Drama China kembali memeriahkan pentas hiburan Asia sepanjang Oktober 2025.
Bulan ini menyaksikan pelbagai judul baharu daripada pelbagai genre, daripada romansa yang menggetarkan jiwa, kisah kuliner yang penuh selera, sehinggalah ke dunia wuxia fantasi yang sarat dengan pertarungan, muslihat politik, serta permainan kuasa.
Tidak hairanlah, para penggemar setia drama China sudah menantikan tayangan-tayangan segar ini. Paling menonjol, dominasi genre wuxia fantasi jelas kelihatan pada senarai drama yang akan disiarkan. Gabungan dunia persilatan, misteri, cinta terlarang, dan pengkhianatan menjadikan karya-karya ini cukup berwarna dan penuh emosi.
Selain itu, penonton juga disajikan dengan kisah kuliner yang segar serta menghiburkan, memberi kelainan daripada naskhah berat penuh aksi dan konflik.
Berikut adalah lima drama China terbaharu yang bakal menemani peminat sepanjang Oktober 2025:
1. Fated Hearts

Drama China ini mengisahkan Fu Yi Xiao, seorang pemanah wanita berbaju merah yang berjaya mengubah haluan Pertempuran Pingling apabila mencederakan Feng Sui Ge, putera sulung Kerajaan Su Sha. Namun, selepas kemenangan itu, Fu Yi Xiao terjatuh dari tebing lalu kehilangan ingatan.
Takdir mempertemukan semula kedua-duanya ketika masing-masing terluka. Walaupun pernah bermusuhan, mereka akhirnya bekerjasama untuk membongkar konspirasi besar antara kerajaan. Dari situ lahir hubungan rumit yang diselubungi pengkhianatan dan cinta.
Drama ini dibintangi Li Qin dan Chen Zhe Yuan, mempunyai 38 episod, dan disiarkan di iQiyi pada 2 Oktober 2025.
2. Yummy Yummy Yummy

Berbeza daripada wuxia, drama China ini menampilkan kisah ringan yang penuh keceriaan. Ia mengikuti keluarga Shen yang secara tidak sengaja tiba di Kota Yong’an dan bertemu Lin Yan, seorang pegawai istana. Pertemuan itu membawa mereka ke dalam pengembaraan penuh cita rasa, budaya tempatan, serta kisah cinta yang tidak dijangka.
Drama ini mempunyai 32 episod dan bakal disiarkan pada 9 Oktober 2025 di Tencent Video dan WeTV, dibintangi oleh Wang Ying Lu serta Li Yun Rui.
3. Love in the Clouds

Mengisahkan Ji Bo Zai, seorang bekas banduan dari Jurang Jixing yang kini menjadi prajurit gagah. Dalam Persidangan Qingyun tahunan, dia berjaya menewaskan Ming Yi, dewi pahlawan yang tidak pernah kalah selama tujuh tahun.
Ming Yi yang tewas lalu menyamar sebagai penari untuk mendekati Ji Bo Zai. Pertemuan mereka menyalakan percikan cinta di tengah permainan kuasa dan konflik dunia fantasi.
Drama China dengan 36 episod ini dibintangi Hou Ming Hao dan Lu Yu Xiao, dan akan disiarkan di CCTV serta Youku pada 10 Oktober 2025.
4. Blood River

Kisah ini mengangkat organisasi rahsia pembunuh upahan bernama The Dark River yang dipimpin tiga keluarga besar: Su, Xie, dan Mu. Apabila para tetua organisasi diracuni, bermulalah perebutan kuasa serta pengkhianatan yang sengit antara keluarga.
Su Mu Yu, ketua pasukan Spider Shadow, terpaksa meminta bantuan Bai He Huai, seorang tabib hebat dari Medicine King Valley, untuk menyelamatkan para tetua dan menghadapi ancaman musuh.
Drama China penuh aksi ini dibintangi Gong Jun dan Peng Xiao Ran, akan ditayangkan di Youku mulai 24 Oktober 2025, dengan jumlah 40 episod.
5. Whispers of Fate (Shui Long Yin)

Drama China ini menampilkan Tang Lici, seorang pendekar pedang licik dan cerdas yang digelar halus bak musang. Hidupnya berubah apabila dia terjerat dalam kes pembunuhan misteri yang membawa dirinya kepada konflik besar dunia persilatan.
Tang Lici perlu menghadap konspirasi, permainan kuasa, dan ancaman maut yang menguji kecerdikan serta keberaniannya. Kisah ini sarat misteri, pengkhianatan, dan kejutan yang mendebarkan.
Dibintangi Luo Yun Xi, drama ini berjumlah 40 episod dan akan disiarkan di Hunan TV serta Mango TV mulai 28 Oktober 2025.
Jelas sekali, Oktober 2025 menjadi bulan yang meriah buat peminat drama China. Dominasi genre wuxia fantasi, kehadiran aktor ternama, dan jalan cerita yang pelbagai menjadikan setiap judul mempunyai tarikan tersendiri. Sama ada anda peminat kisah cinta yang penuh muslihat atau hanya mahukan tontonan ringan yang mencuit hati, bulan ini menjanjikan pilihan yang tidak mengecewakan.







