Home Anime Anime Bleach: 5 Bankai dengan Kuasa Elemen Terkuat

Anime Bleach: 5 Bankai dengan Kuasa Elemen Terkuat

2688
0
Anime bleach

Konsep kekuatan dan kuasa Zanpakuto dalam anime Bleach memang sangat menarik. Zanpakuto dibahagi menjadi tiga bentuk kewujudan, iaitu dalam bentuk segel, Shikai atau kekuatan utama, dan Bankai yang merupakan kuasa penuh Zanpakuto.

Dalam anime Bleach, bentuk dan kuasa Bankai sangat bervariasi. Ada yang memberikan kuasa tambahan, memberi kesan yang boleh membawa maut, dan ada juga yang boleh mengendalikan pelbagai elemen bumi.

Konsep elemen, seperti api, ais, dan air, merupakan kuasa yang popular dalam anime, tidak terkecuali dalam Bleach. Bleach juga menampilkan karakter dengan elemen Bankai yang sangat berbahaya.

Berikut ini adalah urutan Bankai dengan kuasa elemen paling kuat dalam anime Bleach.

 

5. Koko Gonryo Rikyu (Petir)

76a06b38 3e07 4e8c 817b fba332bdbcb4Tempat kelima dimulakan dengan Koko Gonryo Rikyu milik Leftenan Divisyen 1, Chojiro Sasakibe. Bankai ini tidak pernah digunakan selama ratusan tahun. Ironinya, sewaktu hendak digunakan semula, Bankai ini berjaya dicuri oleh pasukan Sternritter. Kemampuan Bankai ini adalah memanggil awan yang menghasilkan petir untuk Sasakibe manipulasi.

Sama seperti Hyorinmaru, Sasakibe boleh mengendalikan petir secara langsung atau menambah kekuatannya dengan Zanpakuto. Sewaktu digunakan oleh musuh untuk menyerang Yamamoto, Komander hebat itu mendakwa bahawa kuasanya jauh lebih lemah jika dibandingkan dengan Chojiro. Dengan Bankainya ini, Chojiro adalah satu-satunya Shinigami yang dapat memberi bekas kecederaan kepada Yamamoto.

 

4. Tekken Tachikaze (Angin)

e5aab2e7 875d 4fbd 8cbb 0e4c8e163737Kensei Muguruma adalah salah seorang kapten senior yang kembali mendapat tempat dalam Divisyen 9. Kapten ini sangat handal dalam pertarungan jarak dekat. Oleh sebab itu, Bankainya yang bernama Tekken Tachikaze mampu membantu gaya bertarungnya tersebut. Tekken Tachikaze mengubah bentuk Zanpakuto Kensei menjadi sebuah knuckle duster yang juga menyelimuti kedua-dua tangannya.

Kuasa sebenar Shikai dari Tachikaze adalah menciptakan tebasan angin dari pedangnya. Tekken Tachikaze mengubah tebasan angin tersebut menjadi sebuah ledakan udara. Kensei boleh menghancurkan musuh dengan ledakan udara bertekanan tinggi secara terus-menerus. Walaupun kuat, Bankai ini kurang mempunyai potensi dari segi raw power, jadi tempat keempat paling sesuai untuk Kensei.

 


3. Hakka no Togame (Ais)

Anime bleachRukia adalah salah satu watak utama dalam anime Bleach. Selepas sekian lama beraksi, Rukia akhirnya baru mendapat Bankainya dari hasil latihan dengan Royal Guard dalam Bleach: Thousand-Year Blood War Arc. Sama seperti Bankai Hitsugaya, Hakka no Togame merupakan elemen ais.

Jika Hyorinmaru menggunakan kuasa ais untuk membuat serangan yang memusnahkan, Bankai Rukia lebih fokus pada penurunan suhu dan serangan yang membekukan musuh dengan cepat. Bankai ini ditunjukkan mampu mengalahkan As Nodt, seorang Sternritter kuat yang sebelum ini hampir membunuh Byakuya.

Sayangnya, Bankai ini juga membekukan tubuh Rukia. Doi pelu menunggu Bankainya mencair untuk dapat bergerak tanpa menghancurkan dirinya. Dengan kelemahannya ini, Bankai Rukia ada di tangga ketiga!

 

2. Daiguren Hyōrinmaru (Ais)

46438856 094d 4007 a26a aeaca1026d96Di tempat kedua dalam bankai anime Bleach adalah Kapten Hitsugaya. Hitsugaya adalah salah satu karakter yang sering menggunakan Bankai dalam aksinya. Bankai yang dinamakan Daiguren Hyōrinmaru ini akan meningkatkan kemampuan Shikainya untuk mengendalikan ais. Selepas menggunakan Bankai, Hitsugaya akan menciptakan sayap dan ekor naga dari ais.

Terungkap dalam manga bahawa selama ini Hitsugaya tidak boleh menggunakan kuasa penuh Daiguren Hyōrinmaru. Semuanya kerana tubuhnya yang masih remaja. Akhirnya, menjelang akhir cerita, Hitsugaya menggunakan teknik rahsia untuk membuat tubuhnya menjadi dewasa demi menggunakan kuasa penuh Daiguren Hyōrinmaru yang boleh membekukan apa-apa sahaja dengan pantas. Bankai ini berpotensi untuk menjadi yang paling kuat!

 

1. Zanka no Tachi (Api)

1537118b aed9 4bb2 a05f 15c2f252132aBankai dari Komander Yamamoto Genryusai dalam anime Bleach ini boleh dikatakan sebagai Bankai dengan kuasa yang paling memusnahkan. Bankai ini tidak memberikan kuasa manipulasi realiti atau kuasa hax yang lain. Namun, Zanka no Tachi hanya sebuah Bankai dengan kuasa api yang tidak terbendung. Penggunaan yang terlalu lama dapat menghancurkan seluruh Soul Society dan Seireitei.

Jika Shikai dari Zanpakuto Yamamoto menghasilkan api yang meluap-luap, Bankai Zanka no Tachi ini menekan api tersebut dalam bilah pedang dengan tingkat panas mencapai 15 juta darjah celsius. Yamamoto juga mempunyai empat jurus yang boleh memotong musuh menjadi abu.

Bankai ini sudah jelas merupakan Bankai elemental paling kuat dalam anime Bleach! Dari segi daya kehancuran, Bankai dengan kuasa elemen adalah paling kuat. Bukan hanya kuat sahaja, kesan visual yang ditampilkan juga sangat memukau mata.

Semoga Bleach: Thousand-Years Blood War Arc Part 3 bakal menunjukkan Bankai dengan kuasa elemen terbaru nanti!

Baca lagi: 5 Raja Paling Kuat dalam One Piece, Siapakah Mereka?
Baca juga: Perkembangan Terbaru Filem Naruto Live Action, Skrip Akan Mula Ditulis