Home Cdrama Semakin Popular, 10 Drama China Terbaik Lakonan Meng Ziyi, Cantik, Berbakat dan...

Semakin Popular, 10 Drama China Terbaik Lakonan Meng Ziyi, Cantik, Berbakat dan Penuh Karisma

0

Sedang mencari tontonan menarik daripada drama China dengan jalan cerita yang memikat dan visual yang mempesona? Pelakon jelita Meng Ziyi mungkin jawapannya. Beliau dikenali menerusi pelbagai drama popular yang berjaya mencuri perhatian peminat drama Asia. Terbaharu, beliau membintangi drama China The Princess’s Gambit.

Bukan sekadar cantik, Meng Ziyi turut terkenal sebagai pelakon berbakat yang sering muncul dalam drama-drama dengan rating tinggi. Lakonannya yang penuh emosi dan berkarakter kuat menjadikan setiap wataknya hidup dan mudah diingati.

Berikut ialah 10 drama China terbaik lakonan Meng Ziyi yang mendapat rating tertinggi dan patut ditonton:

1. The Untamed (2019)

Meng ziyi

Drama ini bergenre misteri, wuxia, dan fantasi dengan 50 episod. Mengisahkan dua murid berbakat dari keluarga ternama, Wei Wu Xian dan Lan Wang Ji, yang menemui rahsia besar ketika menjalani latihan rohani.

• Rating MyDramaList: 9.0/10

• Genre: Misteri, wuxia, fantasi

• Pelakon utama: Xiao Zhan, Wang Yibo, Meng Ziyi, Wang Zhuo Cheng

• Platform: Apple TV, WeTV, PrimeVideo, Viki

2. Blossom (2024)

IMG 1337

Diadaptasi daripada novel Jiu Chong Zi, drama ini berlatar istana dan mengisahkan Dou Zhao yang menyepi di kampung terpencil selepas kehilangan ibunya. Tanpa sengaja, dia menyelamatkan Song Mo, lalu terjalinlah takdir antara mereka.

• Rating MyDramaList: 8.8/10

• Genre: Misteri, sejarah, romantik, fantasi

• Pelakon utama: Meng Ziyi, Li Yun Rui

• Platform: Netflix, WeTV, iQIYI, Viki, TencentVideo

3. Sword Snow Stride (2021)

IMG 1338

Drama ini mengisahkan Xu Feng Nian, waris takhta Kerajaan Liang Utara yang kembali ke istana selepas mengembara untuk memperkuat diri. Sarat dengan konflik politik dan aksi wuxia yang mendebarkan.

• Rating MyDramaList: 8.7/10

• Genre: Wuxia, drama, fantasi, melodrama

• Pelakon utama: Zhang Ruo Yun, Hu Jun, Teresa Li, Meng Ziyi, Qiu Xin Zhi

• Platform: WeTV

4. Immortal Samsara: Part 2 (2022)

IMG 1339

Meng Ziyi tampil dalam drama romantik fantasi ini sebagai watak penting dalam kisah roh Yan Dan yang sedang menyusun kembali ingatannya dan misteri perang besar di dunia dewa dan iblis.

• Rating MyDramaList: 8.5/10

• Genre: Romantik, wuxia, drama, fantasi

• Pelakon utama: Yang Zi, Cheng Yi, Ray Chang, Meng Ziyi

• Platform: YOUKU, Viki, VIU, Netflix

5. Immortal Samsara: Part 1 (2022)

IMG 1341

Mengisahkan Yan Dan dan kembarnya, keturunan terkahir suku Four-Leaved Lotus, yang berubah menjadi manusia dan diuji oleh cinta terhadap dewa Yiying Yuan.

• Rating MyDramaList: 8.4/10

• Genre: Romantik, wuxia, drama, fantasi

• Pelakon utama: Yang Zi, Cheng Yi, Ray Chang, Meng Ziyi

• Platform: YOUKU, Viu, Viki, Netflix

6. Ever Night (2018)

IMG 1342

Drama ini mengisahkan Ning Que, satu-satunya mangsa yang terselamat selepas keluarganya dibunuh. Beliau membesar dalam alam liar sebelum menjadi pendekar hebat.

• Rating MyDramaList: 8.4/10

• Genre: Romantik, wuxia, drama, fantasi

• Pelakon utama: Arthur Chen, Ireine Song, Adam Cheng, Sun Zu Jun, Meng Ziyi

• Platform: WeTV, Viki, TencentVideo

7. The Princess’s Gambit (2025)

53f8ad0f 0f93 41f8 a549 bb919fe5c80e

Drama sejarah romantik ini memaparkan perjuangan Puteri Jiang Tao Hua melawan kekuasaan Permaisuri Lu. Hasratnya untuk merdeka berakhir dengan pengkhianatan dan tuduhan palsu.

• Rating MyDramaList: 8.3/10

• Genre: Sejarah, misteri, romantik

• Pelakon utama: Liu Xueyi, Meng Ziyi

• Platform: WeTV, Viki, TencentVideo

8. Love in Pavilion (2025)

IMG 1343

Berlatar dunia penuh konflik antara manusia dan makhluk ghaib, dua keluarga besar bergabung semula untuk memulihkan keseimbangan dunia.

• Rating MyDramaList: 8.3/10

• Genre: Wuxia, drama, fantasi, romantik

• Pelakon utama: Liu Shi Shi, Zhang Yun Long, Meng Ziyi

• Platform: iQIYI

9. Parallel World (2023)

IMG 1344

Drama thriller romantik ini mengisahkan perjalanan Ye Liu Xi dan Chang Dong dalam membongkar misteri masa lalu dan kehilangan yang menyayat hati.

• Rating MyDramaList: 8.2/10

• Genre: Thriller, drama, fantasi romantik

• Pelakon utama: Ni Ni, Bai Yu, Jin Han, Meng Ziyi

• Platform: WeTV, Viki

10. The Legend of the Condor Heroes (2017)

IMG 1345

Adaptasi klasik ini menceritakan dua anak kepada sahabat karib yang meneruskan perjuangan di zaman peralihan antara Dinasti Song dan Dinasti Lin.

• Rating MyDramaList: 8.1/10

• Genre: Wuxia, drama, romantik

• Pelakon utama: Liyi Tong, Yang Xu Wen, Chen Xing Xu, Meng Ziyi

• Platform: iQIYI

Itulah 10 drama China terbaik lakonan Meng Ziyi yang harus ditonton. Berminat untuk menontonnya?

Baca lagi: KPop Demon Hunters Mendunia, Saja Boys dan Huntr/x Menewaskan BTS dan Blackpink dalam carta AS
Baca juga: 10 Drama China Terbaik Lakonan Song Weilong Yang Harus Ditonton