Home Entertainment 10 Watak Antagonis Yang Berakhir Dengan Tragis

10 Watak Antagonis Yang Berakhir Dengan Tragis

0

Setiap kali menonton drama siri Korea Selatan yang menampilkan watak antagonis jahat yang menyakitkan hati. Para penonton sering tertunggu-tunggu babak watak-watak antagonis ini mendapat pembalasan atau lebih dramatik, penonton sering mengharapkan watak-watak jahat ini dimatikan dan mati dengan tragis!

Dalam drama siri The Glory, Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon) dan Son Myeong Oh (Kim Gun Woo) sama-sama pernah membuli Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) sewaktu di bangku sekolah. Akhirnya mereka sama-sama berakhir tragis dan mendapat pembalasan sepatutnya apabila mati dibunuh.

Baca Lagi: Segalanya Tentang Artis Kecil ‘The Glory’ Oh Ji Yul

Selain watak dua watak antagonis tersebut yang pengakhirannya sangat tragis hingga mati di tangan orang lain, banyak lagi watak antagonis lainnya yang berakhir tewas dan habis nyawa dalam pelbagai kdrama yang telah ditayangkan pada awal tahun 2023.

Jom kita lihat senarai watak antagonis yang berakhir dengan kematian dalam drama-drama siri Korea:

Perhatian! artikel ini mengandungi spoiler:

BCEB26D4 3CC4 4039 A33F 61E3E298B44B

1. Dalam The Glory Part 2, Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon) terjatuh ke dalam kolam simen dan jasadnya tidak berjaya ditemukan hingga berbulan-bulan lamanya.

829C88E5 37F0 486C 9D19 0C6FC050D7EC2. Son Myeong Oh (Kim Gun Woo) dalam Kdrama yang sama (The Glory Part 3) juga bernasib tragis. Dia mati dibunuh dan jasadnya disembunyikan.

AE490579 15EF 46C9 9C5A 226DDFCE80FE3. Kim Hyung Sub (Park Seong Geun) adalah seorang anggota polis yang merupakan ketua organisasi perjudian haram. Dia mati ditembak oleh anggota organisasi jenayah dalam Taxi Driver 2.

088B5A14 4ADE 43FD AAD8 94C93E1F4CE44. Ji Dong Hee (Shin Jae Ha) yang merupakan penjahat yang licik dan pandai berselindung dalam drama siri Crash Course in Romance, akhirnya menghabiskan nyawanya sendiri setelah kejahatannya terungkai dan diketahui ramai.

F450AB92 BD43 498C 8D74 40FE08F9F91A5. Jo Seong Gyun (Yang Dong Geun) akhirnya mati setelah berusaha memberontak dan membunuh raja dalam The Forbidden Marriage.

F2C017CE 738D 410F B08F 394BE1CF01906. Dalam drama siri yang sama (The Forbidden Marriage), Seo Un Jeong (Park Sun Young) dijatuhkan hukuman mati atas akibat pelbagai kejahatan yang dilakukannya selama ini.

F078FA49 52C3 463B 90C6 D9F65602933A7. Gungtan (Sung Joon) merupakan manusia separuh iblis yang kejam dalam drama siri Island, dia berakhir lenyap dari muka bumi setelah perisai pelindung siap disediakan!

16D4FAD1 ED17 49E2 9A55 CC40F52A7BF18. Dalam drama siri Missing: The Other Side 2, Kim Pil Joong (Jung Yoon Jae) dibunuh oleh ketua kartel dadah tempatnya bekerja.

EE460AAD 6407 4C60 9B77 D55ED5573E009. Jin Moo (Jo Jae Yoon), antagonis yang licik dan sangat sukar untuk dikalahkan dalam Alchemy of Souls: Light and Shadow juga meninggal dunia.

9197E56C 5CD5 4E17 82FE 36EA836BEE22

10. Dukun (Lee Chae Kyung) yang telah membunuh tiga orang mangsa dalam Our Blooming Youth telah memutuskan untuk membunuh diri untuk melengkapkan sumpahannya.

Semua 10 watak antagonis di atas telah melakukan macam-macam kejahatan yang pastinya tidak boleh dimaafkan. Setiap kejahatan pasti menerima pembalasan yang seadilnya! Tiada kejahatan yang boleh terlepas dari sebarang hukuman, jika tidak dunia pasti di alam lain mereka akan merasa balasan yang lebih azab!

Baca Juga: Karakter Park Seo Joon Dalam Filem Lakonannya