Home Entertainment Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh...

Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri

0

Pelakon Bae Doona mengakui dia sangat-sangat terkesan dengan pembawaan watak sebagai Yoo Jin dalam filem Next Sohee. Bae Doona bergandingan dengan Kim Si-eun untuk menjayakan filem misteri/thriller/drama tersebut.

AEB9D533 C75C 4FA7 8084 EC8C5B6BD8ED

Filem ini diinspirasikan dari kisah benar tentang seorang gadis yang membunuh diri sewaktu sedang mengikuti kursus latihan untuk menjadi operator panggilan telefon di sebuah akademi.

Kim Si-eun pelakon muda yang berusia 22 tahun berharap filem Next Sohee diterima ramai kerana jalan cerita filem ini yang sememangnya mengangkat isu yang sangat dekat dengan masyarakat.

“Saya harap kewujudan filem ini mendapat perhatian dari seluruh dunia. Secara jujur saya berharap kejadian yang berlaku seperti dalam filem ini tidak lagi berlaku di dunia nyata, tapi saya juga masih percaya bahawa bakal ada lagi Sohee yang akan menjadi mangsa di dunia ini.” Berikut petikan kata-kata aktres itu kepada Elle Korea Selatan.

062C38F2 57F7 404C A79C 24285B161ED8 0EBCD39E 11DA 44DE 921E 27CEF9591AE3

Sementara itu Bae Doona dalam wawancara yang sama bersama Elle Korea turut meluahkan perasaannya sewaktu membintangi filem penuh tragis tersebut. Pelakon wanita berusia 43 tahun itu dipetik berkata,

“Sebagai pelakon yang memegang watak sebagai Yoo Jin, saya berasa sangat kecewa dan marah kerana terdapat kejadian seperti ini telah berlaku. Saya merasakan seolah-olah sedang memukul batu dengan sebutir telur. Betapa hancur berkecai hati mengenangkan nasib Sohee. Saya sangat kecewa bahkan turut menangis.”

Filem ini adalah filem pertama dari Korea Selatan yang telah dipilih sebagai filem penutup untuk Festival Filem Cannes 2022 dan ditayangkan sebagai sebagian daripada wacana untuk ‘International Critics’ Week’ untuk tayangan khas.

Antara bintang filem lain yang membintangi filem ini selain Kim Si-eun dan Bae Doona adalah Sim Hee-seop, Kim Woo-kyum, Song Yo-sep dan juga Yoo Jung-ho. Filem ini diarahkan oleh Jung Ju-ri yang sebelumnya pernah memenangi anugerah pengarah terbaik untuk filem arahannya A Girl at My Door the (2014).

Sedikit info mengenai pelakon-pelakon utama filem ini Bae Doona dan kim Si-eun:

E522F6D4 977F 44F9 B873 243F1CB7CB00

Bae Doona merupakan antara pelakon wanita terbaik dari Korea Selatan. Aktres ini dilahirkan pada 11 Oktober 1979. Pelakon yang kini berusia 43 tahun itu berasal dari Seoul, Korea Selatan. Selain hebat dalam dunia lakonan, Bae Doona juga merupakan seorang jurukamera yang mempunyai sentuhan emas.

Pelakon wanita ini mula dikenali di seluruh dunia melalui lakonannya dalam filem Sympathy for Mr. Vengeance (2002) dan The Host (2006).

Kim Si-eun merupakan bintang yang masih muda tetapi berbakat besar. Pelakon dan model dari Korea selatan ini dilahirkan pada 29 Oktober 2000. Dia dikenali melalui lakonannya sebagai watak utama dalam Crushes Reverse, Love Alarm, dan Monchouchou Globalhouse.

Filem Next Sohee dijangka akan ditayangkan di seluruh pawagam di Korea Selatan pada 8 Februari 2023, namun kita masih belum mendapat informasi tentang tayangan filem ini di Malaysia.

Baca Lagi: Red Balloon Kdrama Viral Yang Bikin Hati Panas!

Baca Juga: 25 Kdrama Paling Top Di Netflix Sepanjang Zaman