Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Love, Take Two, Kisah Ibubapa Tunggal yang Sarat Emosi, Mencuit Hati dan...

Love, Take Two, Kisah Ibubapa Tunggal yang Sarat Emosi, Mencuit Hati dan Penuh Kejutan

0

Drama terbaru Korea, Love, Take Two, yang ditayangkan pada 5 Julai di platform penstriman Viu telah berjaya mencuri tumpuan peminat genre “slice of life” kerana menghadirkan episod pembukaan yang penuh emosi.

Love, Take Two mengisahkan tentang seorang ibu tunggal yang bergelut untuk melayari kehidupan bersama anak perempuannya. Kehidupan mereka dipenuhi dengan situasi komedi, menyentuh perasaan dan penuh air mata, mencipta drama yang bergema dengan kehidupan seharian.

Drama 12 episod ini dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal dan pendatang baru seperti Yum Jung Ah, Choi Yoon Jin, Park Hae Joon, dan Kim Min Kyu. Ia turut menampilkan Kang Ae Sim, yang mencuri perhatian dalam musim kedua dan ketiga Squid Game, serta Kim Sun Young, Kim Mi Kyung dan Jung Young Joo.

Diarahkan oleh Yoo Je Won, yang sebelum ini berjaya dengan drama popular Hometown Cha-Cha-Cha, episod tayangan perdana Love, Take Two telah berjaya mencuri hati penonton dengan rating yang memberangsangkan.

Pembuka Kisah Yang Penuh Emosi dan Huru-hara

Take Two

Episod perdana Love, Take Two memperkenalkan kita kepada Lee Ji An (Yum Jung Ah), seorang ibu tunggal yang tegar yang bekerja sebagai pengurus projek pembinaan. Kehidupan stabilnya runtuh dalam sekelip mata apabila dia berhadapan dengan dua masalah besar pada hari yang sama.

Pertama, dia telah ditipu sehingga kehilangan 30 juta won dalam bentuk wang pinjaman.

Kedua, anak perempuan yang dibanggakannya, Lee Hyo Ri (Choi Yoon Ji), seorang pelajar perubatan teladan, tiba-tiba melarikan diri dari rumah selepas memutuskan untuk berhenti daripada kolej.

Pada kemuncaknya, Hyo Ri mendedahkan rahsia yang menghancurkan hati ibunya: dia menghidap tumor otak.

Lakonan Mengagumkan Yang Menjadi Nadi Cerita

IMG 4012

Kekuatan utama episod awal terletak pada lakonan cemerlang Yum Jung Ah dan Choi Yoon Ji. Keserasian antara mereka berdua sebagai ibu dan anak terasa sangat nyata, mampu memaparkan dinamika cinta, harapan, kemarahan, dan keputusasaan dalam satu babak.

Detik penutup apabila mereka berdua menangis dalam pelukan meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Persembahan pelakon pembantu seperti Park Hae Joon, Kim Min Kyu, dan Kim Seon Young juga menambah warna cerita.

Bukan Sekadar Drama Keluarga Biasa

IMG 4014 scaled

Love, Take Two mempersembahkan pendekatan yang realistik dan menyentuh perasaan. Drama ini bukan sahaja memfokuskan kepada penyakit, tetapi juga tentang perjuangan hidup, penyesalan, dan harapan untuk peluang kedua.

Bukan itu sahaja, cinta pertama Lee Ji An iaitu Ryu Jeong Seok (Park Hae Joon) seorang bapa tunggal juga tiba-tiba muncul semula, menjadikan kehidupan ibu tunggal itu semakin rumit.

Hubungan mereka menjadi lebih rumit apabila anak lelaki Ryu Jung Seok, Ryu Bo Hyeon (Kim Min Kyu), bertemu Lee Hyo Ri dan jatuh cinta dengannya.

Dengan visual yang hangat dan senario yang bermakna, drama ini bersedia untuk menyentuh jiwa penontonnya. Dengan asas cerita yang penuh emosi, lakonan dan arahan pengarah terkemuka, drama ini berpotensi besar untuk menjadi salah satu drama kekeluargaan kegemaran tahun ini.

Jadi, sediakan diri anda untuk perjalanan penyembuhan yang akan menyentuh lubuk hati anda yang paling dalam! Jangan ketinggalan menonton Love, Take Two setiap Selasa dan Rabu di Viu!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: Sanha Astro dan Arin Oh My Girl dalam “My Girlfriend Is the Man”, K-Drama Romcom Baharu
Baca juga: BITCH X RICH Musim 2, Kembali dengan Lebih Dramatik dan Penuh Rahsia