Home News Akibat Hilang Kawalan, Rakaman Lori Tanah Rempuh 13 Buah Kereta Raih Perhatian

Akibat Hilang Kawalan, Rakaman Lori Tanah Rempuh 13 Buah Kereta Raih Perhatian

0

Banyak isu yang pastinya kita pernah dengar di mana lori yang hilang kawalan dan merempuh kereta-kereta di jalan raya.

Menerusi rakaman dashcam yang tular di media sosial baru sahaja harini, dapat dilihat situasi yang mana sebuah lori dari arah belakang yang merempuh sebilangan kereta di jalan raya ketika itu. Difahamkan terdapat 13 kereta yang menjadi mangsa rempuhan lori terbabit.

Laporan polis Kuantan menyebut…13 kenderaan menjadi mangsa lori ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal dapati kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang hilang kawalan semasa memandu di laluan selekoh menuruni bukit.

“Akibat kejadian, lori terbabit telah melanggar deretan kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat di hadapan,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku di laluan berselekoh menuruni bukit dalam keadaan cuaca hujan, jalan basah dan licin.

“Anggota polis ke tempat kejadian untuk siasatan dan telah merakam percakapan pemandu-pemandu yang terlibat.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Di ruangan komen ramai yang berunyi di mana mereka mengatakan lori di kuantan memang memandu secara laju dan agak berbahaya.

“kbnyakkan lori kat Kuantan ni sume laju².sya nk msuk smpang bg signal awl dh dia lju lagi msuk je smpang goyang kereta… x thu la nk ckap ape”

“aku duduk kt beserah dh bertahun mmg slalu nmpk lori laju ii kt bukit beserah ni “

“belum kira kt bypass lagi…laju kaw…duduk lak lain kanan..”

Baca juga : Akibat Brek Tidak Berfungsi, Lori Pasir Rempuh 8 Kenderaan Di Rawang

Baca juga : Lori ‘Panjat’ Dua Kereta Berpunca Dari Kereta Berhenti Mengejut Tarik Perhatian Netizen

Lihat rakaman dashcam di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@mira : Daripada duk kejar rxz tu bagus pantau lori2x yg rak cukup spec tu

@malacire : Klau tak laju, tak akn hilang kawalan. Yg terkena, pemandu2 yg tak berdosa itu semua.

@powerpuffLeyl : Sini org bawak kereta mmg laju, tiket express bertemu Tuhan, baik lori baik kereta, siang malam, kering basah. Padahal ada traffic light. Aahhh bodoh piang.

@madi : kalau brek lori rosak mohon driver lori tekan hon warning bertalu² ….supaya kami dpt bertindak pantas

@ikmal_rahman : Tolong la pihak berkuasa lori-lori ni kalau kat baypass berdesup laju. Kita dah bawak 100km/h dia boleh cucuh kat belakang kereta kita.

@zeqhassan : musim lori ke ni…risau…berhenti trafik light sekarang kena alert….

@azwani rosmi : kerapnya kemalangan melibatkan kenderaan berat.. mohon pihak brkenaan pantau semula.. Dan tetapkan wktu utk kenderaan berat mgguna jln raya..

@Tengku Azlina223 : saya lalu semlm ptt la nmpk beberapa kereta tersadai rosak. lebih kurang pkl 7 mlm

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter mynewshub