Platform penstriman Viu Malaysia sememangnya dikenali sebagai ‘rumah’ kepada K-drama popular seperti Lovely Runner, The Escape of the Seven, dan The Penthouse. Tapi siapa sangka, Viu juga semakin menyerlah dengan drama Melayu original yang berani dan berkualiti. Salah satu yang paling dinanti: “Seadanya Kita”, yang akan mula ditayangkan pada 7 Ogos ini.
Drama yang dibintangi barisan pelakon berpengalaman seperti Emma Maembong, Mierul Aiman, Nelissa Nizam dan, Shahz Jaszle ini dijangka bakal mencuri perhatian melalui kisah yang sarat emosi dan penuh konflik. Menariknya lagi, ini adalah gandingan pertama antara Mierul Aiman dan Emma Maembong.
Sinopsis “Seadanya Kita”

Drama yang menggugah emosi ini mengisahkan tentang Alani, seorang ibu tunggal muda yang telah membina semula hidupnya demi anak lelakinya, Iqi, selepas ditinggalkan suaminya, Farouq. Namun, ketenangan hidupnya diuji semula selepas 5 tahun apabila Farouq kembali menuntut tempat dalam hidup anak mereka.
Pada masa yang sama, Kerol, seorang bintang rock muda yang masih bergelut dengan kisah silamnya mula menjalin hubungan mendalam dengan Alani. Bersama Alani dan Iqi, Kerol mula menemui ketenangan diri dan ingin membina kehidupan baharu. Kerol juga mula menjadi figura penting kepada Iqi.

Alani kini terpaksa berdepan luka lama yang disangkanya telah lama sembuh apabila dia harus bergelut antara pilihan memberi Farouq peluang kedua, melindungi Iqi, dan menerima ikatan tidak terduga dengan Kerol.
Barisan Pelakon Hebat dan Watak Dibintangi

Emma Maembong sebagai Alani
Mierul Aiman sebagai Kerol
Shahz Jaszle sebagai Farouq
Nelissa Nizam sebagai Neesa
Ara Johari sebagai Maria
Kael Noah sebagai Iqi
Anas Ridzuan sebagai Zam
Yasmin Hani sebagai Dato Sarah
Menarik kan? Kalau anda suka vibe drama cinta matang ala Something in the Rain atau Our Blues, drama “Seadanya Kita” semestinya kena masuk dalam list Must Watch anda.
Jangan terlepas menyaksikan “Seadanya Kita” bermula Khamis, 7 Ogos dan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat hanya di Viu.
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.








