Home Entertainment 12 Kdrama Yang Pernah Membolot Banyak Trofi Baeksang

12 Kdrama Yang Pernah Membolot Banyak Trofi Baeksang

0

Bertepatan dengan tekaan para peminat, drama siri Korea Selatan The Glory berjaya membolot trofi di Baeksang Arts Awards 2023. Drama siri yang dibintangi oleh Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon, dan Park Sung Hoon tersebut telah membawa pulang tiga trofi.

Tentu sahaja ini bukan kali pertama sebuah drama siri berjaya menggondol lebih daripada satu anugerah di Baeksang. Berikut merupakan beberapa drama siri Korea yang telah berjaya meraih banyak trofi di Baeksang dalam 5 tahun terakhir ini. Jom sama-sama kita lihat:

b6a9358d 41f2 44c7 813a 81db9346aa83
1. Pada tahun 2023, The Glory berjaya membolot 3 trofi, iaitu anugerah Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik oleh Song Hye Kyo dan juga Pelakon Pembantu Wanita Terbaik oleh Lim Ji Yeon

63281849 fb25 44e0 9c95 b2f27feb8f6b
2. Extraordinary Attorney Woo berjaya meraih trofi Daesang yang diterima oleh Park Eun Bin dan anugerah Pengarah Terbaik oleh Yoo Insik

40bbf42d 956c 4a5c baa6 510a14457e28
3. Pada tahun 2022, D.P membawa pulang 2 trofi di Baeksang iaitu untuk kategori Drama Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik oleh Jo Hyun Chul

899374ad c633 4fed a92c e16aaa79cfb7
4. Selain itu, Squid Game membolot 3 trofi di Baeksang 2022, iaitu Anugerah Daesang, Pengarah Terbaik oleh Hwang Dong Hyuk, dan juga Virtuosity Award oleh Jung Jae Il (muzik)

e1724e06 ac96 4949 8be2 9f532ee8e501
5. Pada tahun 2021, Beyond Evil dengan bergaya menyondol 3 anugerah, iaitu Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik oleh Sin Ha Kyun, dan Lakon Layar Terbaik oleh Kim Su Jin

9784f9a0 942c 4156 bb3c 580a346351ac
6. It’s Okay To Not Be Okay berjaya meraih Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang diterima oleh Oh Jung Se dan juga anugerah Kostum Terbaik

70b3d39b 0b9e 4cbf a6b5 6c76cd98086d
7. Pada tahun 2020, When the Camellia Blooms mendapat total 4 trofi, iaitu Anugerah Daesang, Lakon Layar Terbaik oleh Lim Sang Choon, Pelakon Lelaki Terbaik oleh Kang Ha Neul, dan juga Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik oleh Oh Jung Se

393ae3c8 a0da 4bf9 9430 4a2de2e06577
8. Crash Landing on You pulang dengan 3 trofi, iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik oleh Kim Sun Young, TikTok Popularity Award oleh Hyun Bin dan Son Ye Jin, dan Bazaar Icon Award oleh Seo Ji Hye

ef494343 0982 43e2 8b31 3467d7ec5329
9. Pada tahun yang sama juga, The World of the Married meraih keseluruhan 2 trofi, iaitu Pelakon Wanita Terbaik oleh Kim Hee Ae dan Pengarah Terbaik oleh Mo Wan Il

285abe3e fc4e 48ea 8d51 bc4f19f7cd25
10. Pada tahun 2019, drama siri The Light in Your Eyes berjaya membawa pulang 2 trofi, iaitu Anugerah Daesang yang diterima oleh Kim Hye Ja dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik oleh Lee Jung Eun

488222a4 4496 4b5f 8ce4 8410538f7128
11. Kemudian, My Mister juga pulang dengan 2 trofi, iaitu Drama Terbaik dan Lakon Layar Terbaik oleh Park Hae Young

a2209189 4481 489e 8de5 87f32e3bfde4

12. Sky Castle menggondol 4 trofi sekaligus, iaitu Pengarah Terbaik oleh Jo Hyun Tak, Pelakon Wanita Terbaik oleh Yum Jung Ah, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik oleh Kim Byung Chul, dan Pelakon Baru Wanita Terbaik oleh Kim Hye Yoon

Dengan mempertimbangkan banyak aspek, drama yang tersenarai di atas tentunya layak menerima lebih daripada satu trofi anugerah Baeksang. Drama siri yang mana satukah kegemaran anda?

Baca Lagi: 9 Fakta Watak Lee Sin Young Dalam Dr Romantic 3

Baca Juga: Antara Dr Romantic 3 & Dr Cha, Yang Mana Pilihan Anda?