Home Kdrama/Kmovie Kdrama Hide: Mengapakah Lee Mu Saeng Menghilangkan Diri Tanpa Jejak? Ini 3...

Kdrama Hide: Mengapakah Lee Mu Saeng Menghilangkan Diri Tanpa Jejak? Ini 3 Sebabnya

0

Drama Korea baharu di Coupang Play “Hide”, dibintangi oleh Lee Bo Young telah pun menayangkan episod perdananya pada 23 Mac 2024. Selain Lee Bo Young, drama menarik ini turut menampilkan Lee Moo Saeng, Lee Chung Ah, dan Lee Min Jae sebagai pelakon utama.

Drama Korea Hide menyoroti kisah perubahan hidup Na Moon Young (Lee Bo Young) selepas Cha Sung Jae (Lee Mu Saeng) suaminya menghilang secara tiba-tiba. Tanpa meninggalkan sebarang tanda, Cha Sung Jae hilang tanpa berita selama lebih dari 24 jam. Selepas itu, dia disahkan mati kerana membunuh diri.

Cha Sung Jae terjun menggunakan keretanya dari atas jurang yang sangat tinggi. Mayatnya terbakar rentung hingga tidak dapat dikenali. Namun, akhirnya terhurai bahawa dia sebenarnya telah memalsukan kematiannya dan masih hidup hingga kini. Apakah motif sebenarnya Cha Sung Jae melakukan perkara tersebut?

 

1. Cha Sung Jae tidak mahu dikuasai oleh Ma Kang lagi

7a3ab71f 85cc 4431 b367 e8032128af8cPada mulanya Cha Sung Jae berniat bekerja sama dengan Ma Kang (Hong Seo Jun) hanya untuk menutup kerugian yang dialami firma guamannya. Dia menyangkakan jika bekerja dengan Ma Kang selama beberapa waktu akan membuatnya berjaya menyelesaikan masalah hutang piutang firma guamannya. Namun, sangkaannya salah.

Cha Sung Jae terus terlibat dalam banyak kejahatan dan terus menggunakan kuasa undang-undang untuk menutup segala kejahatan Ma Kang. Bermula dari penggelapan dana hingga kes pembunuhan, Cha Sung Jae selalu menyelesaikan segala kes dengan baik. Akibatnya, dia semakin terjerumus ke dalam lubang hitan yang dibuat oleh Ma Kang

Baca juga: 7 Jenis Keperitan dan Kesengsaraan yang Dihadapi Lee Bo Young dalam Hide, Penuh Nasib Malang

2. Cha Sung Jae sengaja meninggalkan surat wasiat supaya Ma Kang tidak memperolehi wang insuran miliknya

0002687c 3aa0 421f b512 0935733efb27Sejak bekerjasama dengan Ma Kang, Cha Sung Jae terus mendapat ancaman. Salah satu sebab mengapa Cha Sung Jae memutuskan untuk memalsukan kematiannya dengan mengakhiri hidupnya sendiri, dan dia berharap Ma Kang tidak dapat memiliki apa saja yang lelaki itu kehendaki. Ma Kang mengetahui bahawa Cha Sung Jae berdaftar di bawah skim insuran nyawa.

Insuran itu dibuat oleh Cha Sung Jae untuk berjaga-jaga kerana Ma Kang sejak awal merancang untuk membunuh Cha Sung Jae, jika ada perkara yang berjalan tidak mengikut rancangannya. Jika perkara itu terjadi, maka Ma Kang merancang untuk memalsukan kematian Cha Sung Jae sebagai kemalangan, supaya dia boleh mengambil duit insuran.

Baca lagi: Come Back Lee Bo Young dalam “Hide”, Kdrama Thriller Misteri Terbaharu, Mendapat Pujian Ramai

3. Cha Sung Jae tidak ingin terus menerus diperas dan diugut oleh Ma Kang

HideMa Kang adalah orang yang boleh melakukan segala kejahatan. Ma Kang selalu memeras ugut Cha Sung Jae kerana dia memegang kelemahan peguam itu. Cha Sung Jae menjadi alat untuknya untuk melakukan penggubalan wang haram hingga berjumlah 7 billion won.

Ma Kang memegang kelemahan Cha Sung Jae iaitu pelanggaran-pelanggaran yang dilakukannya selama dia membela kes yang berkaitan dengannya. Cha Sung Jae tidak berdaya dan terus menerus terpaksa menutup lubang-lubang jenayah yang dibuat oleh Ma Kang. Untuk itu dia memutuskan untuk memalsukan kematiannya supaya dia tidak lagi diugut oleh Ma Kang.

Tiga motif di atas menjadi alasan utama yang menyebabkan Cha Sung Jae memutuskan untuk menghilangkan diri dan memalsukan kematiannya. Namun, sebenarnya keputusannya itu merugikan keluarganya. Adakah dia mampu membaiki keadaan atau keadaan akan menjadi semakin buruk?

Jangan lupa tonton episod Hide seterusnya ya!

Baca lagi: Sepuluh Drama Korea Paling Trending Pada Awal April 2024
Baca juga: Kdrama Hide: 3 Cara Licik Yang Digunakan Lee Bo Young Menewaskan Ma Kang
Baca lagi: 7 Watak Suami Red Flag dalam Kdrama Bulan Mac, Perangai Buruk