Teman wanita pelakon yang sedang meningkat naik, Lee Chae Min telah ditawarkan salah satu watak utama dalam drama seram okultisme “Awakening”!
1. Ryu Da In Ditawarkan Peranan Dalam Drama Seram Okultisme Awakening

Pada Isnin (29 September 2025), media tempatan Korea, News1, melaporkan bahawa pelakon muda berbakat Ryu Da In menerima tawaran untuk membintangi drama seram okultisme terbaharu berjudul Awakening.
Agensi yang mewakili pelakon tersebut, Alien Company, turut memberikan kenyataan rasmi. “Ryu Da In telah menerima tawaran untuk tampil dalam drama baharu terbitan SBS berjudul Awakening dan kini disahkan menyertai,” ujar wakil agensi berkenaan.
Dia akan memainkan watak Kim Ye Jin, pelajar tahun tiga di Sekolah Menengah Seongnyeom. Dilahirkan dalam keluarga doktor dan anak perempuan pengarah hospital besar, Kim Ye Jin adalah watak yang menawan dan halus, “bunga rumah hijau.” Bagaimanapun, dengan datuknya sebagai pengerusi hospital, dia memikul semua jangkaan keluarga dan telah diberikan matlamat untuk lulus peperiksaan masuk Sekolah Perubatan Universiti Kebangsaan Seoul. Jika dia gagal mencapai matlamat ini, keluarganya berdepan nasib kehilangan segala-galanya
2. Lee Jun Hyuk dan Oh Ye Ju Turut Dalam Pertimbangan

Sebelum tawaran kepada Ryu Da In, pelakon Lee Jun Hyuk terlebih dahulu dipertimbangkan untuk memegang peranan penting dalam projek ini. Pada Mei 2025, beliau dilaporkan ditawarkan watak Antonio, seorang pendeta muda di sebuah kapel sekolah, yang diam-diam menjalankan tugas sebagai pengusir makhluk halus.
Selain itu, nama pelakon muda Oh Ye Ju turut dikaitkan dengan projek ini pada Ogos lalu. Beliau dijangka membawakan watak seorang pelajar baharu yang bakal terjerat dalam kisah misteri bersama Antonio.
3. Premis Kisah Drama Awakening

Awakening digarap sebagai sebuah drama bergenre seram okultisme, yang menyingkap kisah seorang pelajar pindahan ke sekolah elit di kawasan Daechi-dong, sebuah kawasan yang terkenal sebagai pusat pendidikan swasta dengan tahap persaingan akademik yang amat tinggi.
Dalam usahanya untuk mengekalkan prestasi pelajaran, pelajar tersebut terpaksa bergantung kepada pengambilan ubat rangsangan. Namun, keadaan mula menjadi pelik apabila dia mula mendengar bisikan-bisikan ganjil yang dipercayai berpunca daripada kuasa ghaib.
Gabungan unsur seram, misteri, dan konflik jiwa remaja menjadikan Awakening sebagai antara projek yang dinantikan ramai.
Drama berunsur okultisme sememangnya memiliki kelompok peminat yang tersendiri, malah jarang gagal mencetuskan perbincangan hangat. Dengan barisan pelakon berbakat, termasuk Ryu Da In, Lee Jun Hyuk dan Oh Ye Ju, Awakening dijangka menjadi antara drama paling mendebarkan pada tahun 2026.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mengenai barisan pelakon lain dan tarikh tayangan rasmi drama ini tidak lama lagi.








