Home Cdrama Love’s Ambition, Drama Kemunculan Semula Zhao Lu Si dan William Chen Yang...

Love’s Ambition, Drama Kemunculan Semula Zhao Lu Si dan William Chen Yang Paling Dinantikan

0

Love’s Ambition merupakan sebuah drama Cina terbaru yang telah ditayangkan sejak 26 September lalu di Viu.

Sejak ditayangkan di Viu, drama Cina Love’s Ambition ini telah memperoleh rating tinggi, iaitu 8.2/10 di IMDb.

IMG 6168

Kejayaan ini membuktikan bahawa  penonton menyukai plot yang penuh dengan konflik dan kisah percintaan di antara Xu Yan  dan Shen Haoming.

Kepada peminat drama romantik, anda wajib masukkan drama Love’s Ambition ini di dalam list tontonan anda.

Selain dari jalan cerita yang romantik, drama ini juga turut dibintangi pelakon China yang terkenal, iaitu Zhao Lu Si dan William Chan.

Sinopsis penuh

Xu Yan (Zhao Lusi) wanita yang berasal dari kota kecil dan dibesarkan oleh neneknya, berjaya memasuki universiti ternama dan mendaki tangga kerjaya sebagai hos siaran berprestij.

IMG 6175

Dalam proses itu, dia bertemu Shen Haoming (William Chan), yang memiliki status sosial tinggi. Pasangan ini akhirnya berkahwin.

IMG 6174

Dari luaran, kehidupan mereka tampak ideal dan disanjung ramai, tapi pada hakikatnya, hubungan tersebut dibentuk atas dasar imej, kawalan, dan kompromi, yang akhirnya membawa kepada perpisahan.

Tetapi Shen kemudiannya menyedari bahawa dia telah jatuh cinta dan bertekad untuk bersama semula dengan Xu Yan.

IMG 6172Namun, adakah Xu Yan juga memiliki perasaan yang sama seperti Shen? Adakah mereka akan bersama semula dan mencintai antara satu sama lain?

Jika anda ingin tahu, anda boleh strim “Love’s Ambition” ini di Viu!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama China tanpa sebarang gangguan iklan