Home Entertainment 9 Detik Bahagia Song Kang Menyambut Hari Lahir

9 Detik Bahagia Song Kang Menyambut Hari Lahir

0

9 saat bahagia Song Kang meraikan hari lahir, dibanjiri hadiah dari para peminat Selamat hari lahir, Song Kang!

Pada hari minggu 23 April 2023, Song Kang telah meraikan hari lahir yang menandakan pertambahan usianya. Pelakon lelaki yang dilahirkan pada tahun 1994 ini juga tidak lupa untuk berkongsi beberapa saat manis dan bahagia tersebut kepada para peminat setia yang selalu menyokongnya. Tidak hairanlah mengapa para peminat sangat bersemangat dan teruja untuk meraikan hari lahir selebriti kesayangan mereka ini!

Khas buat para peminat setia dan anda yang sememangnya tertanya-tanya bahaimanakah Song Kang meraikan hari lahirnya tahun ini, dan bagaimanakah dia diraikan, jom sama-sama kita lihat sembilan saat manis Song Kang pada hari lahirnya seperti yang tersenarai di bawah ini:

5e2a3034 4e68 4309 9c97 7d62ecda32a81. Pada tahun 2023, Song Kang telah rasmi berusia 29 tahun mengikut kalendar antarabangsa dan 30 tahun berdasarkan budaya Korea Selatan

07d22556 f5a1 462b add6 d2c06eca81d12. Namoo Actors selaku pihak agensi pelakon ini telah melancarkan poster rasmi untuk sambutan hari lahir Song Kang kali ini

7f54f131 52b6 4d20 a8bb 2a3b061011d23. Selain itu, Namoo Actors juga melepaskan gambar profil baru untuk pelakon yang membintangi drama siri Forecasting Love and Weather (2022) tersebut

a424ca19 a64e 4d28 9ef7 ce138e6d55e34. Selain itu, Song Kang telah berkongsi saat bahagia dan istimewanya kepada para peminat melalui laman Instagram rasminya iaitu @songkang_b

Baca Lagi: 5 Kdrama Yang Dari Adaptasi Filem Popular

b804de9e 7a86 4fa5 85b9 28563321de535. Tidak ketinggalan, Song Kang juga membuat permintaan dan doa di hadapan kek hari lahir yang tampak sungguh indah dengan sebatang lilin

77d67d79 929e 42e7 ad7f 533f1a9c916e6. Selain mengirimkan banyak hadiah , para peminat juga menyewa papan iklan ataupun billboard untuk meraikan ulang tahun kelahiran idola kesayangan mereka

684ba8a1 2d8a 4172 b2a5 e3c663dffbee7. Mengetahui perkara ini, Song Kang pergi ke papan iklan yang berada di Stesen Gangnam tersebut dan mengabadikan detik indah di sana

f5b9022d b06f 4237 a0f3 9956e0a329c08. Song Kang kelihatan begitu bersemangat dan bahagia menerima setiap kejutan daripada para peminat dan orang-orang di sekelilingnya

8a0ea652 6c78 44ef b5fb 2fd1eb26f2a19. Song Kang turut meluahkan perasaan terima kasih dan penghargaan yang besar melalui caption di hantaran Instagram

Pasti ramai peminat turut berasa bahagia melihat detik-detik istimewa yang dikongsikan oleh Song Kang. Selamat hari lahir untuk Song Kang. Semoga bahagia selalu!

Baca Juga: 11 Cabaran Watak Cha Jeong Suk Sebagai Suri Rumah Dalam “Dr Cha”