Bagi para peminat drama Korea, setiap kali sesebuah siri kegemaran melabuhkan tirainya, persoalan utama yang timbul ialah: akan adakah musim baharu? Khabar baik buat tahun 2025 hingga 2026, sejumlah drama popular dan kurang diberi perhatian telah disahkan akan kembali dengan musim terbaharu!
Berikut ialah 14 drama Korea yang telah disahkan akan diteruskan dengan musim baharu:
1. Boyhood Musim 2

Akan memulakan penggambaran awal tahun 2026. Berlatar sekolah menengah perikanan di kawasan pesisir, musim ini memperkenalkan watak baharu dan konflik remaja yang segar.
2. Study Group Musim 2

Selepas kejayaan tayangan awal 2025, musim kedua sedang dalam perancangan oleh Studio Dragon. Hwang Min Hyun kekal membawa watak Yoon Ga Min, pelajar yang lebih handal berlawan daripada belajar.
3. Not Others Musim 2

Kisah ibu dan anak Kim Eun Mi dan Kim Jin Hee diteruskan. Sooyoung dan Jeon Hye Jin kembali membawa watak utama. Tayangan dijangka pada 2025 namun mungkin mengalami sedikit penangguhan.
4. Good Partner Musim 2

Drama Korea undang-undang yang mendapat sambutan hebat ini akan kembali dengan kisah peguam Cha Eun Kyung dan Han Yu Ri dalam menangani kes perceraian dan konflik peribadi.
5. Signal Musim 2

Selepas lapan tahun, tvN sahkan drama Korea misteri ini kembali. Alat komunikasi masa lalu akan sekali lagi membantu menyelesaikan jenayah. Ketiga-tiga pelakon utama kembali menyambung kisah.
6. Flex x Cop Musim 2

Mengisahkan chaebol manja yang menjadi detektif, musim ini akan lebih menonjolkan elemen romantik dan aksi. Penulis asal dan pelakon utama dijangka kembali.
7. Crash Musim 2

Fokus kekal kepada pasukan penyiasat jenayah lalu lintas (TCI). Hubungan antara anggota pasukan akan lebih ditonjolkan. Musim ini masih dalam peringkat pembangunan.
8. A Shop for Killers Musim 2

Kisah Jung Ji An diteruskan dengan kehadiran pembunuh baharu. Aktor Jepun Masaki Okada turut menyertai barisan pelakon. Drama Korea ini kekal disiarkan melalui Disney+ Hotstar.
9. Taxi Driver Musim 3

Lee Je Hoon kembali mengetuai pasukan Rainbow Taxi. Penonton bakal disajikan kes-kes yang lebih mendalam dan perkembangan watak yang lebih kompleks. Dijangka tayang hujung 2025.
10. Reborn Rich Musim 2

Tanpa kehadiran Song Joong Ki, musim baharu ini beralih kepada konflik politik dan korporat antarabangsa. Cerita kini lebih luas, dengan watak dan latar baharu.
11. All of Us Are Dead Musim 2

Drama zombi popular ini dijadualkan kembali pada 2026. Konsep survival kekal menjadi teras, menjawab persoalan yang ditinggalkan pada akhir musim pertama.
12. Bloodhounds Musim 2

Gun Woo dan Woo Jin kembali menyertai liga tinju bawah tanah berskala global. Rain dilaporkan akan menyertai sebagai watak penting. Persahabatan dan perjuangan menentang kuasa gelap menjadi tema utama.
13. Moving Musim 2

Masih mengikuti kisah remaja berkuasa luar biasa dan rahsia gelap ibu bapa mereka. Pelakon utama seperti Ryu Seung Ryong, Han Hyo Joo, dan Jo In Sung kembali. Cerita kini berkembang ke dunia yang lebih luas.
14. Yumi’s Cells Musim 3

Kim Go Eun kembali sebagai Yumi, kali ini sebagai novelis yang berjaya tetapi masih keliru dalam cinta. Bakal bertemu watak baharu, Soon Rok (lakonan Kim Jae Won). Dijadual tayang pertengahan 2026.
Tahun 2025–2026 bakal menjadi tempoh yang menggembirakan untuk peminat drama Korea. Daripada kisah cinta, aksi, politik hingga zombi, pelbagai genre akan kembali dengan musim terbaharu yang penuh kejutan dan konflik baharu. Jangan lupa tandakan kalendar anda!








