Home Entertainment 5 Kdrama Yang Dari Adaptasi Filem Popular

5 Kdrama Yang Dari Adaptasi Filem Popular

0

Inspirasi untuk menghasilkan sesebuah drama boleh datang dari mana-mana sahaja. Beberapa buah drama siri ternyata merupakan hasil adaptasi daripada filem-filem yang telah popular sebelumnya.

Walaupun tidak ramai yang tahu, tapi drama The Crowned Clown misalnya, adalah hasil adaptasi dari filem yang berhasil mencapai lebih dari 12 juta jualan tiket.

Berikut ini merupakan senarai drama siri popular yang ternyata merupakan adaptasi dari filem. Jom kita lihat senarainya:

5dd0fa41 5c31 4b75 a60c aa524ed58dad

1. The Beauty Inside (2018)
Sewaktu membaca tajuknya, anda pasti teringat dengan drama sirinya bukan? The Beauty Inside juga merupakan tajuk filem yang ditayangkan pada tahun 2015. Filem ini diadaptasi menjadi sebuah drama siri yang dibintangi Seo Hyun Jin dan Lee Min Ki pada tahun 2018.

Dalam versi filem menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Kim Woo Jin yang wajah dan tubuhnya selalu berubah setiap kali bangun tidur. Perkara ini membuatkan dia tidak memiliki teman rapat, kecuali ibu dan seorang sahabat yang mengetahui rahsianya.

Sementara itu dalam versi drama siri, Han Se Gye dikisahkan sebagai seorang wanita yang akan berubah keadaanya setiap sebulan sekali, perubahannya berlaku selama lebih kurang satu minggu. Tetapi setelah itu, dia akan kembali ke bentuk asalnya yang bekerja sebagai seorang pelakon wanita.

Baca Lagi: 7 Kdrama Menampilkan Watak Utama Yang Licik

e0c606ca 7011 40b1 98c8 f36dd6593b4a2. The Crowned Clown (2019)
Dibintangi oleh Yeo Jin Goo, Lee Se Young, dan Kim Sang Kyung, drama siri The Crowned Clown ternyata merupakan hasil adaptasi dari filem popular yang berjudul The Masquerade yang ditayangkan di pawagam pada 2012. Filem itu berjaya mencapai lebih dari 12 juta jualan tiket.

Versi filem dan juga drama siri memiliki jalan cerita yang tidak jauh berbeza iaitu tentang seorang raja yang meminta badut jalanan untuk duduk di singgasana dan berpura-pura menjadi raja yang berkuasa. Keadaan menjadi kacau bilau dan berubah apabila permaisuri mengetahui rahsia pertukaran identiti ini.

46ffcf67 03aa 47aa b373 a1b2dfa60b273. Hometown Cha-Cha-Cha (2021)
Dibintangi oleh Kim Seon Ho dan Shin Min Ah, drama siri ini begitu disukai para penonton sewaktu penayangannya. Ternyata, drama Hometown Cha-Cha-Cha ini juga adalah remake dari filem yang ditayangkan pada tahun 2004 dan berjudul Mr. Hong yang dibintangi oleh Kim Joo Hyeok sebagai Hong Doo Shik dan Uhm Jung Hwa sebagai Yoon Hye Jin.

Kedua-dua filem dan juga drama menceritakan pertemuan dan perjalanan kisah asmara Yoon Hye Jin, seorang doktor gigi yang dikenali sangat perfectionist, dengan Hong Doo Shik/ Hong Banjang, iaitu jejaka yang serba boleh.

3806ae19 e83a 4d1f b30d 2d8964a241724. Hwang Jin Yi (2006)
Menceritakan tentang seorang Hwang Jin Yi. Kisah ini yang merupakan sebuah kisah bertemakan sageuk yang telah dibuat dalam versi filem dan drama. Watak utamanya adalah seorang gisaeng yang bernama Hwang Jin Yi yang kerap direndahkan orang lain hingga akhirnya berjaya mencapai impiannya.

Versi filem dibintangi oleh Song Hye Kyo sebagai Hwang Jin Yi yang digandingkan dengan pelakon Yoo Ji Tae. Sementara versi drama dibintangi oleh Ha Ji Won sebagai Hwang Jin Yi, bersama pelakon Kim Jae Won dan Jang Geun Suk.

ccc13e19 2687 4926 88d7 01b70d51f7915. 18 Again (2020)
Jika anda menonton filem 17 Again yang dibintangi oleh Zac Efron pada tahun 2009, jalan ceritanya tidak jauh berbeza dari drama siri 18 Again. Dalam versi filem, watak utama, Mike kembali ke dirinya yang berusia 17 tahun selepas isterinya memohon cerai.

Sementara itu dalam versi drama, Hong Dae Young, iaitu seorang jejaka yang berusia 37 tahun dan memiliki dua anak berubah menjadi dirinya yang berusia 18 tahun selepas melemparkan bola keranjang ke dalam ring. Waktu itu, isterinya baru sahaja memberikannya surat permohonan cerai.

Pastinya, inspirasi dalam menghasilkan drama siri boleh datang dari mana-mana sahaja, termasuk filem-filem yang sememangnya popular. Sudahkah anda menonton versi filem dan drama siri yang tersenarai di atas?

Baca Juga: 9 Sekuel Filem Korea Yang Gagal Mengatasi Filem Pertama