Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Ms. Incognito: Ramah Tapi Berbahaya, Tanda-Tanda Baek Hye Ji Bakal Jadi Penjahat...

Ms. Incognito: Ramah Tapi Berbahaya, Tanda-Tanda Baek Hye Ji Bakal Jadi Penjahat Utama

0

Dalam drama Ms. Incognito, watak Baek Hye Ji (Joo Hyun Young) muncul sebagai seorang wanita yang kelihatan tenang, sopan dan sentiasa tersenyum, namun sukar dijangka niat sebenar di sebalik wajah lembutnya itu.

Hye Ji bekerja sebagai pembantu rumah dalam keluarga berpengaruh Gaseong Group dan sering dilihat membantu Boo Se Mi (Jeon Yeo Been). Tetapi semakin lama, kehadirannya menimbulkan rasa curiga dalam kalangan penonton, adakah dia benar-benar setia, atau sedang memainkan peranan tersembunyi?

Walaupun bersikap lembut, tindak-tanduk Hye Ji sering meninggalkan tanda tanya. Ekspresinya yang datar dan kata-katanya yang samar-samar membuat penonton tertanya-tanya sama ada dia sekadar pemerhati, atau bakal menjadi penjahat yang bergerak dalam diam.

Berikut ialah beberapa petunjuk yang mungkin menandakan Baek Hye Ji bakal menjadi watak jahat dalam Ms. Incognito:

1. Membantu Kim Yeong Ran melarikan diri

IMG 0642

Ketika rakan-rakannya yang lain memilih untuk berpihak kepada Ga Seon Yeong, Hye Ji sebaliknya menolong Kim Yeong Ran melarikan diri, satu tindakan yang menimbulkan persoalan tentang niat sebenar di sebaliknya.

2. Mengelilingi rumah besar Ga Sung Ho dengan gelagat mencurigakan

e9d9e76d 289e 430d 82aa dd0689c698d5

Selepas insiden pelarian Kim Yeong Ran, Hye Ji dilihat berlegar-legar di sekitar rumah mewah Ga Sung Ho, seolah-olah sedang mencari sesuatu yang disembunyikan.

3. Menyelongkar setiap ruang rumah tanpa kebenaran

IMG 0649

Dia meneroka hampir setiap bilik di rumah besar itu, seolah-olah mengetahui ada sesuatu yang bernilai atau penting sedang disembunyikan oleh keluarga tersebut.

4. Mengintip tindakan Lee Don secara rahsia

IMG 0647

Hye Ji semakin kerap menunjukkan minat terhadap apa yang dilakukan oleh Lee Don. Dia malah pernah dilihat memerhati mesej dalam telefon bimbit milik Lee Don tanpa pengetahuan lelaki itu.

5. Menyelusuri ruang rahsia Ga Sung Ho

IMG 0644

Tanpa diketahui sesiapa, Hye Ji menelusuri bilik peribadi Ga Sung Ho untuk mencari ruang tersembunyi, mungkin untuk mendapatkan maklumat atau sesuatu yang mampu mengubah keadaan.

6. Menyimpan rahsia identiti sebenar Boo Se Mi

IMG 0646

Apabila menemui kebenaran bahawa Kim Yeong Ran kini hidup dengan identiti baharu sebagai Boo Se Mi, Hye Ji memilih untuk merahsiakan perkara itu, dan sebabnya masih belum diketahui.

7. Mengejar wang ganjaran daripada Ga Seon Yeong

Incognito

Setelah mengetahui bahawa dia boleh memperoleh sejumlah besar wang daripada Ga Seon Yeong jika membongkar lokasi sebenar Yeong Ran, Hye Ji terus bertindak menemuinya sendiri.

Baek Hye Ji mungkin kelihatan seperti watak sampingan yang tidak berbahaya, tetapi tindakan-tindakannya membuktikan sebaliknya. Dia bergerak dalam senyap, menyimpan maklumat penting, dan membuat keputusan yang mampu mengubah seluruh hala tuju cerita.

Watak yang pada awalnya tampak polos ini kini berpotensi menjadi penjahat tersembunyi dalam Ms. Incognito. Kalau anda, adakah kamu rasa Baek Hye Ji benar-benar sedang berpura-pura, atau dia cuma mangsa dalam permainan yang lebih besar?

Baca lagi: Jeon Yeo Bin Kembali Ke Layar Kaca Dengan Watak Bodyguard Berganda Dalam Ms. Incognito
Baca juga: Mengapa ‘Ms. Incognito’ Menarik Ditonton? Rahsia dan Dendam, Bila Cinta Jadi Senjata