemudian bercerai kurang daripada 2 tahun kemudian pada Jun 2019, tetapi punca sebenar perceraian mereka tidak pernah didedahkan.

Song Joong-Ki's wedding photos with ex-wife Song Hye-Kyo go viral amid  dating rumours | Celebrities News – India TV

Pada 28 Disember, netizen di komuniti Nate, Pann mula membincangkan topik itu sekali lagi. Poster asal menulis, “Adakah Song Hye Kyo melakukan sesuatu yang salah kepada Song Joong Ki?

Nampaknya tiada apa-apa yang disahkan, tetapi mengapa orang mengatakan bahawa Song Joong Ki bernasib malang apabila dikaitkan dengan wanita? Apa yang Song Hye Kyo dah buat?”

Netizen menjawab, “Song Hye Kyo cuba bertindak seperti mangsa di media, dan kemudian pihak Song Joong Ki berkata mereka akan mendedahkan semuanya. Selepas itu, baru lah Song Hye Kyo diam”

Baca lagi: Selepas Song Hye Kyo, Akhirnya Song Joong Ki Move-on Kepada Seorang Wanita Britain Ini

Baca lagi: Rumah Lama Song Joong Ki Kini Jadi Muzium, Gambar Bekas Isteri Masih Tersimpan

Song Joong-Ki - Song Hye-Kyo: Actors' divorce reason revealed expelling  rumours | Entertainment

“Tiada lelaki yang tidak akan jatuh cinta dengan wajah seperti itu. Song Joong Ki malah pernah memberitahu bahawa Song Hye Kyo adalah wanita idamannya. Siapa yang tahu kan?”

“Mengapa orang mengatakan Song Hye Kyo menggodanya? Semasa promosi untuk ‘Descendants of the Sun’, Song Joong Ki yang banyak menggodanya”

“Song Hye Kyo memang terkenal kerana gilakan lelaki”

Sumber: [1]