Home Cdrama Dari Pendakwa Raya ke Peguam, 10 Drama Undang-Undang China Menarik Ditonton

Dari Pendakwa Raya ke Peguam, 10 Drama Undang-Undang China Menarik Ditonton

0

Selain drama romantik, salah satu tema cerita drama China yang turut digemari ramai penonton ialah kisah berkaitan undang-undang. China memiliki barisan drama terbaik yang membawa tema ini dengan penuh dramatik.

Melalui meja hijau, para pelakon memaparkan bagaimana rumitnya proses perbicaraan mahkamah hingga penyiasatan sesuatu kes. Berikut ialah drama undang-undang China yang boleh anda masukkan dalam senarai tontonan:

1. Hello Procurator

Drama

Mengisahkan Jiang Wenjing, seorang gadis yang bercita-cita menjadi pendakwa raya. Walaupun ditentang oleh ibu bapanya, Jiang Wenjing tetap mengejar impiannya sehingga diterima di sebuah pejabat pendakwa raya. Dari satu kes ke satu kes, dia berjaya menyelesaikannya hingga akhirnya berdepan sebuah kes rumit yang membuatnya kembali mempertikaikan impiannya itu.

2. Lady of Law

IMG 0378

Lady of Law mempertemukan dua peguam wanita, Xu Jie dan Chen Ran. Mereka bersahabat tetapi mempunyai pendekatan berbeza dalam menangani kes. Apabila Xu Jie ditugaskan menyiasat kes rasuah Chen Wen Guang, terbongkar bahawa Chen Ran sebenarnya anak kepada Chen Wen Guang. Selama ini, dia diam-diam menjalankan penyiasatan terhadap ayahnya sendiri.

3. Truth

77854fba 8639 4ffe b7f5 da1a424ea1fc

Mengisahkan pendakwa raya Lin Lan dan Lin Yuan Hao yang berulang kali berjaya membongkar kes-kes sukar. Namun, mereka akhirnya berdepan sebuah kes besar yang menguak rahsia mengejutkan tentang kematian ayah Lin Lan.

4. My Little Happiness

d064ef4a 2642 4059 85ce 9bd79194e51a

Cong Rong telah lama mengimpikan untuk menjadi seorang peguam, walaupun ibunya mendesak agar dia belajar perakaunan dan meninggalkan kerjaya guaman. Tidak mahu mengecewakan ibunya, dia berpura-pura pergi ke luar negara untuk belajar perakauanan, tetapi diam-diam pulang ke kampung halamannya untuk bekerja sebagai pelatih undang-undang.

5. Court Battle

9e71299e 1832 4325 9daf b2ccf7df9de4

Pendakwa raya Gao Jian, pembantu pendakwa raya Fu Xiaorou, dan pasukan mereka berjuang menegakkan kebenaran melalui sistem kehakiman. Gao Jian, seorang pendakwa raya tegas di Pejabat Pendakwa Raya Jiangdong, dikenali tidak pernah bertolak ansur dengan kesalahan. Namun, sebuah kes rasuah besar menggoncang institusi tersebut, memaksa Gao Jian menghadapi tekanan berat hingga kehilangan orang-orang terdekatnya.

6. Kai Feng Qi Tan

78dcdea8 4bd6 4c5b 83e2 93f90a05d493

Mengisahkan Bao Zhen yang pada awalnya tidak bercita-cita menjadi hakim di Kai Feng. Namun, perjalanan hidupnya membawanya ke posisi sebagai pegawai kerajaan muda yang tidak berpengalaman, tetapi tekad untuk membebaskan yang tidak bersalah serta menghukum penjenayah menjadikannya seorang hakim yang adil.

7. Divorce Lawyers

c5005904 46d3 40eb bedd 65278e429399

Berkisar tentang Luo Li dan Shi Hai Dong, dua peguam perceraian yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Namun, apabila Hai Dong melalui proses perceraiannya sendiri dengan isterinya Jiao Yan Yan, dia memilih Luo Li sebagai peguamnya.

Perbicaraan itu tidak berjalan seperti yang diharapkan, menyebabkan konflik antara mereka. Tetapi akhirnya, selepas pelbagai pertelingkahan, kedua-duanya mula membuka hati dan bersetuju untuk bersama.

8. If Paris Downcast

f3d0ee5c 70cd 4a53 b88b 908b0d97c931

Peguam Ruan Man Jun cuba membantu kekasihnya yang jatuh muflis. Namun, tindakannya membawa masalah besar hingga dia dipecat, lesen guamannya ditarik balik, dan terpaksa menjalani hukuman penjara. Selepas dibebaskan, dia mendapati kekasihnya telah berkahwin dengan lelaki lain.

9. Without Knowing Dawn Break in the East

8c6913a9 2936 4112 a73d 572c063cec23

Mengisahkan Tang Ji Bai, seorang pemuda yang bercita-cita mengungkap misteri kematian ibu bapanya dengan menjadi profesor undang-undang. Namun, kerana satu kes, dia dipenjarakan. Tang Ji Bai akhirnya dibantu seorang peguam handal, Dong Fang Zhi, untuk membersihkan namanya.

10. Roving Inspection Team

5e4bd9df f76b 4cf7 a890 95793fae2586

Drama ini berfokus pada penyiasatan oleh ketua pasukan Feng Sen dan Luo Xin dari Pejabat Inspektorat. Mereka mewakili era baharu pendakwa raya yang berdedikasi melindungi hak rakyat dan menegakkan keadilan. Kisahnya penuh dengan teka-teki undang-undang yang membuat penonton turut sama berfikir untuk menyelesaikan kes.

Jika anda gemar drama penuh debaran dengan jalan cerita kompleks, drama undang-undang China ini pasti tidak mengecewakan!

Baca lagi: 5 Sebab “Fated Hearts” Menjadi Drama China Yang Menarik Untuk Ditonton
Baca juga: Love’s Ambition, Drama Kemunculan Semula Zhao Lu Si dan William Chen Yang Paling Dinantikan