Home News 7 Drama Korea Popular Tentang Kisah Balas Dendam, Buat Penonton Berdebar

7 Drama Korea Popular Tentang Kisah Balas Dendam, Buat Penonton Berdebar

0

Drama Korea yang mengusung tema balas dendam seringkali menawarkan plot yang kompleks dan penuh emosi yang berjaya menarik perhatian para penonton.

Drama Korea dengan cerita-cerita ini biasanya melibatkan karakter-karakter yang pernah dikhianati atau keadilan yang tertunda bagi mereka yang mendorong mereka untuk mengambil tindakan dengan cara-cara yang selalunya radikal dan tidak dijangka.

Berikut dibawah ini adalah senarai tujuh buah drama Korea terbaik tentang balas dendam yang menampilkan kisah-kisah mendebarkan dan penuh misteri dengan balutan konflik yang sangat mendalam. Mari sama-sama kita lihat.

 

The Glory

93b5be9b 6c0e 42f4 b521 707937963db2Dibintangi oleh Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun, “The Glory” menceritakan tentang seorang wanita yang merancang balas dendam paling kejam terhadap orang-orang yang menyeksa dirinya di zaman sekolah. Drama ini dipenuhi dengan plot yang genius dan sangat emosional.

 

The Innocent Man

aa5aed7f aa37 40c7 bc02 cd67e44c3144Song Joong-ki dan Moon Chae-won berlakon dalam drama ini yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin membalas dendam kepada wanita yang pernah dicintainya kerana telah mengkhianatinya demi wang dan harta.

 

Lawless Lawyer

3d5377c7 f740 4f72 94ff a1c68fd0749cBerlatarkan dunia undang-undang, drama Korea “Lawless Lawyer” dibintangi oleh Lee Joon-gi sebagai seorang peguam yang menggunakan bakatnya bertinju dan juga kepakarannya berhujah di kamar mahkamah semasa persidangan untuk membalas dendam atas kematian ibunya.

 

Military Prosecutor Doberman

5c44ed82 e94c 4b18 9b76 3fa5f39a33a9Drama ini mengisahkan tentang dua orang pendakwa raya dengan latar belakang dan motivasi yang berbeza yang bekerja bersama untuk menghapuskan kejahatan dalam ruang lingkup ketenteraan. Kedua-dua mereka memiliki alasan tersendiri yang mendalam untuk balas dendam.

 

The Penthouse

38a0ccbe 6dc6 4600 acf1 e95f235db3c5Drama siri ini digambarkan sebagai drama tentang cita-cita yang menggunung tinggi, kuasa, dan balas dendam di antara penduduk elit sebuah bangunan apartment mewah. Setiap watak memiliki rahsia dan dorongan untuk membalas dendam tersendiri.

 

Reborn Rich

Drama koreaDibintangi oleh Song Joong-ki, drama ini menceritakan tentang seorang lelaki yang dilahirkan semula ke dalam keluarga chaebol yang pernah mengkhianatinya, tampil dengan rancangan balas dendam untuk mengambil alih syarikat tersebut.

 

My Name

8baab8e8 5dce 4e51 9d33 c5daec9dc25bHan So-hee membawa watak sebagai seorang gadis yang menyusup masuk ke dalam jabatan polis dengan identiti palsu untuk mencari pembunuh bapanya. Ini adalah kisah tentang infiltrasi, identiti tersembunyi, dan tentu sahaja sebuah sajina balas dendam yang penuh tipu daya.

Drama-drama ini menawarkan kisah menarik dan suspens yang mendebarkan dan mengeksplorasi tema balas dendam dari pelbagai sudut berbeza, membuatkan setiap kisah menjadi lebih unik dan menarik. Jadi, pastikan anda menonton salah satu atau semua drama Korea ini untuk mengisi waktu lapang anda dengan cerita-cerita yang penuh dengan taktik genius dan emosi ini. Selamat menonton ya!

Baca lagi: Lovely Runner Memintas Rating Queen of Tears Sebelumnya sebagai Kdrama Paling Popular Dengan Rating 60.52% Minggu Pertama Mei
Baca juga: 10 Drama Korea Tentang Jenayah dan Kejahatan Tetapi Penuh Lawak Jenaka, Tidak Kering Gusi Dibuatnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here