Home Artis Korea Anugerah Drama MBC 2024 pada 30 Disember Ini, Tujuh Pelakon Ini Dijangka...

Anugerah Drama MBC 2024 pada 30 Disember Ini, Tujuh Pelakon Ini Dijangka Bersaing Untuk Anugerah Daesang

0

Penghujung tahun telah tiba, pelbagai treler untuk rancangan anugerah mula dikeluarkan satu persatu.

Anugerah Drama MBC merupakan antara acara anugerah yang dinanti-nantikan, memandangkan banyak drama MBC tahun ini mendapat perhatian hebat daripada peminat drama Korea.

Lebih-lebih lagi, terdapat dua drama MBC tahun ini yang berjaya mencapai penarafan dua digit yang sangat mengagumkan. Malah kini, drama terbarunya berjudul “When the Phone Rings” sedang viral dan menjadi tumpuan ramai penonton.

Dengan begitu banyak drama MBC yang menarik perhatian, penonton kini mula mempersoalkan siapakah yang bakal menjadi pemenang trofi utama atau Daesang. Dikatakan tujuh pelakon drama ini dianggap sebagai pesaing dan calon terkuat. Jom, tatal ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

 

1. Lee Hanee (Knight Flower)

Drama mbc

Lee Hanee menunjukkan persembahan yang mengagumkan dalam drama Knight Flower yang berlatarkan era Dinasti Joseon. Dia berjaya menampilkan dua watak yang sangat bertentangan. Drama ini malah berjaya mencatatkan pencapaian sebagai drama MBC yang disiarkan pada hari Jumaat-Sabtu dengan rating tertinggi setakat ini iaitu mencecah 18.4%.

 

2. Kim Nam Joo (Wonderful World)

IMG 4748

Kim Nam Joo memainkan peranan besar dalam Wonderful World. Sebagai ibu yang mengalami kehilangan anak, lakonan penuh emosi diakui begitu mengagumkan sehingga membuatkan penonton merasai kesedihan yang mendalam. Drama ini sentiasa menunjukkan persembahan yang cukup memberangsangkan dari segi rating sehingga berjaya mencapai rekod rating tertinggi pada episod ke-13 iaitu mencecah 11.4%.

 

3. Lee Je Hoon (Chief Detective 1958)

IMG 4755

Chief Detective 1958 nampaknya adalah penampilan pertama Lee Je Hoon dalam drama MBC sejak dia membuat penampilan sulung. Mengenai penampilannya, tidak ada keraguan tentang kebolehannya. Rating untuk episod terakhir drama itu sahaja berjaya menduduki kedudukan teratas dalam slot masa siarannya di semua saluran.

 

4. Kim Hee Sun (Bitter Sweet Hell)

IMG 4750

Bitter Sweet Hell ialah drama yang membawakan misteri dan komedi gelap, dibintangi oleh Kim Hee Sun bersama Lee Hye Young, Kim Nam Hee dan Yeonwoo. Walaupun rating tidak pernah mencapai dua digit, drama ini menunjukkan kestabilan rating dalam julat 4-6%. Kemahiran lakonan Kim Hee Sun tidak boleh dipandang remeh, justeru dia dianggap antara calon kuat untuk memenangi trofi Daesang.

 

5. Byun Yo Han (Black Out)

IMG 4751

Black Out menandakan drama pertama di mana Byun Yo Han memainkan watak utama. Seperti biasa, lakonannya kembali mendapat sambutan positif kerana berjaya menggambarkan kehidupan rumit watak Ko Jung Woo yang terpaksa berdepan tuduhan pembunuhan tidak berasas dan pelbagai kesukaran lain. Akhirnya, Black Out berjaya mencatatkan purata rating nasional sebanyak 8.8%, iaitu rekod tertinggi untuk drama tersebut.

 

6. Han Seok Kyu (Doubt)

IMG 4757

Seperti yang diketahui oleh peminat drama Korea, Han Seok Kyu adalah seorang pelakon veteran Korea Selatan yang telah menjadi contoh dan inspirasi kepada ramai pelakon lain. Pada tahun ini, dia membuat kemunculan semula dalam drama MBC berjudul Doubt di mana episod akhir berjaya mencapai rating yang cukup memberangsangkan iaitu 9.2%. Ini juga menandakan Han Seok Kyu kembali ke penerbitan drama MBC selepas 29 tahun!

 

7. Yoo Yeon Seok (When The Phone Rings)

IMG 4759

Pada masa ini, Yoo Yeon Seok, yang memegang watak sebagai jurucakap presiden Baek Sa Eon dalam drama When the Phone Rings, sedang menjadi perhatian. Pada minggu kedua bulan Disember, dia juga berjaya mencapai kedudukan teratas sebagai pelakon yang paling banyak diperkatakan, diikuti oleh Chae Soo Bin di tempat kedua. Dengan rating yang cukup menjanjikan sehingga ke penayangan akhirnya nanti, Yoo Yeon Seok juga dianggap layak dicalonkan sebagai bakal penerima Daesang.

Ketujuh-tujuh bintang utama drama-drama diatas mendapat perhatian tinggi dan ulasan mengagumkan untuk karya terbaru mereka di MBC tahun ini. Justeru mereka dianggap sebagai calon utama untuk memenangi trofi Daesang di Anugerah Drama MBC 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember ini.

Pada pendapat anda, siapakah yang akan mendapat anugerah Daesang MBC?

Baca lagi: Calon Anugerah Pasangan Terbaik “2024 MBC Acting Awards” telah didedahkan, Siapakah Bakal Menang?
Baca juga: 7 Drama Korea MBC dengan Rating Tayangan Tertinggi, Chief Detective 1958 Mendahului