Home Entertainment Pelakon Honey Lee Tengah Serius Bercinta, Pilihan Hatinya Bukan Selebriti

Pelakon Honey Lee Tengah Serius Bercinta, Pilihan Hatinya Bukan Selebriti

0

Pelakon Honey Lee kini sudah berpunya, lapor Sports Seoul via Soompi.

Ceritanya, lelaki pilihan aktres berkenaan bukan selebriti dan mereka diperkenalkan oleh seorang kenalan. Lalu hati dan perasaan mereka diikat dengan perkongsian minat dan mindset yang sama.

Menurut laporan itu lagi, agensi mereka mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“Hello. Ini Saram Entertainment.

Ini kenyataan rasmi berikutan berita tentang pelakon Honey Lee yang masuk berita hari ini.

Honey sedang serius bercinta dengan seseorang yang diperkenalkan kepadanya menerusi seorang kenalan awal tahun ini.

Bagaimana pun lelaki itu bukan selebriti, kami minta anda bermurah hati untuk faham yang kenyataan ini bukan bermaksud untuk dedahkan maklumat peribadinya atau cari perhatian. Sila sokong mereka supaya hubungan itu terus mekar.

Terima kasih.

Okay, sama-sama.