Home Entertainment 11 Pilihan Kdrama Fantasi 2023, Menarik Ditonton

11 Pilihan Kdrama Fantasi 2023, Menarik Ditonton

0

Pada tahun 2023 ini, Kdrama siri bergenre fantasi turut sama memeriahkan stesen televisyen dan platform streaming

Kdrama fantasi ini tetap mendapat perhatian yang tinggi daripada para penontonnya walaupun kisahnya hanyalah sebuah khayalan, rekaan dan penuh fantasi. Kebanyakan Kdrama fantasi ini berjaya mencipta populariti dengan meraih rating yang rata-rata sangat tinggi.

Contohnya drama siri terbaru My Perfect Stranger dan Tale of Nine Tailed 1938 yang sedang ditayangkan dan memang mendapat perhatian oleh para peminat Kdrama fantasi. Selain dua drama siri ini, banyak lagi drama siri fantasi yang dikeluarkan pada tahun 2023 yang kisahnya memang sangat menarik.

Jom sama-sama kita lihat senarai Kdrama fantasi menarik untuk tontonan semua:

f817d338 5e1a 44f3 b94e 3419bb8889111. Tampilkan kisah kes pembunuhan bersiri, My Perfect Stranger mengisahkan tentang pengembaraan waktu dua individu yang pada mulanya saling tidak mengenali ke tahun 1987 dengan menggunakan sebuah kereta merah yang merupakan mesin masa. Dibintangi oleh Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo

df17b341 8e43 4f25 8df6 e71cb2916fef 12. Tale of Nine Tailed 1938 juga merupakan sebuah kisah pengembaraan waktu gumiho ke tahun 1938 untuk menangkap pencuri batu pelindung

9e870720 6f00 45b5 ae71 d83660c47621 13. Membawa genre sci-fi (sains fiksyen) pula, Black Knight mengusung latar di mana bumi penuh dengan pencemaran. Drama siri ini berkisar pada sekelompok ‘penghantar’ yang ingin membalas dendam

Kdrama fantasi4. Ditayangkan pada awal tahun ini, Alchemy of Souls: Light and Shadow menyambung lagi kisah bahagian pertamanya tentang pertukaran jiwa dan roh oleh kuasa sihir

68267b13 7410 4ea5 ac2b 6514d8ee246d 15. Terbahagi kepada 2 bahagian, Duty After School memaparkan perjuangan para pelajar sekolah menengah yang dilatih oleh anggota tentera untuk melawan makhluk asing

5d70315c f12d 4cfc 93bd 0c94fd8347106. Dibintangi oleh Yoon Chan Young, Delivery Man mengisahkan tentang sebuah teksi khusus hantu yang mengabulkan keinginan dan permintaan setiap hantu

6cc57bf4 43b0 4cb0 82ff 404e55e190d4 17. Drama siri Island berkisar tentang kisah sosok separuh raksasa dan separuh manusia serta dua orang manusia yang bekerja sama untuk mencegah iblis jahat daripada menghancurkan dunia

f2eddc0e 4e9e 42e8 9c1c e0dd8dc474118. Membawa genre romantik komedi, Kokdu: Season of Deity menampilkan kisah romantik malaikat maut dan manusia yang masa lalu mereka sebenarnya saling berkaitan

ed286a6e 1dec 43fc a989 290b1eb9fba69. Missing: The Other Side 2 menceritakan tentang sebuah desa yang dihuni oleh roh-roh orang yang mayatnya telah hilang dan tidak dijumpai

9d1f8d35 8129 4e39 a2a6 686108320a2b10. Mengisahkan tentang kehidupan bintang idol KPop, The Heavenly Idol adalah kisah tentang pendeta daripada dimensi lain yang tubuhnya tertukar dengan seorang bintang idol KPop

be7e96b3 c15f 44ad bb5b 7022bd0ea95c11. Unlock My Boss menceritakan tentang seorang CEO syarikat IT yang rohnya masuk ke dalam sebuah telefon pintar

Berbagai-bagai Kdrama fantasi yang tersenarai di atas telah ditayangkan pada separuh fasa pertama tahun ini dengan menampilkan kisah fiksyen yang berhubung kait dengan dunia khayalan.

Terdapat Kdrama yang mengusung kisah pengembaraan waktu hingga kisah tentang makhluk supernatural. Antara 11 Kdrama yang tersenarai tersebut, drama siri manakah yang paling anda minati?

Baca Lagi: 15 Kdrama Komedi Yang Pasti Mengundang Ketawa

Baca Juga: Kenali Park Joon Geum, Ibu Mertua Toksik Dalam Doctor Cha