Penggemar drama popular The Heirs pasti seronok mendengar khabar ini. Berita bahawa dua watak utama Kdrama hits itu iaitu Park Shin Hye dan Park Hyung Sik akan membintangi Kdrama terbaru, sesiapa yang meminati pelakon-pelakon popular ini harus membaca fakta Doctor Slump berikut!
Park Shin Hye dan Park Hyung Sik sedang dalam perbincangan untuk bersatu dalam drama baru bergenre medikal iaitu Doctor Slump. Seperti yang kita sedia maklum Park Shin Hye dan Park Hyung Sik pernah sama-sama membintangi Kdrama karya penulis Kim Eun Sook yang popular pada tahun 2013 iaitu The Heirs.
Jom kita lihat beberapa fakta Doctor Slump yang bakal menjadi gandingan terbaru kedua pelakon ini. Jom kita lihat sekilas ulasan mengenai Kdrama terbaru ini. Fakta dan ulasan Kdrama ini didapati dari beberapa sumber seperti dari Soompi dan lain-lainnya.

1. Cerita Doctor Slump sememangnya menarik
Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, Park Shin Hye dan Park Hyung Sik dijangkakan bakal menjadi gandingan untuk membawa watak utama drama siri terbaru bertajuk Doctor Slump.
Sumber dari agensi Park Shin Hye iaitu SALT Entertainment menyebut bahawa Park Shin Hye telah menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut dan secara positif mempertimbangkannya.
Khabar ini juga sudah dikeluarkan oleh seorang wakil dari agensi Park Hyung Sik iaitu P&Studio. “Dia secara positif mempertimvangkan tawaran untuk membintangi Doctor Slump,” kata wakil agensi tersebut.
Doctor Slump mengisahkan tentang doktor yang mengalami kejatuhan dan cuba membina kembali hidup mereka. Siri rom-com baru ini akan bercerita tentang cinta dan perkembangan dua watak utama yang mempunyai kerjaya sebagai doktor.
2. Watak yang ditawarkan kepada Park Shin Hye
Park Shin Hye masih dalam perbincangan untuk menerima tawaran sebagai watak utama yang bernama Nam Ha Neul. Drama ini akan menjadi drama terbaru Park Shin Hye selepas Sisyphus: The Myth yang dikeluarkan pada tahun 2021.
Doctor Slump juga akan menjadi drama medikal kedua Park Shin Hye selepas lakonannya dalam drama siri popular Doctors pada tahun 2016. Seperti yang sudah diketahui umum Park Shin Hye telah mendirikan rumah tangga dengan Choi Tae Joon pada awal tahun 2022 dan keduanya telah dikurniakan anak pertama.
Doctor Slump juga akan menjadi projek pertama dari pelakon yang dilahirkan pada tahun 1990 itu sejak bergelar seorang ibu.
3. Watak yang ditawarkan kepada Park Hyung Sik
Park Hyung Sik ditawarkan untuk menjadi gandingan Park Shin Hye iaitu watak yang bernama Yeo Jung Woo. Drama ini akan menjadi drama terbaru Park Hyung Sik setelah Happiness tahun yang dikeluarkan pada tahun 2021.


Selain Park Shin Hye dan Park Hyung Sik, drama ini juga dibintangi oleh Lee Min Ho, Park Shin Hye, Kim Woo Bin, Krystal, Kang Min Hyuk, Choi Jin Hyuk, Kang Ha Neul, Kim Ji Won, dan ramai lagi.






