Tidak semua drama Korea perlu panjang untuk menyentuh hati penonton. Malah, beberapa tajuk dengan episod terhad mampu menyampaikan cerita yang mendalam dan penuh emosi dengan pelaksanaan yang padat dan kuat.
Kehadiran drama Korea dengan episod pendek menjadi pilihan menarik bagi mereka yang ingin menonton tanpa perlu menghabiskan banyak masa. Daripada percintaan manis kepada thriller misteri yang mencengkam, semuanya dikemas dalam format mini yang cekap lagi menawan.

SPICE UP OUR LOVE (2 Episod) – Percintaan singkat antara CEO dan pakar pemakanan dalam satu syarikat menjadi fokus utama drama ini. Dibintangi oleh Lee Sang-Yi dan Han Ji-Hyun, drama Korea ini ringan tetapi mengandungi banyak chemistry yang menawan.

O’PENING: OUR BEAUTIFUL SUMMER (2 Episod) – Choi Yeo-Reum terpaksa hidup bersendirian selepas ibunya berkahwin semula dan meninggalkannya. Apabila dia berada di titik paling rendah, dia bertemu dengan tiga jiran triplet yang perlahan-lahan mengubah pandangannya terhadap kehidupan.

SPLASH SPLASH LOVE (2 Episod) – Kim Seul-Gi memainkan Dan-Bi, seorang pelajar sekolah menengah yang dibawa secara ajaib ke era Joseon. Di sana dia bertemu dengan raja muda (Yoon Doo-Joon) dan meneruskan pengembaraan yang mengharukan.

THE HYMN OF DEATH (3 Episod) – Berdasarkan kisah benar, drama Korea ini memaparkan cinta tragis antara penulis drama dan soprano pertama Korea. Berlatarkan zaman penjajahan Jepun, drama ini sangat menyentuh perasaan dan emosi.

FAMILY MATTERS (6 Episod) – Keluarga palsu dengan kuasa besar menyamar untuk memerangi penjenayah berbahaya. Dibintangi oleh Bae Doo-Na dan Ryoo Seung-Bum, drama ini unik dengan tema kekeluargaan dan kuasa tersembunyi.

TAROT (6 Episod) – Mengandungi enam watak dengan hubungan takdir yang tragis dan rumit. Dari trauma zaman kanak-kanak kepada hutang pelaburan yang gagal, setiap watak menghadapi konflik peribadi yang serius.

MASK GIRL (7 Episod) – Kim Mo-Mi menyembunyikan wajahnya dan muncul sebagai strim bertopeng. Bagaimanapun, kehidupannya berubah secara drastik selepas terbabit dalam kes misteri membabitkan rakan sekerjanya.

KARMA (7 Episod) – Mengandungi enam watak dengan hubungan takdir yang tragis dan rumit. Dari trauma zaman kanak-kanak kepada hutang pelaburan yang gagal, setiap watak menghadapi konflik peribadi yang serius.

SERENDIPITY’S EMBRACE (8 Episod) – Kisah cinta yang tertunda dan bertemu semula selepas 10 tahun. Kim So-Hyun dan Chae Jong-Hyeop menghadirkan kemesraan yang hangat di tengah-tengah kenangan pahit masa lalu.

A KILLER PARADOX (8 Episod) – Lee Tang membunuh secara tidak sengaja, tetapi menyedari bahawa mangsa adalah pembunuh bersiri. Dia kemudian memulakan misi untuk “membasmi jenayah” dengan cara yang melampau, dikejar oleh detektif yang tajam.

LIVE ON (8 Episod) – Drama Korea tema remaja ini memaparkan kehidupan media sosial dan identiti rahsia. Jung Da-Bin dan Minhyun membawa kisah penemuan diri dan cinta dalam kelab penyiaran sekolah.

THE TRAUMA CODE: HEROES ON CALL (8 Episod) – Mengisahkan tentang pasukan trauma kecemasan yang beroperasi di hospital universiti. Ju Ji-Hoon muncul sebagai doktor genius dengan misi untuk menyelamatkan nyawa walaupun dia terpaksa menentang sistem.

DEATH’S GAME (8 Episod) – Drama Korea episod pendek ini membawa genre thriller fantasi ini adalah adaptasi daripada Webtoon dengan nama yang sama oleh Lee Won Sik dan Ggulchan, mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Choi Yi Jae (Seo In Guk), yang harus mati sebanyak 12 kali.
Ada yang belum anda tonton?








