Home Entertainment AESPA NingNing Dikatakan ‘Biadab’ Kepada Peminat, Ini Kebenaran Di Sebalik Sikapnya Itu

AESPA NingNing Dikatakan ‘Biadab’ Kepada Peminat, Ini Kebenaran Di Sebalik Sikapnya Itu

0

Ketika aespa mendapat perhatian besar kerana menghiasi Minggu Fesyen Paris, NingNing tiba-tiba terpalit dengan kontroversi, selepas didakwa memberi layanan yang biadap kepada peminat.

NingNing, vokalis utama kumpulan gadis aespa baru-baru ini dituduh tidak menghormati peminat sehingga menimbulkan kontroversi sikap buruk.

aespa's Ningning draws ire from Korean netizens after appearing to cheer  for China's controversial gold at Winter Olympics

Khususnya, isu ini bermula apabila aepsa menghadiri Minggu Fesyen Paris S/S 2023 pada 5 Oktober lalu sebagai duta global jenama mewah Givenchy.

Penyanyi “Next Level” disambut meriah oleh sekumpulan penduduk tempatan dan media, membuktikan pengaruh kumpulan itu yang semakin meluas di Paris.

Terdapat juga ramai peminat yang mengambil video dan gambar untuk memperingati kunjungan idola mereka itu ke bandar Perancis. Tetapi di antara siaran peminat, satu video telah mendapat perhatian umum.

Here's Truth About aespa NingNing Attitude Controversy, Mys Demand Apology

Dalam klip itu, sedang peminat bersorak, Ningning dilihat menaiki kereta selepas selesai jadual di Paris.

NingNing tiba-tiba menutup sebelah telinga dengan tangannya semasa dia menuju ke kenderaan, malah di dalam kereta, dia menunjukkan tingkah laku aneh yang seolah-olah menutup telinganya, menimbulkan syak wasangka bahawa dia mungkin telah menutup telinganya untuk mengelak daripada mendengar jeritan peminat.

Here's Truth About aespa NingNing Attitude Controversy, Mys Demand Apology

Peminat tersebut sangat kecewa dengan sikap penyanyi wanita itu, menunjukkan bahawa dia tidak menghormati penyokong yang menunggunya itu.

Berikutan siaran itu, beberapa pengguna internet bersetuju dengan OP (poster asal) bahawa NingNing bersikap “kurang ajar.” Menurut mereka, walau sekeras mana pun peminatnya, dia sepatutnya bersabar dan menyambutnya dengan penuh keikhlasan.

Tetapi pada 8 Oktober, telah disahkan bahawa sikap NingNing itu telah disalah erti. Seseorang telah ‘zoom in’ kan video tersebut dan NingNing sebaliknya bukan menutup telinganya, malah sedang membaiki kedudukan airpod di telinganya untuk mengelakkannya daripada jatuh. Tindakan yang sama itu juga turut dilakukan oleh NingNing di dalam kereta.

Malah, semasa menunjukkan barang di dalam begnya pada rancangan hiburan pada masa lalu, NingNing memberitahu satu perkara tentang AirPods nya:

“Saya sentiasa membawa AirPods. Saya mesti mendengar muzik. Tanpanya, saya rasa sangat susah.”

Artikel berkaitan: “Budak Baru Nak Up…” -Ningning Aespa Buat Hal Dengan Peminat Sampai Netizen Kutuk di Twitter

Peminat juga mempertahankan idola itu, dengan mengatakan bahawa dia tidak bersikap kurang ajar dan biadap dan sebenarnya dia melayan peminat dengan baik, sejak dia tiba di Paris.

Berikutan penjelasan video itu, poster asal klip itu nampaknya telah memadamkan video tersebut.

Mys (fandom aespa); bagaimanapun, menuntut permohonan maaf daripada pengguna itu kerana memfitnah idola mereka. Peminat NingNing juga berharap agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi negatif dengan hanya melihat video 10 saat itu.