Home News 25 Artis Korea Dari Keluarga Miskin, Kini Sukses

25 Artis Korea Dari Keluarga Miskin, Kini Sukses

0

Siapakah 25 artis Korea dari keluarga miskin itu? Jom kita lihat!

Takrifan “keluarga miskin” dalam kalangan selebriti mungkin berbeza-beza bergantung pada negara asal dan latar belakang budaya individu.

Dalam sesetengah kes, selebriti daripada keluarga miskin mungkin dibesarkan dalam isi rumah berpendapatan rendah atau mengalami kesukaran ekonomi disebabkan faktor seperti pengangguran, sakit atau hutang. Mereka mungkin terpaksa bekerja sambilan untuk menyara diri atau keluarga dan berjuang untuk memenuhi keperluan hidup.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun artis Korea dari keluarga miskin mungkin terpaksa mengatasi halangan yang ketara untuk mencapai kejayaan, kemiskinan adalah isu kompleks yang tidak boleh dikurangkan kepada satu faktor.

Status sosioekonomi boleh menjejaskan akses individu kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan sumber penting lain, yang boleh memberi kesan berpanjangan pada peluang dan kesejahteraan masa depan mereka, termasuk keupayaan mereka untuk meneruskan kerjaya dalam dunia hiburan.

Terdapat ramai artis Korea yang berasal dari permulaan yang sederhana dan telah mencapai kejayaan melalui kerja keras dan kegigihan walaupun kekurangan sumber material.

Artis-artis ini adalah contoh yang memberi inspirasi tentang bagaimana mungkin untuk mengatasi kemiskinan dan mencapai kejayaan dalam industri hiburan melalui keazaman dan kerja keras.

Berikut ini adalah 25 senarai artis Korea dari keluarga miskin dan kini telah sukses!

1. Nam Joo Hyuk

IMG 8060

Bintang bersinar drama siri “Start Up  ini ternyata berasal dari keluarga kurang mampu. Sebelum memulakan karier sebagai seorang pelakon, dia harus menghadapi masa-masa sulit kerana kondisi kewangan keluarga.

Ketika susahnya, Nam Joo Hyuk tinggal di sebuah rumah yang tidak mempunyai bilik mandi. Joo Hyuk dan keluarganya juga pernah terpaksa makan mee segera setiap hari untuk berjimat cermat.

Kini, Nam Joo Hyuk sudah menjadi salah seorang pelakon berbakat Korea Selatan. Dia melakukan debut kariernya sebagai seorang model dan tidak pernah putus asa dalam meraih impiannya.

2. Park Bo Gum

IMG 8061

Menjadi salah seorang pelakon dengan bayaran termahal, Park Bo Gum ternyata merupakan artis Korea dari keluarga miskin. Namun, kerja keras Park Gum membuat dirinya berhasil menjadi pelakon popular bahkan di awal debutnya.

Sayangnya, ketika Bo Gum berada di puncak karier, ayahnya telah membuat pinjaman bank dan menggunakan nama Bo Gum sebagai penjamin. Lantaran latar belakang keluarga, ternyata ayahnya tidak mampu membayar pinjaman tersebut sehingga bunga dari pinjaman bank mencapai jumlah terlalu tinggi.

Kerana itu, Bo Gum terpaksa mengorbankan hasil titik peluh kerja kerasnya di awal debut untuk membayar hutang ayahnya.

3. Han So Hee

Artis korea dari keluarga miskin

Namanya mula dikenali dan meningkat naik sejak membintangi di “World of the Married”, Han So-hee ternyata merupakan salah seorang artis Korea dari keluarga miskin. Berasal dari Ulsan, So Hee pun merantau ke Seoul untuk menempah karier sebagai seorang artis.

Berkat kerja kerasnya, usahanya pun kini membuahkan hasil dan kini dia lebih dari mampu membantu memperbaiki ekonomi keluarganya.

4. Kim Seon Ho

IMG 8063

Artis korea yang sempat terpalit skandal ini juga ternyata adalah artis Korea dari keluarga miskin. Bahkan, di awal debutnya, kedua ibubapanya Seon Ho pernah memandang sinis dengan jalan karier yang dia pilih.

Mereka menganggap Seon Ho anak mereka berasal dari keluarga tanpa kelebihan, maka peluang untuk menjadi pelakon yang sukses sangatlah tipis.

Akan tetapi, berkat kerja keras dan keinginannya, Seon Ho kini berhasil menjadi seorang pelakon popular dan berbakat.

5. IU

IMG 8064

Melalui program realiti KBS ‘Win Win’, IU pernah bercerita bahawa dia pernah tinggal di sebuah rumah sempit akibat kondisi kewangan keluarganya. Tidak hanya itu, dia yang tinggal dengan nenek dan adik lelakinya juga kerap kekurangan makanan.

Sementara itu, IU sendiri juga jarang berkomunikasi dengan orang tuanya kerana orang tua IU terpaksa merantau untuk memperbaiki kondisi ekonomi keluarga. Ditambah, keluarga IU saat itu sedang dikelilingi dengan hutang yang cukup banyak.

Bertekad mengubah nasib keluarganya, IU pun menempah karier sebagai seorang penyanyi. Berkat kerja kerasnya, kini pemilik nama Lee Ji Eun tersebut berhasil menjadi salah seorang penyanyi Korea Selatan yang sangat popular dan dikenali dunia!

Tak hanya membantu mengubah nasib keluarga, IU juga kini menjadi salah satu artis yang rajin memberikan derma dengan jumlah yang besar kepada orang-orang membutuhkan.

6. Eunhyuk Super Junior

IMG 8065

Semasa kecilnya, Eunhyuk Super Junior ternyata pernah mengalami masa-masa sukar. Dia dan keluargany harus tinggal di rumah sewa yang kecil bahkan tidak memiliki bilik air. Dia dan keluarganya juga harus berjalan jauh ke tandas awam.

Bertekad untuk mengubah nasib keluarga, Eunhyuk pun menempah karier sebagai seorang idola. Kini, dia berhasil debut bersama Super Junior dan menjadi idola berpendapatan tinggi dan bahkan berhasil membelikan rumah mewah untuk orang tuanya.

7. V BTS

IMG 8066

V BTS ternyata berasa dari keluarga petani. Dia dan keluargany tinggal di sebuah desa yang ada di Daegu. Kondisi kewangan keluarganya saat itu sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Saat itu, V sempat kehilangan arah dan tidak tahu harus menjadi apa ketika dewasa. Namun, ketika dia bermain saksofon dan ikut kelas tarian, dia pun mulai tertarik untuk menjadi seorang idola.

Ketika berada di tingkatan 3, V menghantar kawanya menyertai ujibakat pencarian bakat yang diadakan Big Hit Music, agensi tempat BTS bernaung. Siapa sangka, V berjaya dalam ujibakat itu dan akhirnya berhasil debut bersama BTS pada 2013!

Kini, V menjadi salah satu idola K-Pop terkaya berkat kejayaan BTS yang fenomenal di industri hiburan dunia.

8. Rain

IMG 8068

Dulu, Rain tinggal bersama ibu dan adik perempuannya. Kondisi kewangan mereka tidak berapa elok ketika itu. Sehingga ketika ibunya sakit, Rain tidak dapat membawa ibunya ke rumah sakit kerana tidak mempunyai wang. Ibunya pun meninggal dunia kerana lambat menerima rawatan.

Sejak itu, Rain pun bertekad untuk sukses. Dia bekerja keras menempah kariernya sebagai seorang penyanyi. Hingga akhirnya pada tahun 2002, kariernya melonjak naik dan dia pun menjadi artis Korea paling popular.

Rain kini menjadi salah seorang artis Korea terkaya dan memiliki aset yang bernilai billion.

9. Yunho TVXQ

IMG 8067

Sebelum debut, ahli boyband Yunho TVXQ pernah melalui masa-masa sukar akibat masalah kewangan keluarga. Ayah Yunho menjadi muflis, sehingga ayahnya harus menjual surat khabar untuk memperbaiki kondisi kewangan keluarganya.

Kini, berkat usaha dan kerja keras, Yunho pun sukses menjadi seorang idola dan mampu mengubah nasib keluarganya.

10. Seo In Guk

IMG 8069

Ayahnya seorang pekerja buruh yang gajinya tidak mencukupi untuk memenuhi kebutuhan keluarganya. Kerana alasan itulah, ibu Seo In Guk juga bekerja sebagai pengumpul barang terpakai untuk mendapatkan sedikit tambahan wang.

Pada usia 10 tahun, Seo In Guk menyedari bakatnya sebagai seorang penyanyi. Dia mulai mengikuti banyak pertandingan menyanyi dan kerap mengikuti acara sekolah dengan kemampuan vokalnya.

Kini sebagai artis yang sukses, Seo In Guk tidak pernah malu menceritakan masa lalunya. Dia sentiasa mengikati kepayahan dan kesusahannya dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk terus sukses!

11. Park Shin Hye

IMG 8070

Mengikuti mimpinya menjadi seorang artis, membuat Park Shin Hye rela berpindah dari Gwangju ke Seoul. Tidak sendirian, orang tua Park Shine Hye juga memutuskan untuk ikut ke Seoul demi menemaninya.

Setelah berpindah, kondisi ekonomi orang tua Park Shine Hye cukup-cukup makan sahaja dan ini memaksa mereka untuk hidup berjimat-cermat. Kos kehidupan di Seoul yang lebih tinggi dibandingkan di tempat tinggal mereka sebelumnya memaksa orang tua Park Shine Hye bekerja lebih keras.

Namun kini, usaha dan kerja keras mereka terbayar sudah. Park Shin Hye menjadi salah seorang artis yang terkenal dan popular apabila kerap menerima tawaran berlakon.

12. Hyeri

IMG 8071

Hyeri menjadi salah satu anggota termuda di kelab kehormatan UNICEF. Hyeri secara aktif menyumbangkan pendapatannya kepada UNICEF untuk membantu anak-anak di seluruh dunia.

Aktifnya Hyeri di UNICEF bukan tanpa alasan. Masa lalu yang cukup sulit menjadi alasannya. Ibunya yang bekerja sebagai buruh kilang membuat keluarganya harus sangat berjimat. Kini sejak dia menjadi seorang idola Korea dan pelakon yang cukup sukses, Hyeri tak pernah lupa untuk mendermakan ssbahagian pendapatannya untuk anak-anak yang membutuhkan.

13. Kang Daniel

IMG 8072

Saat kecil, orang tua Kang Daniel telah bercerai dan dia memilih tinggal bersama ibunya. Ibu Kang Daniel tidak mempunyai pekerjaan tetap, sehingga keadaan ekonomi mereka sangatlah sukar. Kerana hal ini, Kang Daniel terpaksa berhenti sekolah seni dan memilih mengikuti ujibakat pencarian bakat Produce 101.

Tak disangka, kerja kerasnya berbuah manis. Kang Daniel kini menjadi salah satu idol yang memiliki banyak penggemar dan sangat sukses.

14. Choi Daniel

IMG 8073

Ibu Choi Daniel meninggal ketika dia baru berusia lima tahun. Tidak hanya itu, setelah bisnes keluarganya lingkup, ayah Choi Daniel meninggalkan dia dan abangnya begitu sahaja.

Akibat peristiwa itu, Choi Daniel ditinggalkan ke rumah makciknya kerana ayahny tidak mampu membesarkannya. Di sekolah menengah, Daniel mendapat berbagai pekerjaan sambilan untuk menampung dirinya sendiri. Namun, tidak lama setelah diterima di sekolah lakonan, bintang The Chronicles of Evil ini mendapat berbagai tawaran berlakon. Watak utama pertama Daniel adalah dalam rancangan komedi (sitkom) High Kick Through the Roof. Selain itu, Daniel juga menerima anugerah Pelakon Baru Terbaik dalam penghargaan Sitkom.

15. Lee Jung Jae

IMG 8074

Lee Jung Jae pertama kali dikenali sejak melakonkan watak Jae Hee dalam siri klasik Sandglass. Sejak itu, Lee Jung Jae terus membintangi banyak drama dan filem lain.

Namun, ternyata disebalik kejayaannya, 20 tahun yang lalu Lee Jung Jae adalah seorang pejuang di keluarganya. Dia telah bekerja keras untuk menampung keluarganya kerana dia adalah tulang belakang harapan keluarganya.

16. Lee Joon Gi

IMG 8075

Lee Joon Gi mengakui bahawa dirinya sempat mencuri makanan dari peti sejuk ketika tinggal di gosiwon, sebuah bilik sewa berukuran kecil di Korea Selatan. Dia mengambil makanan bernama jangjorim tersebut tanpa meminta izin lebih dulu pada pemiliknya.

Lee Joon Gi mengaku saat itu sedang dilanda kesempitan wang. Dia juga terpaksa pindah ke Seoul di usia 20 tahun dan jauh dari keluarga demi mewujudkan impiannya menjadi artis. Mengingati kesusahanya dulu, Jangjorim menjadi menu makanan yang penuh makna bagi dia hingga saat ini.

17. Song Jae Rim

IMG 8076

Song Jae Rim sangat tertutup terkait kehidupan pribadinya, tetapi telah terungkap bahawa dirinya adalah berasal dari kehidupan yang miskin. Inilah yang membuatnya menjadi berhati-hati terhadap kewanganya, dia akan terus mencatat pengeluarannya secara rutin.

18. Ji Chang Wook

IMG 8077

Situasi kewangan keluarga Ji Chang Wook sangat tidak stabil di masa lalu. Di program Taxi, dia mengakui bahawa mereka sering kali kesulitan untuk menafkahi diri sendiri. Dia tidak punya wang saat itu, hingga ibunya bekerja keras di restoran sehingga jatuh sakit.

Ibu Ji Chang Wook merupakan ibu tunggal yang berusaha menampung hidupnya sendirian. Sehingga kini, Ji Chang Wook masih selalu memperlakukan ibunya dengan baik. Dia suka memberikan wang dan sudah menyelesaikan hutang keluarganya dan masih tinggal bersama ibunya.

18. Cha Seung Won

IMG 8078

Cha Seung Won memiliki masalah kewangan yang cukup sukar, walaupun setelah dia mendirikan rumahtangga. Pelakon ini bersama isterinya pernah tinggal di ruang bawah tanah selama beberapa tahun kerana kondisi kewangannya.

19. Kang Ha Neul

IMG 8079

Kang Ha Neul berani pindah sendirian dari Busan ke Seoul untuk mewujudkan cita-citanya menjadi artis. Kerana keluarganya tidak mampu, mereka tidak dapat membayar biaya sekolah swasta untuk memenuhi keinginannya itu.

Kang Ha Neul tidak ingin menyusahkan orang tuanya dengan menerima semua kerja sambilan di kedai serbaneka, stesen minyak, ladang itik, bahkan mengedarkan risalah di jalanan.

20. Lee Joon

IMG 8080

Lee Joon dibesarkan oleh keluarga yang mempunyai masalah kewangan. Dia bahkan hanya dapat mengenakan pakaian yang sama terus-menerus setiap hari dan diejek oleh kawan-kawannya ketika masih bersekolah.

Lee Joon memiliki keinginan kuat untuk membantu keluarganya. Dia berlatih menari siang dan malam demi diterima di Korea National University of Arts. Dia juga bekerja sambilan di restoran yang sering dikunjungi para artis untuk mendapatkan wang sambilan dan memperluaskan ”networking” agar dia dapat diterima dalam dunia hiburan kelak.

Walaupun memerlukan masa yang panjang dan usaha tanpa henti, Lee Joon pantang menyerah dalam meraih cita-citanya.

21. Sandara Park

IMG 8081

Saat keluarganya diistihar muflis, Sandara Park harus menanggung berbagai hal berat. Penghijrahannya ke Filipina menjadi debut awal kariernya sebagai artis. Album debutnya di negara tersebut sukses besar sehingga dia berhasil memperbaiki kewangan keluarganya sehingga semakin stabil. Malangnya, ayahnya ketagihan dengan berjudi dan meninggalkan keluarga, hingga dia harus kembali merasa kesulitan.

Skandal besar di Filipina akibat kelakuan ayahnya sempat membuat kariernya hancur. Namun, Sandara pada akhirnya mendapat tawaran menjadi trainee YG Entertainment meskipun usianya sudah 23 tahun. Debutnya bersama 2NE1 mencipta kepada kejayaannya seperti saat ini.

22. Kim Sejeong

IMG 8082

Sejeong dibesarkan dari keluarga miskin dengan hanya bergantung kepada ibu tunggalnya untuk mencari nafkah. Dia juga lebih banyak menghabiskan waktu bersama atuk dan neneknya sewaktu kecil kerana ibunya harus bekerja keras.

Tak hairanlah, bintang drama Business Proposal ini selalu berterima kasih dan bersyukur kepada keluarganya dan menjanjikan mereka kehidupan yang lebih baik. Berkat kerja kerasnya, kini Sejeong berhasil menjadi artis popular terkenal di Korea Selatan!

23. Yoon Eun Hye

IMG 8083

Di program Heo Young Man’s Food Travel, Yoon Eun Hye yang muncul sebagai bintang jemputan mengakui bahawa dia membesar bersama keluarga dengan keadaan kewangan yang sulit. Keempat ahli keluarganya pernah tinggal bersama di bilik yang kecil dan sempit.

Namun, dia dapat mengatasi hal itu setelah semakin dikenali dan popular berkat drama Coffee Prince (2007).

24. Lee Sung Kyung

IMG 8084

Lee Sung Kyung membantah khabar angin yang menyatakan bahawa dirinya dilahirkan dari keluarga kaya raya di program Seri Money Club. Ketika berusia 4 tahun, kilang yang dimiliki ayahnya kebakaran sehingga berakhir muflis.

Mereka harus tinggal di apartmen kecil sehingga dia memasuki sekolah menengah kerana kejadian itu. Ada kalanya, Lee Sung Kyung malu ketika membawa kawan-kawanya ke tempat tinggalnya.

25. Kim Nam Joo

IMG 8085

Kim Nam Joo juga kehilangan ayahnya di usia 2 tahun dan membuat ibunya harus menampung empat orang anak sendirian. Hal ini membuatnya termotivasi untuk bekerja lebih keras demi menghasilkan lebih banyak wang di masa depan.

Baca Lagi: 23 Artis Korea Dari Keluarga Kaya

Baca Juga: Cara Lee Dong Wook Mengekalkan Bentuk ”Abs” Untuk Adegan Tanpa Baju