Home Artis Korea 9 Pelakon Utama Moving Ini Pernah Meraih Baeksang Arts Awards

9 Pelakon Utama Moving Ini Pernah Meraih Baeksang Arts Awards

0

Sehubungan dengan euforia drama siri yang sedang popular iaitu Moving yang telah ditayangkan sejak dua minggu lalu, ternyata ada beberapa orang artis yang pernah mendapat anugerah tersebut. Mereka sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan.

Baeksang Arts Awards adalah merupakan majlis anugerah yang paling berprestij bagi setiap pelakon dan penggiat seni di Negara Korea Selatan.

Senarai para calon yang dikeluarkan dan para pemenang yang dipilih adalah berdasarkan keputusan juri yang profesional dalam bidang mereka. Pastinya, penilaian dan keputusan ini bukan dibuat secara teliti dan sangat profesional kerana terdapat begitu banyak anak seni yang menunjukkan kualiti persembahan yang sangat bagus, terutamanya para pelakon yang mempamerkan bakat masing-masing dengan sepenuh jiwa.

Siapakah artis-artis Korea yang dimaksudkan? Berikut adalah senarai pelakon Moving yang telah berjaya meraih Baeksang Arts Awards.

 

f769f678 4020 4ce9 8295 dc2c6044768f1. Ryu Seung-ryong membawa watak sebagai seorang ayah yang kurang upaya dalam filem Miracle in Cell No. 7 dan pelakon ini berjaya mendapat Grand Prize (Anugerah Utama) pada tahun 2013

 

e25e1ed9 6106 4499 ae25 268dc4c63b9e2. Han Hyo Joo meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik pada tahun 2011 hasil lakonannya yang mencuri perhatian dalam drama siri Dong Yi

Baca juga: 5 Filem dan Kdrama Fantasi lakonan Han Hyo Joo, Wajib Tonton

 

9aebfb9d eebf 409e 984f 05de9c14477d3. Zo In Sung mendapat dua anugerah untuk drama siri, iaitu Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Something Happened in Bali (2004) dan Pelakon Lelaki Paling Popular untuk Spring Day (2005)

Baca lagi: 15 Drama dan Filem Jo In Sung, Terbaharu Superhero dalam “Moving”

 

Baeksang4. Cha Tae Hyun mendapat anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik menerusi drama siri Sunflower pada tahun 1999

 

419915e0 8f54 43cf aa51 a40f67e470c25. Ryoo Seung Bum mendapat anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik dalam drama Wonderful Days pada tahun 2002 dan Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem Bloody Tie (2007)

 

Moving6. Kim Sung Kyun meraih anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik buat kali pertama sewaktu membawa watak gangster dalam filem Nameless Gangster: Rules of the Time (2012)

 

820725e9 b178 4d8b aa3d ad7d74e4eb187. Moon Sung Keun mendapat dua anugerah iaitu Pelakon Lelaki Baru Terbaik untuk teater Han’s Chronicle (1986) dan filem Black Republic (1991)

 

e6825c76 c1dc 4ec3 8140 f190dd4e1f588. Kim Shin Rok juga mendapat anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam drama siri Hellbound (2022)

 

b5401a25 2a52 43e3 9134 9b1fbde084329. Park Hee Soon juga pernah mendapat anugerah sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem 1987: When the Day Comes (2018)

Penampilan artis-artis yang mendapat Baeksang Arts Awards, membuatkan drama siri Moving ini menjadi antara drama siri dengan kualiti dan kekuatan tersendiri. Penjiwaan mereka dalam mendalami watak masing-masing telah berjaya membuatkan para penonton terpukau. Bagi anda yang belum menonton Moving, anda patut memasukkan drama siri Korea ini ke dalam senarai tontonan anda!

Baca lagi: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam