Home Entertainment 7 Kdrama Menampilkan Watak Utama Yang Licik

7 Kdrama Menampilkan Watak Utama Yang Licik

0

7 Kdrama yang menampilkan watak utama licik menyamar dan menyembunyikan identiti!

Our Blooming Youth baru sahaja tamat pada 11 April 2023 yang lalu. Drama siri sageuk berjumlah 20 episod ini berkisar pada kehidupan Min Jae Yi (Jeon So Nee) yang perlu menyamar menjadi sida istana demi mendedahkan pembunuh keluarganya.

Masih ada beberapa drama siri Korea pada tahun 2023 yang berkisar tentang watak utama yang menyamar. Mereka melakukan penyamaran kerana ingin membalas dendam.

Jom lihat senarai Kdrama dengan watak utama yang menyamar seperti di bawah:

1. Kokdu: Season of Deity

ffa0f09b 9f41 4073 b56f 5bdee2f84c28Kokdu: Season of Deity yang ditayangkan di MBC dan Viu Malaysia pada 27 Januari lalu mengisahkan tentang Kokdu (Kim Jung Hyun), dewa yang memimpin orang-orang mati di neraka. Setiap 99 tahun sekali, Kokdu akan dikirim ke dunia selama 99 hari untuk membunuh orang-orang yang patut mati. Untuk menjalankan tugasnya di dunia itu, Kokdu menggunakan identiti doktor Do Jin Woo. Tidak ada yang mengetahui identiti asal Kokdu, termasuk Han Gye Jeol (Im Soo Hyang), wanita yang merupakan jelmaan kekasihnya.

2. Our Blooming Youth

d0934b21 bf44 428b b8e3 da8d1ebe9d11Our Blooming Youth merupakan drama sageuk yang mengangkat kisah tentang undang-undang dan politik. Dalam drama ini, Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung Sik) menderita kerana sumpahan. Dia bertemu dengan Min Jae Yi (Jeon So Nee), wanita yang dituduh membunuh keluarganya sendiri.
Kenyataannya Min Jae Yi difitnah dan dia tidak mengingati secara terperinci kejadian berdarah tersebut. Dia hanya mendapat petunjuk untuk mencari pelajar mendiang ayahnya iaitu Putera Mahkota Lee Hwan. Min Jae Yi menyamar menjadi sida istana. Dia juga bekerja sama dengan Putera Mahkota Lee Hwan untuk memecahkan kes yang menghantui kedua-duanya.

3. Taxi Driver 2

631c11d6 8609 41fd 8587 037b5d97a26fTaxi Driver 2 yang boleh ditonton di Viu Malaysia mengisahkan tentang pemandu teksi yang bernama Kim Do Gi (Lee Je Hoon) yang bekerja dengan Teksi Pelangi. Teksi Pelangi menyediakan perkhidmatan teksi yang akan mewakili para mangsa yang tidak mendapat keadilan untuk membalas dendam. Pada musim ke 2 ini, pasukan Teksi Pelangi perlu menghadapi sebuah organisasi misteri.
Bekerja sebagai kumpulan yang membalas dendam, Kim Do Gi dan rakan sepasukannya sering kali melakukan penyamaran untuk membantu para pelanggan mereka. Mereka juga turut bergadai nyawa ketika menjalankan aksi penyamaran tersebut.

4. The Secret Romantic Guesthouse

8a41d022 a38c 4c0a 9e17 27dcff9a4efaThe Secret Romantic Guesthouse yang juga boleh ditonton di Viu Malaysia ini telah menjadi salah sebuah drama siri yang ramai bualkan kerana kisahnya yang penuh teka-teki. Drama siri yang ditayangkan sejak 20 Mac ini mengisahkan tentang Yoon Dan O (Shin Ye Eun), pemilik penginapan Taman Bunga. Dia mempunyai tiga orenag tetamu cendekiawan dengan keperibadian yang berbeza. Mereka adalah Kang San (Ryeoun) yang pandai dalam seni bela diri, Jung Yu Ha (Jung Gun Joo) yang suka membaca buku, serta Kim Shi Yeol (Kang Hoon) yang suka bergurau.

Untuk melunasi hutangnya, Yoon Dan O perlu mencari Lee Seol yang merupakan keturunan sah yang layak menaiki takhta. Lee Seol disyaki hidup sebagai rakyat biasa setelah selamat dari pembunuhan yang terjadi pada masa lalu. Lee Seol dalam diam merancang untuk memasuki istana dengan menjadi pegawai dan ingin membalas dendam terhadap raja yang telah membunuh kedua orang tuanya. Tanpa disedari oleh Yoon Dan O salah seorang tetamu di Taman Bunga adalah Lee Seol yang selama ini menyamar menggunakan identiti palsu.

Baca Lagi: 10 Artis Wanita Korea Yang Cantik, Cerdas dan Pintar

5. Joseon Attorney: A Morality

6429dcc9 1c77 49d3 a4cf 3f725e4553ecJoseon Attorney: A Morality baru saja ditayangkan pada 31 Mac yang lalu di platform striming Viu Malaysia. Drama siri ini mengisahkan tentang Kang Han Soo (Woo Do Hwan) yang menjadi peguam untuk membalas dendam atas kematian orang tuanya. Dia berusaha mencari satu setiap individu yang menyebabkan kematian orang tuanya dan memberi pembalasan kepada mereka dengan menggunakan kekuatan undang-undang.

Sewaktu dalam misi balas dendam, dia bertemu dengan Sowon (Bona WJSN), seorang pekerja di sebuah pusat niaga. Sowon menyembunyikan identiti asalnya dari orang ramai. Dia merupakan seorang puteri raja yang bernama Yeon Joo. Dia sengaja menyamar menjadi rakyat biasa sambil mengumpulkan informasi tentang kematian ayahnya yang merupakan mendiang raja.

6. Stealer: The Treasure Keeper

c11df09d e1d3 408e a3b0 746ea024369f 1Stealer: The Treasure Keeper baru sahaja ditayangkan pada 12 April 2023 di Viu Malaysia. Drama siri ini merupakan comeback Joo Won setelah 3 tahun menyepikan diri. Dalam drama ini, Joo Won melakonkan dua watak misteri. Dia membawa watak sebagai Hwang Dae Myung, seorang pegawai kerajaan yang kelihatan santai dan suka tidur pada waktu siang sewaktu sedang bertugas.

Disebalik perwatakannya yang santai, Hwang Dae Myung menyamar menjadi Skunk iaitu seorang pencuri yang mencari khazanah budaya. Dia melakukan perkara itu kerana ingin merampas semula khazanah budaya yang dicuri oleh penjenayah dan menghukum mereka yang selama ini selalu terlepas dari undang-undang.

7. Family: The Unbreakable Bond

9fd91fff 8241 4d13 973d 4fd500e52f6aJang Hyuk dan Jang Na Ra kembali bergandingan untuk kali keempat bersama-sama. Kali ini mereka menjadi pasangan dalam Family: The Unbreakable Bond yang ditayangkan di tvN dan Disney Hotstar pada 17 April 2023.

Family: The Unbreakable Bond mengisahkan tentang kehidupan perkahwinan Kwon Do Hoon (Jang Hyuk) yang merupakan ejen NIS dan juga penembak tepat. Dia menyamar sebagai pekerja pejabat biasa untuk menyembunyikan identitinya.

Kwon Do Hoon berkahwin dengan Kang Yoo Ra (Jang Na Ra) iaitu seorang wanita yang mempunyai impian untuk memiliki keluarga bahagia. Walaupun telah mendirikan rumah tangga, Kwon Do Hoon tetap menyembunyikan identiti asalnya daripada pengetahuan isterinya

7 drama siri yang tersenarai di atas menampilkan watak utama yang menyamar dan menyembunyikan identiti asal mereka. Aksi penyamaran mereka mendatangkan konflik yang rumit kerana mereka perlu menyimpan rahsia identiti mereka daripada orang-orang tercinta.

Baca Juga: 10 Selebriti Paling Berjaya dan Terkaya Di Korea Selatan