Home Entertainment 9 Fakta Watak Lee Sin Young Dalam Dr Romantic 3

9 Fakta Watak Lee Sin Young Dalam Dr Romantic 3

0

Sejak ditayangkan, Dr Romantic 3 menjadi perbincangan hangat para penonton. Episod pertama drama siri ini berjaya meraih rating tinggi iaitu 12.7 % dan untuk episod ke dua pula ialah 13.8 %.

Para pelakon yang berlakon dalam drama siri ini memang berjaya memukau para penonton dengan cara mereka menyelamatkan pesakit yang sedang tenat di Hospital Doldam.

Ramai penonton yang gagal fokus dengan pelakon baru yang berlakon dalam drama siri ini iaitu Lee Shin Young. Menjadi doktor pelatih dalam drama siri Dr Romantic, berikut ini adalah fakta lakonan Lee Sin Young. Jom sama-sama kita lihat:

8e1e1a52 d0c3 4947 88a0 297d2d95565a1. Lee Sin Young membawa watak sebagai seorang doktor junior yang bernama Jang Dong Hwa di Hospital Doldam

23c71230 5c0a 4800 a9d0 d02aac43841f2. Jang Dong Hwa adalah seorang doktor yang khusus dalam bidang pembedahan umum yang merupakan anak didik kepada Doktor Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop)

b43395ab 39d1 4a8b 8f18 13c487972d373. Sebagai mentor, Doktor Seo Woo Jin sering memarahi Jang Dong Hwa kerana dia melarikan diri sewaktu ada pesakit yang perlu menjalani pembedahan

46e0fe53 1c5b 4007 8c00 b2d14ab460c34. Jang Dong Hwa merasakan bahawa dia hanyalah seorang doktor pelatih. Jika shiftnya sudah selesai maka dia boleh terus pulang ke rumah

d5621ded f489 4861 a26d 0d53bbd48a475. Padahal, dia perlu menambah pengalaman kerjanya mengenai dunia kedoktoran dan cara menangani pedakit-pesakit di Hospital Doldam

5fe7defc b061 4941 b1f3 1f14534627f16. Doktor Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) juga sering memarahi Jang Dong Hwa kerana tidak mengutamakan keselamatan pesakit

6ba48732 4ee2 4319 99f6 7d41f49865517. Jang Dong Hwa sebenarnya akan menyertai latihan doktor pakar, namun dia masih belum dapat melakukan perkara asas seperti bantuan pertama medikal (first aid)

aeb407d0 59da 4ba8 b677 17a784ab732d8. Sewaktu disuruh untuk menjaga pesakit yang mengalami kegagalan jantung, Jang Dong Hwa bersenang lenang bermain game di bilik mandi

b0372785 8f4b 41c7 9a6c c8d57f772b129. Perkara ini membuatkan Jang Dong Hwa hampir dibunuh oleh salah seorang pembelot Korea Utara

Karakter Lee Sin Young digambarkan sebagai seorang doktor muda yang terlalu bodoh dan cuai hingga selalu mendapat teguran dari seniornya. Baru bersiaran untuk dua episod, adakah Jang Dong Hwa akan mampu mengabdikan dirinya sebagai seorang doktor yang baik dan berkemahiran di Hospital Doldam?

Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah para doktor yang menyelamatkan setiap pesakit dalam drama siri terbaru Dr Romantic 3!

Baca Lagi: Antara Dr Romantic 3 & Dr Cha, Yang Mana Pilihan Anda?

Baca Juga: 9 Fakta Kdrama Aksi Superhero “Moving” 4 Ogos Ini