Home Entertainment 12 Kdrama Dari Para Pelakon Han River

12 Kdrama Dari Para Pelakon Han River

0

Pihak Disney+ Korea telah mengumumkan nama artis dan pelakon-pelakon yang akan membintangi drama siri terbarunya yang bertajuk Han River. Drama siri ini menonjolkan pelakon terkenal seperti Kwon Sang Woo, Kim Hee Won, Lee Sang Yi, Bae Da Bin dan Shin Hyun Seung sebagai pelakon utamanya.

Drama siri Han River akan diarahkan oleh pengarah Kim Sang Chul. Drama siri ini menceritakan tentang pegawai polis yang menangani pelbagai kes dan insiden yang terjadi di Sungai Han.

Baca Lagi Artikel: Karakter Park Seo Joon Dalam Filem Lakonannya

Dijadualkan akan ditayangkan pada hujung tahun 2023, jom kita lihat dulu beberapa drama siri Korea Selatan yang dibintangi oleh para pelakon utama drama siri Han River di bawah ini:

1. Tampil dalam musim 1 dan 2, Kwon Sang Woo merupakan watak utama dalam drama Queen of Mystery bergandingan dengan pelakon popular, Choi Kang Hee.
F5E9FE32 983B 426D A375 9F49C586EF5F
2. Bergenre jenayah dan perundangan, Kwon Sang Woo membawa watak sebagai peguam yang membela nasib orang yang tidak bersalah dalam drama Delayed Justice (2020).

8C1299C6 0F47 4E8E 9FEE 2AF94112856D

3. Dalam drama siri Curtain Call (2022), Kwon Sang Woo membawa watak sebagai pewaris perniagaan konglomerat dan bekas tunangannya adalah Ha Ji Won.

F432BB60 E547 43EB B684 742EBBFEC04A
4. Kim Hee Won membawa watak sebagai sebagai peguam dan juga merupakan sahabat baik kepada Lee Sun Kyun dalam drama My Wife Is Having an Affair This Week (2016).
5A76A262 18AD 4574 8256 C9A37E01AEBD
5. Dalam drama siri Oh, the Mysterious (2017), Kim Hee Won melakonkan watak sebagai detektif polis. Pelakon hebat ini bergandingan dengan Yoon Kyun Sang dan Jung Hye Sung.

20AFFADD AF47 4F12 BE7C 504DE4655AC6
6. Sebuah kisah yang sering dinantikan oleh para peminat setia, Shin Hyun Seung adalah artis baru yang jatuh cinta dengan rakan artis lain dalam drama siri Shooting star (2022).
E2339C66 E135 4F77 A90B 1662D5F68212
7. Turut tampil dalam drama siri Adamas (2022), Shin Hyun Seung adalah rakan sekerja dan junior Jisung. Mereka sama-sama mempunyai kerjaya sebagai penulis.
85E94706 02C3 410C 8F27 EEFEA5A85450
8. Shin Hyun Seung adalah artis baru naungan Method Entertainment yang juga merupakan anak kepada Lee Seo Jin dalam drama siri Behind Every Star (2022).
6339E741 AD15 4253 B750 BC0ACBC93002
9. Lee Sang Yi menjadi abang Geum Sae Rok yang sangat mementingkan keluarga dalam drama Youth of May (2021).
0473DBD0 48B7 4F43 A6C5 AE9FB27121C5
10. Muncul sebagai seorang jejaka yang patah hati, Lee Sang Yi terlibat cinta tiga segi dengan Shin Min Ah dan Kim Seon Ho dalam drama siri Hometown Cha-Cha-Cha (2021).
D2E12F57 181C 453E B306 4CB995C40008
11. Bae Da Bin menjadi salah seorang pelakon utama dalam drama siri Do You Like Brahms? (2020). Drama siri ini bergenre muzikal dan romantik!

07AC1B9A 5EF4 4955 96A0 B52B1EA6D857

12. Dalam drama It’s Beautiful Now (2022), Bae Da Bin dipasangkan dengan pelakon terkenal Yoon Shi Yoon. Sebuah drama siri yang memaparkan kisah romantik yang manis dan menyamankan.

1891025D E774 4371 9BCB 319E3889406E

Drama siri Han River yang bakal ditayangkan pada tahun ini akan dibintangi oleh Kwon Sang Woo, Kim Hee Won, Lee Sang Yi, Bae Da Bin, dan Shin Hyun Seung. Gabungan pelakon-pelakon hebat yang memang berbakat besar.

Tidak sabar rasanya untuk menonton kisah-kisah disebalik Sungai Han yang sememangnya sangat popular dan sering disebut dan menjadi subjek dalam beberapa drama siri Korea Selatan sebelum ini. Nantikan ya!

Baca Juga Artikel: 10 Watak Antagonis Yang Berakhir Dengan Tragis