Home News 15 Kdrama Komedi Yang Pasti Mengundang Ketawa

15 Kdrama Komedi Yang Pasti Mengundang Ketawa

0

Adakah anda adalah salah seorang peminat Kdrama komedi dari Korea Selatan?

Jika anda baru berjinak-jinak untuk menonton Kdrama, anda pasti akan terus melekat dan terpesona ketika pertama kali menonton pilihan Kdrama dengan genre yang bersesuaian yang menepati selera anda.

Daripada berbagai-bagai genre yang ada, genre romantik komedi (rom-com) memang salah satu genre paling dicari dan diminati sepanjang masa yang menjanjikan cerita lucu dan sangat menyenangkan.

Kdrama komedi siri ini pasti membuatkan anda semua tidak bosan pada waktu lapang anda, kami senaraikan di sini beberapa cadangan Kdrama komedi dan rom-com siri dari Korea Selatan yang boleh menghiburkan hati anda pastinya. Jom sama-sama kita lihat senarainya di bawah ini:

1. Welcome To Waikiki

Kdrama komedi

Menceritakan tentang tiga sahabat yang tinggal di bawah satu bumbung, Welcome To Waikiki merupakan drama komedi yang bakal membuatkan anda ketawa tidak henti kerana jalan ceritanya yang sangat lucu dan menghibutkan!

2. Welcome To Waikiki 2

Kdrama komediSudah selesai menonton musim pertama? Tonton Welcome To Waikiki 2 yang menjanjikan sambungan cerita yang memang kelakar cuma banyak muka pelakon baru untuk musim kedua ini.

3. Oh My Ghost

996d21fd cad4 4355 bdb1 e95c4b796657Diselit juga dengan elemen misteri, Oh My Ghost memang akan menggeletek hati anda yang menonton! Drama siri ini dibintangi oleh Jo Jung Suk dan Park Bo Young.

4. Shopping King Louie

fd06b145 6970 4d57 8b68 903011a65307Buat anda yang mencari-cari drama siri ringan dan menghiburkan, pastikan anda menonton Shopping King Louie!

5. Pegasus Market

8964d1e7 bac5 43f2 9400 a90f5e7bbd52Ditayangkan pada tahun 2019, Pegasus Market merupakan Kdrama komedi adaptasi daripada sebuah webtoon yang menceritakan tentang kehidupan para pekerja pasaraya yang hampir muflis.

6. Weightlifting Kim Bok Joo

c172dc9e 3351 4977 adb4 e14bbfe720a5Weightlifting Kim Bok Joo juga bakal menghiburkan anda dengan jalan cerita yang menarik tentang atlet angkat berat yang jatuh cinta dengan perenang. Kisah lucu yang sangat manis!

7. Marriage Not Dating

3457cb2c 8e1d 4c72 8c83 413f654c1a94Menceritakan tentang pakar bedah plastik yang tidak mahu berkahwin, Marriage Not Dating mempunyai jalan cerita menarik, sayang jika terlepas untuk ditonton!

8. Modern Farmer

dadc86e7 ac0d 4dfb 9409 97ec338a0a43

Sangat lucu dan kelakar, Modern Farmer mengisahkan tentang 4 orang ahli kumpulan rock yang sudah tidak mahu meneruskan kerjaya dan hidup di Seoul dan tinggal di sebuah desa untuk menjadi petani.

9. Reply 1988

e9accb04 6153 494b 9923 49c6ef28b1d7Reply 1988 masih menjadi salah satu drama siri korea Selatan yang dianggap lagenda dan memang sangat popular dan laris sampai sekarang! Para penonton pasti ketawa dengan babak lucu yang ditampilkan dan pasti juga menangis dengan babak meruntun hati yang ditonjolkan. Cukup lengkap!

10. The Beauty Inside

572bda35 f257 4174 99dd a253fac71b8fKisah hidup seorang artis yang boleh berubah penampilan, The Beauty Inside memang wajib ditonton!

11. She Was Pretty

86a34b2c d448 42f9 a248 413e9f3875f2Drama siri korea romantik komedi berkisar di pejabat dan tempat kerja. Langsung tidak membosankan!

12. The Sound of Your Heart

7d8f497b bee4 4436 8c7f 6b6fa101bde4Diangkat daripada sebuah webtoon, The Sound of Your Heart pasti membuatkan anda mengekek ketawa dengan cerita tentang seorang kartunis yang unik dan menarik.

13. What’s Wrong with Secretary Kim

e0975bd7 d5eb 41d8 8b06 017c29a6199bPernah menjadi salah sebuah drama siri yang paling hangat dibicarakan pada masanya, What’s Wrong with Secretary Kim (2018) memang sangat menarik. Drama Park Seo Joon dan Park Min Young ini menceritakan tentang seorang bos yang menjalin asmara dengan setiausahanya setelah 9 tahun berkerja bersama. Banyak adegan komedi dan romantis dalam drama siri ini.

14. Twenty-Five Twenty-One

62cc066e 01e1 4d6a 9280 29633f837521Pada tahun lalu, Twenty-Five Twenty-One (2022) juga menjadi salah satu drama Korea paling popular. Dibintangi oleh Kim Tae Ri dan Nam Joo Hyuk, drama siri ini mengisahkan tentang dua insan yang berusaha mengejar impian dan cita-cita.

15. Business Proposal

ea55c507 344d 42f5 8bfc 29b465a31f07Tidak ketinggalan Business Proposal (2022) yang berjaya menarik perhatian para penonton . Drama siri ini dibintangi oleh Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong, Kim Min-kyu, dan Seol In-ah.

Ha Ri (Kim Se Jeong) menyamar sebagai sahabatnya dan datang ke sebuah janji temu (blind date) untuk menakutkan jejaka yang dijodohkan dengan sahabatnya. Ternyata jejaka itu adalah CEO Ha Ri

Kdrama komedi romantis siri yang kami senaraikan di atas merupakan drama popular yang memang diakui mempunyai jalan cerita yang lucu, menghiburkan, santai dan pasti tidak akan membuat anda bosan.

Baca Lagi: 25 Artis Korea Dari Keluarga Miskin, Kini Sukses

Baca Juga: Kdrama Pegasus Market Mencuit Hati, Wajib Tonton