Home Artis Korea Ahyeon Disahkan Batal Debut dengan BABYMONSTER

Ahyeon Disahkan Batal Debut dengan BABYMONSTER

0

Sebelum ini sudah ada desas desus bahawa Ahyeon tidak akan dapat bergabung dengan BABYMONSTER untuk debut pada bulan November ini.

Khabar mengejutkan ini dikeluarkan buat pertama kali oleh media Korea dan terus menerus menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen.

IMG 2645

YG Entertainment sebagai agensi yang bertanggungjawab juga telah memberikan respon dan kenyataan mereka. Jom kita lihat selengkapnya perkara yang terjadi seperti di bawah ini!

 

1. Ahyeon dikhabarkan batal debut dengan BABYMONSTER

f0cd617c 86c5 44df b478 024770082ecePada bulan Mei lalu, YG Entertainment mengumumkan lineup debut untuk BABYMONSTER dengan jumlah kesemuanya tujuh orang ahli kumpulan. Mereka adalah Ahyeon, Haram, Rora, Pharita, Ruka, Chiquita, dan Asa. Namun, media Korea Selatan News1 secara tiba-tiba melaporkan bahawa kumpulan BABYMONSTER akan debut dengan hanya enam orang anggota kumpulan sahaja.

Selain itu, media tersebut juga mengatakan bahawa Ahyeon akan bergabung selepas ini. Sebab musabab sebenar mengapa Ahyeon tidak dapat debut pada waktu ini adalah kerana masalah peribadi yang dihadapinya.

 

2. Reaksi YG Entertainment

AhyeonSelepas memberikan tanda tanya dan jawapan yang tergantung, YG Entertainment akhirnya mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa memang benar BABYMONSTER akan debut dengan hanya enam orang anggota kumpulan sahaja.

“BABYMONSTER akan debut dengan enam orang ahli kumpulan sahaja iaitu Ruka, Pharita, Asa, Haram, Rora, dan Chiquita. Selepas perbincangan dilakukan bersama-sama, kami bersetuju bahawa Ahyeon, yang sudah mempersiapkan diri (dengan BABYMONSTER), akan fokus berehat dahulu untuk waktu ini kerana masalah kesihatan,” kata YG dipetik dari Soompi pada Rabu 15 November 2023.

Mereka juga mengaku keputusan ini adalah sangat berat untuk diambil, tetapi kesihatan Ahyeon adalah yang paling utama buat masa ini. “Kami akan memberikan sokongan penuh supaya Ahyeon boleh cepat-cepat sembuh sepenuhnya dan kembali dengan sihat dan ceria,” tambahnya.

 

3. Jadual debut BABYMONSTER tidak lama lagi

07a1bf7a 3afa 4325 92e4 6f12669fa92f

Kumpulan BABYMONSTER dijadualkan akan melakukan debut pada 27 November 2023. Walaupun belum rasmi debut, Ahyeon memang selalu digelar sebagai ‘Jennie’ dari kumpulan baru YG Entertainment dan penampilannya memang telah dinantikan oleh ramai peminat. Moga cepat sembuh ya!

Baca lagi: Yang Hyun Suk dari YG Entertainment dijatuhkan hukuman penjara
Baca juga: Jisoo akan menyertai Lee Min Ho, Ahn Hyo Seop dan Nana dalam filem adaptasi Webtoon “Omniscient Reader’s Viewpoint” yang akan datang