Home Kdrama/Kmovie Lawak Tahap Maksima, 9 Filem Komedi Korea Paling Lucu dan Diingati

Lawak Tahap Maksima, 9 Filem Komedi Korea Paling Lucu dan Diingati

0

Industri perfileman Korea boleh dikatakan antara yang terbaik di Asia! Negara ini menghasilkan karya-karya yang sangat menarik, penuh komedi, menggeletek hati, dan ada juga yang berjaya membuatkan para penonton terbuai emosi hingga hanyut dalam jalan cerita.

Kebiasaannya, dari sekian banyak genre filem, genre yang paling disukai pastinya genre komedi bukan? Industri perfileman Korea menghasilkan banyak filem komedi yang menarik dan boleh membuatkan para penonton keras perut ketawa kerana lawak dan aksi lucu yang ditampilkan sangat menjadi.

Berikut dibawah ini adalah antara 9 buah filem komedi Korea Selatan yang paling lucu yang perlu anda tonton!

 

Hitman Agent Jun

Filem komediFilem ini menceritakan tentang ejen pembunuh upahan yang sangat lagenda tetapi sebenarnya dia menyimpan impian untuk menjadi penulis webtoon. Apabila rahsianya terbongkar, kacau bilau pasti timbul!

 

Secret Zoo

KomediSeorang peguam menjadi pengarah sebuah zoo yang hampir muflis. Dia menggunakan idea tidak masuk akal iaitu berlakon sebagai haiwan ‘tipu-tipu’ bersama para pekerjanya. Plot cerita yang sangat kreatif, adakah idea gila ini bakal menyelamatkan zoo tersebut?

 

Scandal Makers

e34dacec 989a 441d ad6c aca8f462d3f9Seorang penyampai radio bertemu dengan seorang ibu tunggal yang mendakwa bahawa dia adalah anak perempuan kepada penyampai radio tersebut. Perjalanan menarik mengenai kisah hidup penyampai radio ini, anak dan cucunya bakal mengungkap kebenaran di aebalik hubungan aneh mereka.

 

Welcome to Dongmakgol

4849196a b316 48d6 8ee0 2db5b8220c36Di sebuah kampung terpencil, penduduknya tidak tahu menahu tentang peperangan. Komedi yang juga menyentuh hati tentang persahabatan di tengah-tengah kacau bilau yang berlaku.

 

My Love from the Star

defa17c0 13db 4cbd 9301 509d053ed384

Terdapat pelajar sekolah menengah yang terperangkap dengan perjanjian menjadi hamba oleh seorang gadis yang menghantui hidupnya. Komedi romantik yang sangat comel.

 

Okay Madam

7be73390 93fc 45bc b15e 40b5b6026ebfPercutian bersama keluarga berubah menjadi pengembaraan gila apabila kapal terbang ditawan. Komedi aksi yang penuh kejutan, mood turun naik seperti menaiki roller coaster!

 

Hello Ghost

5813746b b5e5 4b3b 8d0f 4b5215d317e2Seorang lelaki kesepian mahu membunuh diri, tetapi dia dihantui oleh hantu-hantu yang meminta bantuan untuk menggunakan tubuhnya. Komedi yang membuatkan anda tersentuh hati tetapi juga membuatkan anda terus ketawa.

 

Midnight Runners

e0943d68 2272 46f1 92a7 377d51a83691Dua orang kadet polis menghadapi kes penculikan yang membuatkan mereka hilang arah tetapi mereka tetap bijak menyusun strategi. Komedi aksi yang penuh ketegangan dan lawak jenaka!

 

Extreme Job

2330081d 43ae 4c5b 921f 8098cfe8c5f0Sekumpulan detektif menjadi pemilik restoran ayam goreng untuk mengintip dan menyiasat kes penyeludupan dadah. Masalahnya perniagaan ayam goreng mereka tiba-tiba meletup dan berjaya! Sebuah cabaran baru buat penyamaran dan misi mereka.

Filem-filem komedi ini adalah seperti pakej lengkap untuk anda berhibur dan meluangkan masa bersama keluarga! Selain membuatkan kita ketawa tidak kering gusi, filem-filem ini juga turut menonjolkan kepada kita pesanan-pesanan hidup yang penting. Bermula dari nilai persahabatan, keberanian, dah juga tentang cinta, semuanya ada! Jadi, jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 7 Drama Korea Popular Tentang Kisah Balas Dendam, Buat Penonton Berdebar
Baca juga: 5 Filem Korea Komedi Romantik Sangat Berkualiti, Mungkin Anda Belum Tonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here