Home News Akibat Brek Tidak Berfungsi, Lori Pasir Rempuh 8 Kenderaan Di Rawang

Akibat Brek Tidak Berfungsi, Lori Pasir Rempuh 8 Kenderaan Di Rawang

0

Baru sahaja semalam tular sebuah video memperlihatkan keadaan beberapa buah kereta yang remuk teruk akibat daripada kemalangan yang melibatkan lori pada petang semalam. Menurut sumber, kejadian berlaku dari KPJ Rawang ke Sg Choh di hadapan lampu isyarat bukit yang mengakibatkan 8 kereta dan sebuah lori pasir. Difahamkan brek lori yang bernombor B7P9976 tidak berfungsi ketika itu. Dilaporkan kesemuanya hanya mengalami kecederaan ringan.

“Dari KPJ Rawang ke sg choh.. Info ada kemalangan jalan sesak Rawang menghala Serendah selepas KPJ Rawang di hadapan traffic lights bukit mengakibatkan 7kereta 2lori… Berpunca dari salah 1 lori “BJP9976 break tidak berfungsi”.. alhamdulillah kesemuanya cedera ringan”

Lihat video di twitter :

Lihat juga komen netizen :

@al3xbenjamin : Takpe lah. Ini rezeki dugaan dari Allah. Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat. insha’Allah ada rezeki besar, yang lebih baik akan Allah kurniakan satu hari nanti atas asbab dugaan ini.

@naturehunter : Kesian dah la nak raya. Alhamdulillah semua dpt beraya dgn family sihat dgn anggota badan yg lengkap.

@yourharamboy : Pelik , bulan puasa banyak sangat kemalangan . Lapar barangkali . Mood swing . Hilang focus

@ekmalabdyllah : ni kalau JPJ x saman kaw2 x tau la.. extend bucket bg tinggi, pastu muatan membukit tinggi

@Chesue29 : Kesiannya… moga dipermudahkan urusan mereka… kesiannn… nak raya tp kereta kena duduk bengkel

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter @AkeemSharyzal