Home Anime DEMON SLAYER: INFINITY CASTLE, Filem Epik Penutup yang Gegarkan Jepun, Bakal Tayang...

DEMON SLAYER: INFINITY CASTLE, Filem Epik Penutup yang Gegarkan Jepun, Bakal Tayang di Malaysia 14 Ogos

0

Siri animasi popular Demon Slayer kini kembali dengan babak kemuncaknya menerusi filem terbaharu bertajuk DEMON SLAYER: INFINITY CASTLE. Ditayangkan secara rasmi di Jepun pada 18 Julai 2025, filem ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat tegar, malah mencatat sejarah baharu dalam industri perfileman Jepun dengan sambutan luar biasa hanya dalam masa 16 jam selepas ditayangkan!

1. Raih Kutipan Cecah 1 Bilion Yen Dalam Masa 16 Jam!

Infinity castle

Sejak treler rasminya dilancarkan, keterujaan peminat terhadap Infinity Castle sudah meluap-luap. Pada hari pertama tayangan, filem ini berjaya mengaut kutipan lebih 1 bilion yen (bersamaan kira-kira RM30 juta), menjadikannya antara pembukaan paling pantas dalam sejarah filem Jepun. Tiket-tiket habis dijual dalam sekelip mata, memaksa ramai peminat beratur panjang demi peluang menonton tayangan pertama.

Pencapaian luar biasa ini membuktikan bahawa Infinity Castle bukan sekadar kesinambungan, tetapi merupakan babak klimaks yang paling dinanti-nantikan oleh peminat manga dan anime Demon Slayer. Ramalan awal menunjukkan kutipan minggu pertama bakal mencecah angka luar biasa.

2. Hampir Pecah Rekod  Mugen Train Dalam Tempoh Singkat

IMG 4046

Sebagai perbandingan, filem Demon Slayer: Mugen Train sebelum ini mencatat kutipan 1.26 bilion yen pada hari pertama. Dengan perkembangan semasa, Infinity Castle dijangka akan melepasi rekod tersebut dalam masa terdekat. Terkini, filem ini telah pun meraih lebih 1.7 bilion yen, satu angka yang mencerminkan kekuatan komersial francais Demon Slayer yang terus relevan dan diminati ramai.

3. Barisan Suara Ikonik Kembali Menghidupkan Watak

IMG 4047

Salah satu tarikan utama filem ini ialah kembalinya barisan seiyuu asal yang telah menjadi suara penting dalam siri Demon Slayer. Natsuki Hanae kembali sebagai Tanjiro Kamado, Saori Hayami sebagai Shinobu Kocho, dan Akari Kito sebagai Nezuko Kamado.

Turut serta ialah Yoshitsugu Matsuoka (Inosuke Hashibira), Hiro Shimono (Zenitsu Agatsuma) dan Reina Ueda (Kanao Tsuyuri). Kehadiran mereka bukan sekadar memberikan kesinambungan naratif, malah membawa emosi dan jiwa sebenar kepada watak-watak yang sudah sebati dalam hati penonton.

4. Jepun Dihujani Promosi Berskala Besar

8a2a4746 5668 4127 a39f 90317f6a7e40

Fenomena Infinity Castle turut dirasai di seluruh Jepun dengan promosi berskala mega. Visual Tanjiro, Nezuko, para Hashira serta musuh utama seperti Muzan dan Kokushibo mendominasi ruang awam, daripada billboard digital di Shinjuku hinggalah pada hiasan truk dan bangunan pencakar langit.

Setiap sudut kota besar diserikan dengan imej memukau dari filem ini, membangkitkan keterujaan dalam kalangan peminat yang seolah-olah ‘dibawa masuk’ ke dunia Demon Slayer. Ianya bukan sekadar promosi, malah menjadi pengalaman visual yang sangat berkesan.

5. Rumusan

IMG 4054

The Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle Arc ialah jalan cerita utama seterusnya dalam siri Demon Slayer, berikutan Swordsmith Village Arc. Ia menggambarkan pertempuran terakhir antara Demon Slayer Corps dan Muzan Kibutsuji dan syaitannya dalam kubu dimensi yang dikenali sebagai Istana Infinity. Arka menampilkan pertempuran sengit, pembangunan watak, dan kemuncak konflik yang telah lama wujud.

Berikut ialah pecahan yang lebih terperinci:

Tetapan: Istana Infinity, kubu berdimensi melengkung yang dicipta oleh Muzan, berfungsi sebagai medan pertempuran utama.

Plot: Muzan, setelah menemui imuniti Nezuko terhadap cahaya matahari, melancarkan serangan terus ke atas ibu pejabat Demon Slayer Corps. Demon Slayers, termasuk Tanjiro, Zenitsu, Inosuke, dan Hashira, ditarik masuk ke Istana Infinity untuk berhadapan dengan Muzan dan syaitannya.

Peristiwa Utama: Arka termasuk pertempuran penting, seperti Shinobu lwn. Doma, Zenitsu lwn. Kaigaku, dan Tanjiro & Giyu lwn Akaza. Watak seperti Kanao, Iguro, Kanroji, Tokito, Sanemi, dan Genya juga menghadapi cabaran mereka sendiri di dalam istana. Tanjiro mengalami “Transparent World and the Selfless State”, memperoleh kuasa baharu untuk melawan Akaza.

The Infinity Castle Arc sedang diadaptasi menjadi trilogi filem, dengan bahagian pertama, “The Movie: Infinity Castle – Part 1: Akaza Returns.

Treler dibawah memberikan gambaran tentang pertempuran sengit dan visual yang menakjubkan dalam Infinity Castle Arc!

6. Tarikh Tayangan di Malaysia, 14 Ogos 2025

1cf583b4 7100 4b21 92fb 1b904e93a99a

Berita gembira buat para peminat di Malaysia,  DEMON SLAYER: INFINITY CASTLE akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 14 Ogos 2025. Ini adalah peluang emas untuk menyaksikan pertarungan epik terakhir Tanjiro dan rakan-rakannya di layar perak dalam resolusi dan kualiti yang memukau.

Filem ini mengisahkan pertempuran sengit Tanjiro, Zenitsu, Inosuke dan para Hashira apabila mereka terperangkap dalam kastil infiniti ciptaan Muzan Kibutsuji. Kastil ini sarat dengan ilusi, jerangkap samar dan suasana yang menguji kekuatan fizikal serta mental mereka. Di sinilah bermulanya babak terakhir menentang para Upper Moon,  pertarungan hidup dan mati yang penuh emosi, aksi dan keberanian.

DEMON SLAYER: INFINITY CASTLE bukan sekadar sekuel, tetapi penutup agung kepada kisah yang telah mencengkam jutaan hati peminat seluruh dunia. Dengan rekod kutipan yang memecah sejarah, promosi luar biasa dan barisan pelakon suara yang mantap, filem ini dijangka menjadi salah satu karya anime terunggul tahun ini.

Jangan lepaskan peluang, tandakan tarikh 14 Ogos 2025 dan bersedialah menyaksikan pertarungan terakhir yang pasti membuat jantung anda berdegup kencang!

Baca lagi: Setelah 3 Tahun, Perjalanan Kisah Wednesday Addams Diteruskan dalam Musim 2 Hari Ini
Baca juga: Culinary Class Wars Musim Kedua Kembali Oktober Ini, Meski Juri Utama Terpalit Kontroversi